Miliki ARMA

Miliki ARMA
Memaparkan catatan dengan label imtihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label imtihan. Papar semua catatan

Kalam Taujihad Pengerusi Sempena Imtihan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana masih mengurniakan nikmat hidup di dalam Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Junjungan besar dan penghulu segala Rasul. Nabi Muhammad S.A.W.

Firman Allah S.W.T. surah Al-Baqarah ayat :-
:-208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
:-209. Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke Dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan Yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
:-210. (orang-orang Yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka Dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama Dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab Yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya Segala urusan.

1) Musim Peperiksaan
Sedar atau tidak Mei telah menjelma. Perasan atau tidak musim peperiksaan akan bermula. Seperti yang sedia maklum, rata-ratanya mahasiswa Malaysia di Mesir akan menghadapi peperiksaan semester akhir baik pengajian Islam mahupun perubatan. Begitu juga PMRAM cawangan Shibin akan mula menduduki peperiksaan pada tarikh seperti berikut :-

- Peperiksaan Ujian Lisan dan Takhaluf pada : 22 hingga 26 Mei 2010
- Peperiksaan Bertulis ( Tahriri ) : 29 Mei hingga 24 Jun 2010
* sila rujuk jadual peperiksaan mengikut tahun masing-masing di kuliah anda!

2) Borang Aduan Hak Mahasiswa
Makluman kepada teman-teman ahli Shibin sekalian, Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM di bawah Naib Presiden 3, Ustaz Mohd Farkhan telah mengeluarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa. Borang ini bertujuan untuk melaporkan apa jua kes yang berkaitan hak mahasiswa yang dicabuli oleh pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui :-

a) Timbalan Setiausaha (Unit Kebajikan & Kemanusiaan) : Ustaz Abdullah Bin Mohamad
b) Pengerusi DPMS : Ustaz Muhammad Faizal Bin Abdullah

3) Kebersamaan dibawah satu pasukan
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Isu sahabat dan sahabiah qiraat, kes jenayah dan bermacam-macam lagi cukup membimbangkan. Marilah kita semua peka dengan keadaan yang berlaku. Kita sebagai mahasiswa bergerak di dalam satu pasukan seperti PMRAM yang kita dokongi ini. Janganlah kita cepat melatah dan pendek akal. Maka sepatutnya kita bersabar, dengar dan patuh dengan pimpinan kita itu adalah sebaiknya. Bersedia untuk belajar dan berkhidmat serta memaksimakan komitmen di dalam kesatuan ini. Kita sebahagian dari mereka, maka sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain adalah kewajipan bersama. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”. Semangat ini mesti kita hidupkan. Yang kuat maju kehadapan, jangan lupa bantu yang lemah untuk turut maju kehadapan bersama. Percayalah mehnah dan tribulasi ini mematangkan kita. Mereka tidak dianggap beriman sekiranya mereka belum diuji.

4) Kembali kepada Allah S.W.T.
Tidak dapat tidak fitrah rasa bertuhan tetap ada di dalam diri kita. Maka marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bermuhasabahlah kita sebagai hamba Allah. Segala gerak-geri dan perilaku kita dilihatNya. Niat dan perasaan kita yang tersembunyi juga dilihatNya. Oleh itu sedarlah! Jangan lalai lagi! Jangan malas lagi! Jangan leka lagi!. Perbetulkan niat dan teruskan melangkah menuju keredhaan Allah S.W.T. semoga kita mendapat pertolongan dan petunjuk dari Allah S.W.T. Dicadangkan sahabat sekalian solat hajat dan berdoa akan hajat seperti berikut :-

• Semoga Allah lindungi PMRAM seluruhnya dalam mengharungi mehnah dan ujian yang berlaku.
• Semoga Allah S.W.T. memberi nikmat kesihatan serta dipermudahkan menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
• Doalah agar diri kita, keluarga, teman dan seluruh umat Muhammad ini dilindungi dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.

Akhir kata, hayatilah dan jadikan Islam sebagai cara hidup. Menjunjung perintah Allah dan Rasul serta meninggalkan apa yang ditegahNya. Pemuda pemudi Islam harapan ummah. Andalah yang akan menentukan Islam tertegak kukuh sebagaimana sepatutnya kelak. “ Selamat menduduki peperiksaan dari kepimpinan PMRAM cawangan Shibin El-Kom”.

Wassalam.

“BELAJAR & BERBAKTI”

MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom,

Baca Seterusnya...

Jamuan penghujung imtihan

14 may 09,khamis malam jumaat - mantiqah istad.
himpitan masa dan ruang yang terbatas kerana imtihan sememangnya membataskan ruang sosial dikalangan ahli Dpms
masing-masing sibuk dengan membaca,menghafal dan tidak kurang juga yang memberi komitmen kepada study group yang
banyak membantu dalam memahami sesuatu madah yang sukar dan ianya amat berkesan kerana tahap pemahaman sesorang berbeza antara satu sama lain
budaya ziarah menziarahi yang menjadi kelaziman ahli terpaksa dibekukan memandangkan imtihan yang masih menagih perhatian yang optima.
ini kerana sepanjang fatrah imtihan semua perjalanan program Dpms dibekukan termasuklah progam mingguan kelolaan unit sambutan dan rehlah (USR)
iaitu kamsis yang dibuat setiap malam jumaat secara berkala dari rumah ke rumah.
namun apabila fatrah imtihan yang semakin ke penghujung sedikit sebanyak meredakan kegelisahan dan peluang ini diambil sebaiknya oleh
ahli bait ust sufian shoib,ust abdullah al-khairi serta ust raja fadhli untuk membuat sedikit jamuan makan pada 14 may 09 iaitu
pada hari khamis malam jumaat yang mendapat sambutan hangat serta berjaya mengumpul kembali semua ahli yang berkurung dalam rumah masing-masing
kerana imtihan.menurut ust abdullah al-khairi tujuan ahli bait beliau membuat sedikit jamuan makaronah kuah laksa sambal pedas bukan
semata-mata untuk menghabiskan stok makarona yang disumbangkan oleh jam'iah syari'ah bahkan untuk merapatkan jurang antara ahli
serta menjadi medium santai untuk meredakan tekanan imtihan."baguslah buat makan-makan ni..boleh merapatkan ukhuwwah serta bertanya khabar" ust haidar
yang menjadi senior memberi galakan serta beliau juga amat gembira dengan kehadiran ahli sambil bertanya khabar..seperti biasa majlis dimulakan dengan bacaan doa
moga semua ahli dpms mendapat kejayaan dan naik tahun dan bagi yang tahun akhir dapat menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
jamuan bermula selepas solat maghrib dan berakhir pada pukul 11.30 malam.
makarona kuah laksa trengganu sambal pedas ulam kacang

antara yang hadir memeriahkan suasana

Baca Seterusnya...

Munajat perdana fasa ||




Baca Seterusnya...