Miliki ARMA

Miliki ARMA

kenduri kesyukuran

Darul Irsyad,15 jun 09. satu kenduri kesyukuran telah diadakan di markaz Darul Irsyad dan seekor kambing telah berjaya direbahkan untuk majlis yang akan berlansung selepas maghrib. majlis kesyukuran ini kerana banyak perkara sebenarnya antaranya kerana menyambut orang baru oleh ust bob yang telah selamat mendapat cahaya mata baru-baru ini dan doa kejayaan sahabat-sahabat yang sedang berdebar-debar menanti natijah setelah hampir 2 minggu imtihan berlalu serta tak lupa bila sudah usai imtihan seperti biasa ramai yang ambil peluang keemasan ini untuk pulang melepas rindu kampung halaman antaranya ust. Zan dan keluarga, Ust Jamnul Azlan, Ust Affendi Ismail dan ramai juga yang mengambil peluang menunaikan umrah, Ust Faizal Adami, Ust Nik Arif dan Ust Ikram..dalam kudus bacaan yaasin dan tahlil moga tuhan limpahkan kejayaan serta keselamatan kepada ahli DPMS semoga kukuh ukhuwwah antara kita dan selamanya dalam redha Allah s.w.t.

Seperti biasa exco akan mengambil peluang untuk memaklumkan kepada ahli program yang terdekat antaranya rehlah Matruh Siwa yang ta'akhi dengan Perak dan kelas tafaqquh bersama Ust Roslan kembali bermula dan edaran borang zikrayat digital untuk memudahkan ahli mengisi matlumat diri dan memudahkan urusan U.P.P.



malam itu juga Ust Affendi Ismail berpindah dari rumahnya yang bertempat di Muttahidah atau lebih mesra dengan panggilan "rumah jim (gym yang terdapat dibahagian sya'ah)" ini kerana ramai ahli bait beliau di tahun akhir dan akan pulang ke Malaysia dan harga Rumah beliau terlalu mahal menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Abu Bakr .. ramai ahli turun untuk membantu memindahkan barang-barang.
beginilah saban tahun kehidupan di sini berpindah rumah bukan satu perkara pelik dan sentiasa ada pemindahan yang teratur yang dikawal selia oleh Unit Perumahan.




Baca Seterusnya...

PEDOMAN BAGI MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN

Permulaan Mendapat Hidayah

Wahai sahabatku yang mulia, tatkala engkau mula merasakan keinginan untuk kembali kepada Allah Rabbul Jalil dan engkau mula membenci apa yang sedang engkau lalui dari kedurhakaan dan kelalaian mengingati Allah S.W.T., maka yang demikian itu adalah dengan sebab suatu pembangkit berupa cahaya yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. ke dalam hatimu sebagai rahmat dan belas kasihan dariNya kepadamu.

Maka hendaklah engkau segera menyambut kedatangan yang mulia itu dengan engkau kembali kepada Allah S.W.T. dan engkau bertaubat kepadaNya dari segala dosa yang lalu serta engkau jujurkan tawajjuh engkau kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-An'am ayat 125 yang bermaksud :
Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.
Berlaku Taat Kepada Allah S.W.T.

Bersungguhlah engkau di dalam melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T. pada setiap gerak-gerimu, dan ambillah setiap penyebab yang boleh mendekatkan engkau kepada Allah S.W.T. dan mendapatkan redhaNya. Dan semua itu, hendaklah engkau lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirimu dari kedurhakaan dan dari segala perkara yang dimurkai Allah S.W.T. dan kebencianNya.

Asas untuk membentuk ketaatan tersebut:

Engkau mengenali tuhanmu dengan pengenalan aqliyah yang betul dan engkau meninggalkan segala perkara yang mendedahkan engkau kepada syirik. Rasulullah S.A.W. pernah berpesan, amalan yang paling disukai oleh Allah S.W.T. untuk seorang hamba mendekatkan diri denganNya ialah amalan yang telah difardhukan ke atasnya. Aqidah tauhid yang telah ditetapkan adalah sebesar-besar kefardhuan dan kurnia untuk semua hambaNya.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud:
Telah hampir datangnya janji Yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah ia dari perbuatan syirik Yang mereka lakukan.


Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nisa' ayat 48 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.


Hendaklah engkau menunaikan segala yang wajib atasmu dan segala fadhu Ain kerana Allah S.W.T. tidak mentaklifkan engkau dengan sesuatu dari kefardhuan itu melainkan ialah untuk mengubati hatimu dan engkau selesai mengerjakan amalan-amalan itu dalam keadaan hati yang sejahtera dari segala penyakit.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
Perumpamaan sembahyang lima waktu adalah seperti sungai yang bersih lagi mengalir di depan pintu rumah seorang dari kamu, kamu mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali, maka adakah kamu dapati dari perbuatan itu akan masih berkekalan kotorannya? mereka menjawab : tidak akan kekal sesuatu apa pun. Sabda Rasulullah S.A.W. : Solat lima waktu itu menghilangkan dosa-dosa seperti air itu menghilangkan kotoran.

Hendaklah engkau mengamalkan amalan sunat sekuat kemampuan kerana ia adalah sebab yang akan mendatangkan kasih Allah S.W.T. kepadamu.


Sabda Rasulullah S.A.W. :
Berkata Allah S.W.T. tidak ada perbuatan mendekatkan diri kepadaKu oleh orang-orang yang mendekatkan diri itu dengan amalan yang seumpama apa yang Aku telah fardhukan ke atas mereka, dan sentiasalah seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan yang sunat sehingga Aku mengasihinya.


Zikir-zikir Ma'thur

Wahai sahabatku yang mulia, hendaklah engkau perbanyakkan memohon keampunan dari Allah S.W.T. kerana sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Sesungguhnya seorang hamba apabila dia melakukan satu dosa akan terjadilah satu titik hitam di dalam hatinya, maka sekiranya dia bertaubat maka akan terhapuslah titik hitam itu dari hatinya, dan sekiranya dia menambah perbuatan dosa itu maka akan bertambahlah titik hitam itu, maka itulah dia maksud Firman Allah S.W.T.:

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka selalu usahakan itu menutupi hati mereka.

Hendaklah engkau perbanyakkan mengucap selawat ke atas Rasulullah S.A.W. kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah sebab bagi turunnya rahmat Allah S.W.T. kepadamu.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah S.W.T. akan berselawat dengan sebab selawat itu keatasnya sepuluh selawat.


Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Ahzab ayat 43:
Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).


Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui imanmu dengan membanyakkan sebutan "Lailahaillallah" (Tiada tuhan selain Allah) kerana sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Hendaklah kamu perbaharui iman kamu. lalu ditanya: wahai Rasulullah S.A.W., bagaimanakah kami memperbaharui iman kami? Sabda baginda S.A.W. : perbanyakkan kamu menyebut "Lailahaillallah" (Tiada tuhan selain Allah).


Hendaklah engkau sentiasa membaca Al-Quran dengan engkau memelihara adab-adab membacanya lantaran Al-quran itu adalah cahaya petunjuk dan penyembuh bagi penyakit hati.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yunus ayat 57 :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.


Kesemua empat perkara ini hendaklah berterusan dilakukan oleh setiap orang yang ingin menuju kepada Tuhannya sebagai pengabdian kepada Allah S.W.T. dan sebagai mengharapkan kebaikan yang terkandung di dalamnya dari faedah yang sangat besar pada memperbaiki hati dan mempercahayakannya.

Nantikan sambungannya…..

Disediakan oleh,
Unit Dakwah & Pembangunan Insan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa (M’sia) Shibin El-Kom,
2008/2009. Baca Seterusnya...

Jamuan penghujung imtihan

14 may 09,khamis malam jumaat - mantiqah istad.
himpitan masa dan ruang yang terbatas kerana imtihan sememangnya membataskan ruang sosial dikalangan ahli Dpms
masing-masing sibuk dengan membaca,menghafal dan tidak kurang juga yang memberi komitmen kepada study group yang
banyak membantu dalam memahami sesuatu madah yang sukar dan ianya amat berkesan kerana tahap pemahaman sesorang berbeza antara satu sama lain
budaya ziarah menziarahi yang menjadi kelaziman ahli terpaksa dibekukan memandangkan imtihan yang masih menagih perhatian yang optima.
ini kerana sepanjang fatrah imtihan semua perjalanan program Dpms dibekukan termasuklah progam mingguan kelolaan unit sambutan dan rehlah (USR)
iaitu kamsis yang dibuat setiap malam jumaat secara berkala dari rumah ke rumah.
namun apabila fatrah imtihan yang semakin ke penghujung sedikit sebanyak meredakan kegelisahan dan peluang ini diambil sebaiknya oleh
ahli bait ust sufian shoib,ust abdullah al-khairi serta ust raja fadhli untuk membuat sedikit jamuan makan pada 14 may 09 iaitu
pada hari khamis malam jumaat yang mendapat sambutan hangat serta berjaya mengumpul kembali semua ahli yang berkurung dalam rumah masing-masing
kerana imtihan.menurut ust abdullah al-khairi tujuan ahli bait beliau membuat sedikit jamuan makaronah kuah laksa sambal pedas bukan
semata-mata untuk menghabiskan stok makarona yang disumbangkan oleh jam'iah syari'ah bahkan untuk merapatkan jurang antara ahli
serta menjadi medium santai untuk meredakan tekanan imtihan."baguslah buat makan-makan ni..boleh merapatkan ukhuwwah serta bertanya khabar" ust haidar
yang menjadi senior memberi galakan serta beliau juga amat gembira dengan kehadiran ahli sambil bertanya khabar..seperti biasa majlis dimulakan dengan bacaan doa
moga semua ahli dpms mendapat kejayaan dan naik tahun dan bagi yang tahun akhir dapat menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
jamuan bermula selepas solat maghrib dan berakhir pada pukul 11.30 malam.
makarona kuah laksa trengganu sambal pedas ulam kacang

antara yang hadir memeriahkan suasana

Baca Seterusnya...