Miliki ARMA

Miliki ARMA

Skuad Menoufia F.C Tampil Dengan Barisan Pemain Profesional

Skuad Bola Sepak Menoufia siap sedia untuk beraksi dalam merebut Piala Malaysia yang dianjurkan oleh Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM). Menyingkap kembali semasa Piala Presiden yang lalu, Skuad Menoufia telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan berbanding tahun-tahun lepas. Walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya namun Skuad Menoufia telah memberikan tentangan yang hebat dan menggerunkan kepada pihak lawan.

Pada Piala Malaysia kali ini, Skuad Menoufia membariskan pemain-pemain yang profesional yang dikendalikan oleh ustaz Aminuddin Alias. Beliau selaku pengurus pasukan yang berpengalaman. Semasa menguruskan Skuad Menoufia pada Piala Presiden yang lalu, beliau telah membawa nama Skuad Menoufia ke arah suatu tempat yang menggerunkan pihak lawan. Pada kali ini, beliau tidak keseorangan kerana dibantu oleh ustaz Azmi selaku ketua pasukan Skuad Menoufia.

Skuad Menoufia gigih melakukan latihan pada setiap hari kecuali hari minggu. Semangat dan ketekunan telah ditunjukkan oleh setiap pemain. Kini barisan Skuad Menoufia telah mewakilkan pemain-pemain yang berbakat dan berpengalaman. Semestinya mensasarkan juara dalam merebut Piala Malaysia pada kali ini, namun bagi pihak Skuad Menoufia lebih mementingkan semangat ukhuwwah yang terjalin. Mudah-mudahan dengan semangat dan kegigihan yang telah ditunjukkan akan menempah kejayaan.

Majulah Sukan untuk DPMS!
Baca Seterusnya...

Takziah Buat Ustaz Kama

2 hari yang lalu, rumah ustaz Khamarudin telah dimasuki pencuri. Kejadian disedari apabila beliau pulang ke rumahnya pada sebelah pagi yang ketika itu beliau dari rumah ustaz Abdullah Al Khairi. Sebanyak LE1000 dan sebuah telefon bimbit telah hilang. Segala bentuk usaha telah dilakukan oleh pihak pimpinan bagi meredakan kesedihan dan musibah yang ditimpa olehnya. Kutipan derma dilakukan dari rumah ke rumah. Seterusnya kutipan derma sedang berjalan disetiap Muhafazah dan BAKAN.

Beliau yang merupakan exco Unit Sambutan dan Rehlah seterusnya memangku Unit Penerangan dan Penerbitan memanjangkan nafasnya dengan meredhai segala kehendak takdir. Beliau masih bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat hidup sebagai umat Islam. Beliau cukup terharu dengan dorongan dan pertolongan oleh sahabat-sahabat.

*sebarang bentuk bantuan bolehlah dihulurkan kepadanya melalui Unit Kebajikan Setiap Muhafazah dan BAKAN masing-masing.
Baca Seterusnya...

Jaulah Badan Pengurus PMRAM

SHIBIN ELKOM, 8 Julai - Badan Pengurus PMRAM telah mengadakan sesi lawatan kerja dan ramah mesra buat julung kalinya pada tahun ini bagi sesi 2008 di Shibin Elkom. Jaulah Badan Pengurus PMRAM pada tahun ini agak kelewatan memandangkan peralihan kuasa bagi sesi 2008 diadakan lewat pada tarikh-tarikh kebiasaan. Walaubagaimanapun program jaulah tersebut berjalan dengan lancar dan penuh ceria.

Kehadiran Badan Pengurus disambut mersa. Sebelum majlis bermula, Badan Pengurus ditempatkan di rumah ustaz Aminuddin Alias bagi meredakan kepenatan Badan Pengurus yang datang dari jauh. Dewan Syeikh Al-Arusi mula dihadiri oleh para ahli sedikit demi sedikit. Segala persiapan bagi meraikan Badan Pengurus berjalan dengan baik.

Tepat jam 2 petang, Badan Pengurus PMRAM mula masuk ke dalam dewan dan disambut mesra oleh warga mahasiswa Shibin Elkom. Keriangan pada raut wajah setiap Badan Pengurus juga warga Shibin Elkom memaparkan sebuah ikatan persaudaraan yang begitu erat. Masing-masing bersalaman dan berpelukkan seolah-olah melepaskan rindu diantara pimpinan dan ahli.

Walaupun warga mahasiswa Shibin Elkom kini hanya tinggal lingkungan 30 orang sahaja, namun kehadiran ahli dalam majlis tersebut sangat memuaskan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan tuan rumah oleh Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin Elkom, ustaz Ahmad Farizan Abdul Hadi. Majlis seterusnya dikendalikan oleh ustaz Rasul Amat, Naib Presiden II merangkap Lajnah Muhafazah. Sesi taaruf dimulakan diantara Badan Pengurus, AJKT dan ahli bagi mengukuhkan tali ukhuwwah persaudaraan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan cadangan. Respon ahli dalam sesi ini sangat baik. Banyak persoalan dan cadangan telah dikemukakan oleh ahli mahupun AJKT Shibin Elkom.

Majlis selesai setelah hampir sejam setengah berlansung dan diakhiri oleh ucapan Presiden PMRAM, ustaz Khairul Anuar Ismail. Majlis diserikan lagi dengan jamuan hidangan istimewa nasi minyak berlaukkan gulai kari ayam dan sayur. Hidangan tersebut disediakan oleh ustaz Lokman Zakaria.

Baca Seterusnya...

UPP Dipangku

Sejak 2hb Julai yang lalu, Unit Penerangan dan Penerbitan Shibin Elkom telah dipangku oleh Ustaz Khamarudin b. Ismail. Beliau merupakan AJKT yang merangkap Unit Sambutan dan Rehlah. Kini sebarang bentuk pengubahan blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin Elkom (DPMS) akan dikendalikan oleh beliau. Ini petikan ucapan ringkas dari beliau:

"Assalamualaikum wbt...

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan hidup dengan nikmat Islam. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penasihat, Pengerusi dan AJKT-AJKT yang menaruh kepercayaan terhadap saya untuk memangku jawatan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) yang sebelum ini dijawat oleh Ustaz Sufiyan bin Syouib. Saya memohon ribuan kemaafan sekiranya banyak kekurangan dan kecelaruan semasa proses pengendalian saya selaku pemangku UPP. Mudah-mudahan setiap kerja yang saya lakukan ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT dan sentiasa diberkati jua diredhai olehnya. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang menyokong saya dari belakang. Akhir kalam, apa yang baik tu hanyalah datang daripada Allah SWT dan semestinya yang buruk itu datangnya daripada kedaifan diri saya sendiri. Waallahu ta'ala alam..."

p/s: Layarilah blog saya di alamat: http://www.mr-chocolatecake.blogspot.com

Baca Seterusnya...

Bumi Shibin Sunyi Sepi

Tanggal 9hb 6 2008 merupakan hari terakhir peperiksaan bagi mahasiswa Al-Azhar cawangan Shibin Elkom. Semenjak hari tersebut, bumi Shibin dihidangkan dengan beberapa program yang menenangkan jiwa-jiwa para mahasiswa setelah bertungkus lumus berperang di medan imtihan. Antara program yang telah dijamu sebagai mengisi kelaparan zahir mahupun batin buat warga mahasiswa Shibin Elkom ialah program Kolokium Ilmuan, Inter Usrah dan Rehlah ke Matruh Siwa. Sepanjang program tersebut, riak wajah para mahasiswa Shibin Elkom menyaksikan keriangan yang tidak terhingga. Hubungan setiap mahasiswa di sini bagaikan adik dan abang. Sentiasa mesra dan tidak sedikit pun menampakkan ketegangan malah hubungan mereka diibaratkan seperti aur dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan.

Setelah sebulan selepas imtihan, bumi Shibin Elkom mulai sepi. Ada yang pulang ke rumah anak negeri masing-masing dan ada yang menziarahi sahabat handai di muhafazah lain. Selain daripada itu, bumi Shibin Elkom turut mulai sepi apabila seorang demi seorang pulang ke tanah air buat sementara waktu. Seramai sekurang-kurang 10 daripada 50 orang mahasiswa Shibin Elkom yang pulang ke tanah air. Antaranya Ustaz Husni, Ustaz Hafiz, Ustaz Faizal, Ustaz Yusof, Ust Sufiyan dan ramai lagi. Selain pulang ke tanah air, ada juga mahasiswa yang pergi ke United Kingdom sekadar untuk merehatkan minda di sana, mahasiswa yang dimaksud itu ialah Ustaz Salehuddin.

Kini bumi Shibin semakin sunyi dan sepi. Sekurang-kurang yang masih tinggal di sini dalam lingkungan sekitar 30 orang sahaja. Meskipun begitu, raut wajah para mahasiswa di sini masih lagi dalam keadaan ceria memandangkan dengan sebilangan ahli yang sedikit ini mereka saling menghubungi diantara satu sama lain. Tabiat ziarah menziarahi ke setiap rumah adalah suatu tabiat tradisi yang mustahil akan terhapus bagi warga mahasiswa Shibin Elkom. Walaupun mempunyai ahli yang sedikit, tetapi mereka masih mampu mengukuhkan ikatan ukhuwwah. Itulah dunia Shibin Elkom yang sentiasa dipenuhi dengan rahmat ukhuwwah... Alhamdulillah...

Baca Seterusnya...