Miliki ARMA
DARIPADA BLOG BERALIH KE FACEBOOK
Salam..
Kepada pengunjung blog DPMS sekalian,
Untuk perhatian, blog DPMS telah dibekukan susulan daripada pembekuan DPMS seperti yang telah diputuskan oleh peringkat PMRAM Pusat.
Sehubungan itu, perkembangan warga mahasiswa Shibin El-Kom, boleh diikuti buat masa terdekat ini melalui laman sosial facebook sebagaimana yang tertera pada gambar di atas.
Diharapkan, semoga perjalanan kehidupan mahasiswa Malaysia di sini, dapat terus mencipta momentum untuk terus membina kecemerlangan, mohon doanya kalian.
Ramadhan kareem, kullu sanah wa entum bikhair..
- Mandub PMRAM Cawangan Shibin El-Kom
Baca Seterusnya...
PMRAM-Siasat Pengurusan Pegawai,
PMRAM Akan Siasat Kekeliruan Pengurusan Pegawai, En Khairi Jalaluddin
KAHERAH, 9 Ogos - Satu aduan berkaitan salah laku seorang pegawai EM, En Khairi Jalalluddin ke atas seorang mahasiswi perubatan bidang pergigian Universiti Ain Shams telah diterima oleh pihak PMRAM tengahari tadi.
Aduan tersebut berkaitan kekeliruan status penangguhan kuliah selama setahun oleh mahasiswi tersebut, Hanisah binti Hashim yang berasal dari Selangor.
Beliau disahkan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams pada 8 Disember 2009 bagi sesi 2009/2010.
Namun beliau telah memohon surat penangguhan selama setahun atas sebab-sebab tertentu.
Sehubungan itu, beliau telah menerima surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas pengesahan penangguhan yang dimohon pada tarikh 16 Julai 2010.
Dimaklumkan bahawa surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK (sekarang EM) rujukan JPMK(AKA)1000/016/06(03) atas alasan Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan tersebut.
Namun, apa yang didapati, surat penangguhan tersebut adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.
Hasilnya, status pengajian beliau adalah mengulang dan terpaksa membayar yuran tertunggak sebanyak 1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000 selain permasalahan visa yang berlaku.
Menurut mangsa, beliau telah bertanyakan mengenai masalah ini kepada En. Khairi , Pegawai Atase EM bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status surat penangguhan yang diterima oleh beliau di Malaysia.
Respon daripada En. Khairi sendiri menyatakan bahawa surat tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Idarah Wafidin (Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir).
Beliau (En. Khairi) juga menyatakan bahawa tujuan beliau mengeluarkan surat tersebut adalah kerana desakan daripada ibubapa saya sendiri sedangkan urusan bersama Idarah Wafidin tidak pernah dibuat.
"PMRAM memandang kes ini sebagai isu penganiayaan ke atas mangsa (Saudari Hanisah Hashim). Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci bagi tindakan susulan," ujar Syeikh Mujahid, Naib Presiden III, selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan.
"Kita akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini dan surat yang JPMK yang telah dikeluarkan daripada En. Khairi selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam isu ini. Kita juga akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi membela nasib saudari kita ini," tambah beliau lagi. Baca Seterusnya...