Miliki ARMA

Miliki ARMA

Majlis Penutup BIAH 08 & Aqiqah


sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum W.B.T
Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMS dengan kerjasama Ustaz Zanzuari Husain ingin menjemput kepada seluruh ahli DPMS ke 'Majlis Penutup Bulan Thaqafah & Tarbiah (BIAH 08) dan Aqiqah' yang akan berlangsung pada:


Tarikh : 2 April 2008 bersamaan 26 Rabiul Awwal 1429 H
Masa : 7.00 malam (selepas Solat Maghrib)
Tempat : Dewan Syeikh Al Arusi, Darul Isyad

bagi majlis sembelihan aqiqah Mesyari Afifi bin Mohd Zanzuari akan berlangsung pada:

Tarikh : 1 April 2008 bersamaan 25 Rabiul Awwal 1429 H
Masa : 1.00 tengahari (selepas kuliah)
Tempt : Rumah Ust Zanzuari

bagi kelancaran majlis sembelihan,diminta pihak ahli dapat bersama-sama datang beserta pisau untuk proses melapah daging.

manakala untuk majlis kenduri aqiqah akan diadakan pada malam penutup BIAH 08. Antara agenda menarik pada malam kemuncak tersebut adalah:
-cermah motivasi oleh Presiden PMRAM sesi 2008
-majlis aqiqah
-majlis penutup BIAH 08
-Jamuan

Pihak DPMS sekali lagi dengan bangganya menjemput kepada seluruh Ahli DPMS untuk datang bagi memeriahkan majlis yang penuh berkat ini.
Baca Seterusnya...

Bulan Thaqafah & Tarbiah BIAH '08

sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum W.B.T

Buat tahun ketiganya,Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMS ingin menganjurkan Bulan Thaqafah & Tarbiah (BIAH '08) yang akan berlangsung selama hampir sebulan sepanjang Mac ini dan dipenuhi dengan pelbagai program-program berbentuk thaqafah serta penuh dengan ilmu-ilmu kehidupan sebagai warga Al-Azhari.
Program yang diindukkan oleh Unit Pengetahuan & Pendidikan yang menggabungkan dengan unit-unit lain seperti Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),Unit Sambutan & Rehlah(USR),Unit Dakwah(UD) serta Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan(UKKS).

Program yang akan bermula pada 8 Mac 2008 dan akan dirasmikan pada;

Tarikh : 9 Mac 2008
Masa : 8 malam
Tempat : Dewan Syeikh Al Arusy,Darul Irsyad
Perasmi : Wakil Badan Pengurus PMRAM

Antara program yang akan berlangsung sepanjang BIAH '08 adalah;



sila klik dijadual untuk paparan yang lebih jelas

Oleh yang demikian,pihak kepimpinan DPMS menyeru kepada seluruh warga DPMS serta warga luar Shibin el kom untuk bersama-sama mengembleng tenaga dan mencanang keilmuan bagi kelancaran program ilmuan ini.
Baca Seterusnya...

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 75


PMRAM akan mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke 75 dan Muktamar HEWI PMRAM Kali Ke 21 tidak lama lagi. Perubahan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM untuk sesi 2008 akan menjanjikan pemerkasaan peranan PMRAM untuk terus menyumbang bakti kepada warga Melayu di Mesir.


Muktamar HEWI PMRAM akan diadakan pada 18 Mac 2008 bertempat di Dewan Solah Kamil Universiti Al-Azhar manakala Muktamar Sanawi PMRAM pula akan diadakan pada 19 Mac 2008 bertempat di Nadi Madinat Nasr al-Riadhi, Hayyu Sadis Kaherah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha DPMS Ustaz Ikram Md Sidek untuk tempahan menjadi perwakilan.Perwakilan hanya dibuka untuk 20 orang sahaja bagi DPM Shibin el kom.

Syarat-syarat perwakilan:
-mempunyai kad keahlian PMRAM
-mempunyai nombor keahlian PMRAM
-layak untuk mengundi dan memberi cadangan semasa muktamar berlangsung

Etika pemakaian perwakilan:
-Blazer atau Kot hitam
-berseluar hitam
-kasut hitam
Baca Seterusnya...