Miliki ARMA

Miliki ARMA

JOM SERTAI HEMAT '10

Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa dengan kerjasama Unit Pendidikan BKAN & DPM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT 10') pada bulan Ogos, program ini terbuka kepada semua mahasiswa di bumi Mesir dan dikhususkan untuk pelajar tahun akhir Pengajian Islam dan Qiraat.

Pendaftaran dibuka mulai sekarang sehingga 3 Ogos 2010.

Semua ahli DPMS digalakkan untuk menyertai HEMAT '10 terutamanya yang berada di tahun akhir. Pendaftaran boleh diajukan kepada UPEP DPMS, Ust. Ahmad Faizal bin Ishak pada talian +2014 2990 548 atau terlak_001@yahoo.com.sg .Terima kasih atas perhatian. Baca Seterusnya...

PEJUANG ,TANAH AIR DAN KERINDUAN

26hb Julai, Shibin El-Kom - Seawal jam 6.30 petang , ahli-ahli DPMS dari sebelah mantiqah Istad dan Abu Bakr mulai datang ke markaz DPMS untuk menziarahi seorang ahli yang bakal pulang ke Malaysia. Bezanya kali ini, kunjungan mereka adalah istimewa untuk seorang ahli dan juga mantan Pengerusi DPMS sesi 2009/2010, Ust. Muhammad Faizal bin Abdullah. Sebagaimana telah diumumkan dalam artikel post yang lepas, kepulangan beliau ini terpaksa diawalkan sebelum MAT yang akan dilangsungkan pada pertengahan Ogos depan. Pemangkuan telah pun diserahkan kepada Timbalan Pengerusi. Menemani perjalanan ke mator ( lapangan terbang ), beberapa AJKT turut sama menaiki tremco yang disewa, setelah beliau menemui ahli-ahli yang datang berkunjung untuk mengucapkan wida' . Sekitar jam 9.30 malam , rombongan sampai ke mator, terminal tiga, Kaherah. Suasana mator agak sederhana kesibukannya dengan kelibat beberapa kumpulan wajah nusantara yang menghantar individu-individu yang bakal terbang pulang. Setelah bersalaman dan bergambar, Ust. Muhammad Faizal melangkah masuk ke ruangan pemeriksaan barangan. Setelah mendapat panggilan daripada beliau yang telah melepasi proses di mator tanpa ada masalah, teman-teman pengiring menuju ke luar untuk berangkat pulang ke Shibin El-Kom.

Ust. Muhammad Faizal, merupakan seorang AJKT yang disegani dalam kepimpinan DPMS. Memulakan tugas pertamanya dalam bahtera DPMS sebagai Setiausaha Agung DPMS sesi 2006/2007, beliau kemudian diberi kepercayaan untuk memegang unit penting iaitu Unit Dakwah DPMS untuk sesi 2008/2009. Dan pada MAT ke 17 yang lepas, pimpinan DPMS telah bersepakat untuk menyerahkan kepadanya jawatan utama iaitu sebagai Pengerusi DPMS untuk sesi 2009/2010. Berkat kepimpinannya, prestasi DPMS dilihat menonjol pada beberapa segi. Penyertaan futsal anjuran PMRAM baru-baru ini, menjadi medan menaikkan nama DPMS, setelah mendapat kedudukan yang kelima teratas- juga sebagai satu-satunya DPM yang berada pada kedudukan itu ( empat teratas adalah daripada BKAN ).

Generasi DPMS yang bermula seawal 1992/1993 menyaksikan, tenaga penggerak persatuan ini akan sentiasa wujud untuk menghidupkan DPMS itu sendiri. Dengan adanya sosok individu yang berkebolehan seperti beliau, diharapkan survival DPMS akan datang akan membuahkan manfaat yang berguna untuk komuniti DPMS dalam berbagai perkara. Kepulangan cuti beliau ini bukan sahaja untuk menyempurnakan urusan peribadi, tetapi juga untuk melaksanakan beberapa taklifan dan rencana yang telah tersedia buat beliau di Malaysia nanti. Kehadiran beliau ke Mesir yang dijangka dalam sekitar bulan November depan mudah-mudahan mampu untuk menyuntik kekuatan kepada DPMS untuk terus berprestasi lebih baik. Bagi AJKT yang sedang memegang kepimpinan di akhir sesi 2009/2010 ini, diseru untuk sama-sama dapat mencipta prestasi yang terbaik sebelum tirai sesi ini dilabuhkan pada sedikit masa lagi. Pastikan tugasan entum disempurnakan dengan baik, kerana kepimpinan itu adalah amanah dan amanah akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.
Baca Seterusnya...

KELAHIRAN DAN KEPULANGAN

5hb Julai, Shibin El-Kom – Pada masa penghuni Shibin El-Kom menghadapi fatrah cuti dan menunggu natijah, pasangan mutazawwijin, Ust. Zulhazwan Ismail dan Isterinya telah dikurniakan cahaya mata pertama mereka di Shibin El-Kom. Berita gembira ini dikongsi bersama oleh seluruh warga pelajar yang berada di Shibin El-Kom. Dengan kelahiran ini, semoga dapat menyerikan lagi kehidupan rumahtangga pasangan tersebut, yang merupakan satu-satunya wakil mutazawijjin yang menetap di Shibin El-Kom buat masa ini. Tahniah diucapkan. Buat sahabat-sahabat yang lain, yang masih bujang dan belum berumahtangga, semoga kelahiran ini dapat sedikit mengingatkan kita untuk berbuat apa yang sepatutnya mulai sekarang ini, sebagai persediaan menuju alam berkeluarga yang tentunya mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Sementara di sebelah mantiqah Istad pula, pada sekitar jam 5.00 petang sebahagian ahli DPMS telah mula mengunjungi rumah Ust. Muhammad Burhanuddin yang akan berangkat ke mator ( lapangan terbang ) pada petang itu. Beliau akan pulang ke Malaysia atas urusan yang perlu diselesaikan. Beberapa rakan turut menemani beliau dalam perjalanan ke mator termasuk ahli baitnya Ust. Wan Mohd Zulkifli. Sememangnya fatrah selepas imtihan menjadi waktu yang paling subur, untuk kita melihat mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini terbang pulang ke tanah air atas pelbagai urusan. Lapangan terbang menjadi meriah dengan wajah-wajah nusantara yang tidak lekang dengan beg-beg yang penuh berisi. Semoga suatu hari nanti kita semua akan pulang, bukan sahaja dengan kejayaan dalam pengajian tetapi membawa bersama keizzahan Azhari yang sedia berkhidmat untuk ummah, amin… Baca Seterusnya...

MAKLUMAN PEMANGKUAN AJKT DPMS 2009/2010

24hb Julai, Shibin El-Kom – Bermula selepas berakhirnya imtihan sesi lepas, sebahagian AJKT Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom, pulang ke Malaysia dengan membawa misi masing-masing . Tradisi ini menjadi kebiasaan tahunan di serata tempat di bumi perantauan Mesir ini. Berikut adalah senarai AJKT DPMS sesi 2009/2010 yang pulang ke Malaysia beserta pemangkunya :

a) Ustaz Khamaruddin bin Ismail—Unit Penerangan dan Penerbitan
dipangku oleh :
Ustaz Nik Mohd Arif bin Zakaria ( SUA )

b) Ustaz Mohd Husni bin Jamil — Unit Kebudayaan, Seni dan Sukan
dipangku oleh :
Ustaz Muhammad Arif bin Abdul Hamid ( Bendahari )

c) Ustaz Mohd Radzi bin Bachok — Unit Pengetahuan dan Pendidikan
dipangku oleh :
Ustaz Ahmad Faizal bin Ishak ( Unit Dakwah dan Pembangunan Islam )

d) Ustaz Muhammad Faizal bin Abdullah — Pengerusi
Dipangku oleh :
Ustaz Mohd Redhuan bin Haji Arshad ( Timbalan Pengerusi )

Diharapkan kepulangan mereka ini memberikan pengalaman yang berguna ketika berada di bumi Malaysia sana, untuk dikongsikan bersama dengan masyarakat mahasiswa di sini apabila kembali nanti. Bagi AJKT yang masih kekal di Mesir, manfaatkan keberadaan antum di sini, membina keseimbangan dalam memenuhi tuntutan kepersatuan, tafaqquh, dan juga pengajian kuliah.

"Keseimbangan pemangkin keberkesanan"

Disediakan oleh SUA DPMS 2009/2010 Baca Seterusnya...

KAMSIS dan Kunjungan UBS PMRAM

22hb Julai, Shibin El-Kom – Bertempat di Markaz Darul Irsyad, sebahagian mahasiswa DPMS telah mula memenuhi Dewan Syeikh Mustafa Al-Arusi sejurus selepas maghrib bagi memulai rutin mingguan membaca Yasin dan tahlil, setiap tiba malam Jumaat. Bacaan madeh memuji Nabi S.A.W turut dialunkan sebelum majlis dimulakan. KAMSIS kelolaan USR, merupakan satu bentuk pengisian yang baik untuk membiasakan diri para mahasiswa di sini dengan kebiasaan amalan rutin masyarakat di tanah air, iaitu tahlil dan bacaan Yasin. Dengan kerjasama Unit MAMPAT ( Mahasiswa Tahun Empat ) yang dikendalikan UDPI, pengisian slot KAMSIS banyak diberikan kepada pelajar tahun akhir sebagai satu ruang dan peluang untuk mereka menilai keupayaan diri sebelum pulang ke Malaysia. Kemampuan mengendalikan rutin seumpama itu adalah sebenarnya asas yang perlu diperkemas sebaik-baiknya, agar mutu keluaran al-Azhar tidak mudah untuk dipandang sebelah mata oleh masyarakat.
Malam Jumaat kali ini juga menjadi agak berbeza daripada yang sebelumnya. Orang nombor satu DPMS, Ust. Muhammad Faizal bin Abdullah iaitu selaku Pengerusi DPMS akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Pemangkuan telah diumumkan dan penyandangnya ialah Timbalan Pengerusi, Ust. Mohd Redhuan bin Arshad. ( AJKT-AJKT yang pulang dan pemangkunya akan diumumkan dalam post berasingan ). Kepulangan beliau sememangnya pada asalnya dirancang selepas berakhirnya MAT nanti. Pun begitu, segala urusan yang berkaitan DPMS telah dibincangkan dengan teliti pada mesyuarat AJKT lepas, agar pelepasan beliau ini , tidak membebankan AJKT yang akan bersedia menghadapi MAT yang makin hampir.
Pada malam ini juga, DPMS menerima kunjungan wakil Unit Biah Solehah ( UBS ) PMRAM, Ust. Al-Hasyir dan Ust. Rahman yang datang untuk membuat bancian. Hadirin yang ada, diberikan borang yang melibatkan kajian dan muhasabah. Tidak dapat dinafikan, peranan unit seperti ini, sangat diperlukan pada waktu ini memandangkan cabaran yang dihadapi mahasiswa kini lebih pelbagai dan merisaukan. Nafsu dan akal saling ingin menempati diri seseorang. Seandainya faktor yang memenangkan nafsu tidak diwaspadai dan faktor yang mendorong kekuatan akal diabaikan, maka gejala-gejala yang merosakkan akan mengambil tempat. Kewujudan UBS merupakan suatu natijah daripada rasa tanggungjawab seorang muslim kepada saudara muslimnya, untuk melihat semua umat ini berjalan di atas landasan redha Tuhan yang Maha Pencipta.
Baca Seterusnya...

PEJUANG SHIBIN EL - KOM

19 Julai, Shibin El-Kom – Kira-kira kurang dua minggu dari tarikh berakhir sepenuhnya fatrah imtihan di Kuliah pengajian al-Azhar cawangan Shibin El-Kom, sebahagian ahli DPMS telah bersedia untuk menyempurnakan rancangan pulang ke Malaysia. Sebahagian lain ada yang merancang untuk merasai angin Yaman, menadah ilmu di serambi ilmu habaib di sana. Manakala bagi sebahagian lain yang berbaki, dapat merasakan kesusutan bilangan penghuninya . Untuk pengetahuan bersama, jumlah terkini mahasiswa melayu yang berada di bumi Shibin El-Kom adalah sekitar 46 orang. Mewakili separuh daripadanya adalah daripada tahun empat. Dalam tempoh cuti sekarang ini, ia menjadi suatu tempoh yang mempunyai dua wajah iaitu tempoh pengisian program dan juga merupakan tempoh menunggu natijah bagi imtihan yang baru berlalu. Terutamanya bagi tahun empat, penentuan natijah mereka akan memberi kesan yang penting dalam lanskap perjalanan DPMS yang telah bermula sejak tahun 1992/1993 lagi.

Bermula dari pemberhentian kedatangan mahasiswa muadalah ke mesir, dan kekangan yang pelbagai bagi pelajar STAM yang mahu datang ke bumi Nil ini, ia memberi kesan yang nyata pada bilangan pelajar Melayu yang menempati muhafazah-muhazafah di seluruh Mesir. Bagi DPMS, persoalan ini lebih dirasai berbanding cawangan pengajian lain. Para mahasiswa yang berada di Shibin El-Kom sekarang, seolah-olah menghadapi satu situasi ‘perlu memanfaatkan peluang yang ada’ kerana boleh jadi mereka menjadi mata rantai yang hujung di sebuah perjuangan.

Persoalan ini adalah suatu kenyataan yang perlu dihadapi dengan sebaik-baiknya. Ada baiknya jika kita dapat menyuburkan harapan semoga keadaan ini boleh dilihat dari sudut yang lebih optimis dan produktif. Bagi ahli DPMS antum perlu belajar dari kekurangan ini, dengan menciptakan sesuatu yang menjadikan perantauan ke bumi Mesir ini, memberi seribu erti yang dapat dimanfaatkan pula di tanah air. Bagi para teman di luar, huluran doa dan kerjasama kalian adalah sesuatu yang kami di sini percaya punya sentuhan ajaib – peneguh semangat kami di sini. Jazakumullah jami’an.

Kalam SUA DPMS ( Pemangku UPP)

Baca Seterusnya...

MEREALISASIKAN ALBUM KENANGAN

19 Julai, Shibin El-Kom – Bagi sesebuah organisasi atau persatuan, memiliki album kenangan merupakan suatu yang memberikan kesan khas kepada rasa kewujudan mereka dalam suatu kelompok yang pernah mereka sertai. Rasa kewujudan seumpama ini ibarat uranium yang siapa sangka boleh menjana kuasa yang banyak walau dengan saiz yang kecil. Jika anda rasa contoh itu keterlaluan, maka contoh itu memang sengaja diletakkan supaya anda dapat rasakan ada sesuatu yang bernilai di sebalik sebuah album kenangan.

Pada sesi 2008/2009 DPMS yang lepas, idea mengadakan album kenangan telah dipersetujui hasil daripada cadangan ahli yang prihatin. Sehingga ke hari ini sesi 2009/2010, idea itu dirasakan telah cukup matang untuk diterjemahkan dalam bentuk realiti. Dalam rekod DPMS yang lepas, abang-abang lama telah berjaya menghasilkan himpunan biografi ahli bermula dari generasi pertama 1992/1993 hingga generasi kelima 1996/1997. Ini merupakan suatu kebanggaan dan menjadi contoh yang baik bagi pewaris yang menghuni bumi Shibin El-Kom.

Kalau anda ingin bertanya mengapa ia harus dikeluarkan, maka tanya dulu apa bezanya kalau tidak dihasilkan? Jawapannya secara asasnya ada dua. Meremehkan atau prihatin. Kalau anda prihatin, teruskan membaca. Begini, sekiranya ia tidak dikeluarkan, ia sememangnya tidak akan mengganggu keputusan imtihan anda, benar. Cuma kehadiran sebuah album kenangan, secara positifnya menjadi lambang kesatuan. Anda mungkin berpisah dengan teman-teman yang bertebaran ke empat penjuru dunia, tapi dalam sebuah album itu, anda menjadi akrab, seperti sebaik anda menatapnya anda bersua muka dengan mereka. Paling kurang akan terdetik di hati, mendoakan kebaikan bagi mereka. Kalau itu bukan ibadah, apa namanya.

Anda tentu punya banyak lagi senarai kegunaan sebuah album kenangan. Bagi teman-teman ahli DPMS, merindukan terhasilnya sebuah album kenangan seharusnya harus membenih sekarang ini. Ayuh realitikan! Kalau solat tidak sah kerana tiada wudhuk, maka tanpa komitmen anda, apa mungkin mimpi jadi realiti? Jadikan ia buah tangan anda sebelum pulang ke Malaysia ya!

Cetusan SUA DPMS ( Pemangku UPP)

Baca Seterusnya...