Miliki ARMA

Miliki ARMA

Skuad Hisbah Bermotor Dilancarkan


KAHERAH, 7 Dis - Sempena Program Sambutan Maal Hijrah peringkat PMRAM Pusat yang telah diadakan di Dataran Hayyu Asyir, Unit Hisbah Pusat Telah melancar secara rasminya Skuad Hisbah Bermotor untuk melancarkan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar di Bumi Mesir ini.

Skuad bermotor tersebut yang dibarisi 16 buah motosikal telah diketuai oleh Saudara Jamal Najmuddin selaku Ketua Unit Operasi Hisbah Pusat bersama wakil skuad dari negeri lain termasuklah Selangor dan Kelantan dimulai dengan kehadiran beramai-ramai dam penyerahan Vest dan Kad Kuasa Hisbah yang telah disampaikan sendiri oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime.

Skuad ini akan melibatkan wakil dari setiap BKAN yang turut bersama-sama akan mambantu dalam mengekalkan biah solehah mahasiswa Malaysia di Mesir ini terutamanya di Kaherah.

Semoga seluruh mahasiswa dapat memastikan keselamatan diri dalam keadan baik dari segala kesulitan dan kejahatan seterusnya membebaskan diri dari jenayah dan maksiat.
Baca Seterusnya...

Sambutan Maal Hijrah 1432 H

Sambutan Maal Hijrah 1432 H Membangkitkan Kecintaan Kepada Sejarah Islam

KAHERAH, 8 Dis - Sambutan Ma'al Hijrah 1432H anjuran PMRAM cawangan Pahang, Selangor, Kedah dan Terengganu dengan kerjasama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2010 telah berlangsung dengan jayanya semalam.

Program yang berlangsung sekitar 4 jam 30 minit bermula pada pukul 4.30 petang dan selesai sekitar pukul 9 malam.

Sambutan Maal Hijrah kali ini telah mendapat sambutan yang cukup meriah daripada mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan juga Perubatan dengan kehadiran mencecah hampir 800 orang meskipun berada dalam musim peperiksaan serta cuaca agak sejuk pada malam tersebut.

Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi daripada muhafazah turut memeriahkan lagi sambutan Ma'al Hijrah pada kali ini.

Solat hajat perdana dan Forum Ma'al Hijrah yang bertajuk "Hijrah : Sejarah Permulaan Kebangkitan Ummah" yang telah disampaikan oleh Saudara Abdul Mui'zz bin Muhammad, Penasihat PMRAM dan juga Saudara Baharuddin bin Hussin, Pemangku YDP Kelantan serta dipengerusikan oleh Saudara Wan Khairuddin bin Wan Isa, AJKT PMRAM Cawangan Terengganu adalah antara agenda utama yang diketengahkan dalam program ini.

Pengarah program, Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi ketika ditemui berkata, untuk tahun ini kita mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah secara gabungan 4 negeri dengan kerjasama PMRAM Pusat adalah antaranya untuk menghayati konsep taakhi yang telah diasaskan dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W melalui peristiwa bersejarah hijrah itu sendiri sekaligus menyatakan bahawa PMRAM sentiasa optimis untuk melaksanakan konsep kesatuan dan kebersamaan di peringkat cawangan dan ahli.

Menurut Timbalan Pengarah I pula, Saudara Solehuddin bin Mohd Safien, beliau menyifatkan Sambutan Ma'al Hijrah pada kali ini telah mengukir satu sejarah tersendiri bilamana Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah PMRAM yang julung-julung kali diadakan telah diperkenalkan pada kali ini dan telah dianugerahkan kepada Saudara Mohd Fairus bin Shuaib, mahasiswa daripada PMRAM Cawangan Tanta yang berasal daripada Kedah.

Program berakhir sekitar pukul 9.00 malam dengan gimik pelancaran Skuad Hisbah PMRAM dengan diiringi oleh pasukan Motor Berkuasa Tinggi.
Baca Seterusnya...

KUNJUNGAN ISTIMEWA MANTAN PENGERUSI DPMS

SHIBIN EL-KOM, 9 DISEMBER– DPM Shibin El-Kom hari ini menerima kunjungan mesra seorang figur penting di Markaz Darul Irsyad. Figur tersebut ialah Ust. Mohd Radhi bin Ibrahim, mantan pengerusi DPMS bagi angkatan pertama pelajar Malaysia yang datang ke muhafazah Shibin El-Kom. Bersama beliau ialah Syeikh Maher, yang merupakan khatib di salah sebuah masjid utama di sini dan merupakan kawan sekuliah Ust. Mohd Radhi pada zaman pengajiannya.

Sempena kedatangan beliau ini, DPMS mengadakan satu majlis ringkas ramah mesra. Dalam majlis ini, ahli DPMS yang hadir sempat bertaaruf dan mendengar pengalaman daripada beliau. Dalam kesempatan ringkas ini, beliau ada membawa bersama buku yang baru beliau hasilkan yang bertajuk : ‘Pembangunan Insaniah Pelajar Muslim’.

Bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ), beliau datang ke Mesir kali ini, untuk mengisi beberapa seminar yang memerlukan perkongsian ilmu daripada beliau. Beliau sekarang bergelar Doktor Falsafah setelah berjaya menyempurnakan pengajian peringkat Ph.D di Universiti Edinburgh, Scotland. Pada masa awal kedatangannya di Mesir, beliau sememangnya telah aktif dalam memberikan pengisian berbentuk motivasi dan ilmiah di Kaherah dan serata muhafazah.

DPM Shibin El-Kom sebenarnya boleh berbangga dengan adanya figur seperti beliau yang pernah menimba ilmu dan pengalaman di Universiti Al-Azhar, cawangan Shibin El-Kom ini. Kecemerlangannya dalam menyempurnakan pengajian Usuluddin Aqidah dan Falsafah selama empat tahun, memang diketahui umum warga Shibin El-Kom.

DPMS mengucapkan terima kasih atas kesudian Ust. Mohd Radhi untuk bertamu di Shibin El-Kom dan menemui mahasiswa Melayu di sini. Sesungguhnya kehadiran beliau memberi aura tersendiri dalam menyuntik semangat belajar dan berpersatuan di kalangan mahasiswa yang menuntut ilmu di perantauan ini. Terima kasih sekali lagi.

Baca Seterusnya...

TAKZIAH BUAT SDR. MOHD FAIZOL ENDUT

SHIBIN EL-KOM, 9 DISEMBER— Mendengar khabar tentang adik Sofiyatul Ulya kembali ke rahmatullah merupakan berita yang menyedihkan buat warga mahasiswa di Mesir . Anak kepada pasangan suami isteri Saudara Mohd Faizol Endut, mantan Pengerusi DPMT 08/09 dan Siti Anisah Ahmad, mantan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2009 ini, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Tanta hari ini.

Pemergian adik Sofiyatul Ulya sememangnya merupakan satu kehilangan buat orang tuanya. Sejak kelahirannya lagi, pihak hospital telah mendapati anak kepada pasangan Ust. Mohd Faizol dan isteri, menghidap penyakit yang agak kronik dan memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Pada awal berita ini diketahui, pihak PMRAM telah menyiarkan berita tentang adik Sofiyatul Ulya dan telah mendapat simpati umum mahasiswa di Mesir. Sumbangan derma yang dikutip menunjukkan keprihatinan yang baik di kalangan para mahasiswa terhadap nasib yang menimpa keluarga ini.

Bagi komuniti mahasiswa di Shibin El-Kom, pihak DPM Shibin El-Kom ingin mengucapkan takziah atas takdir yang menimpa keluarga Sdr. Faizol ini. Sebagai rakan taakhi bagi DPM Tanta, DPMS berkongsi rasa simpati di atas khabar tersebut. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Sdr. Mohd Faizol dan isteri dalam menghadapi ketentuanNya ini. Al-Fatihah.

Baca Seterusnya...