Miliki ARMA

Miliki ARMA
Memaparkan catatan dengan label jaulah mahabbah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jaulah mahabbah. Papar semua catatan

Kalam Taujihad Pengerusi Sempena Imtihan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana masih mengurniakan nikmat hidup di dalam Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Junjungan besar dan penghulu segala Rasul. Nabi Muhammad S.A.W.

Firman Allah S.W.T. surah Al-Baqarah ayat :-
:-208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
:-209. Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke Dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan Yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
:-210. (orang-orang Yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka Dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama Dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab Yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya Segala urusan.

1) Musim Peperiksaan
Sedar atau tidak Mei telah menjelma. Perasan atau tidak musim peperiksaan akan bermula. Seperti yang sedia maklum, rata-ratanya mahasiswa Malaysia di Mesir akan menghadapi peperiksaan semester akhir baik pengajian Islam mahupun perubatan. Begitu juga PMRAM cawangan Shibin akan mula menduduki peperiksaan pada tarikh seperti berikut :-

- Peperiksaan Ujian Lisan dan Takhaluf pada : 22 hingga 26 Mei 2010
- Peperiksaan Bertulis ( Tahriri ) : 29 Mei hingga 24 Jun 2010
* sila rujuk jadual peperiksaan mengikut tahun masing-masing di kuliah anda!

2) Borang Aduan Hak Mahasiswa
Makluman kepada teman-teman ahli Shibin sekalian, Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM di bawah Naib Presiden 3, Ustaz Mohd Farkhan telah mengeluarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa. Borang ini bertujuan untuk melaporkan apa jua kes yang berkaitan hak mahasiswa yang dicabuli oleh pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui :-

a) Timbalan Setiausaha (Unit Kebajikan & Kemanusiaan) : Ustaz Abdullah Bin Mohamad
b) Pengerusi DPMS : Ustaz Muhammad Faizal Bin Abdullah

3) Kebersamaan dibawah satu pasukan
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Isu sahabat dan sahabiah qiraat, kes jenayah dan bermacam-macam lagi cukup membimbangkan. Marilah kita semua peka dengan keadaan yang berlaku. Kita sebagai mahasiswa bergerak di dalam satu pasukan seperti PMRAM yang kita dokongi ini. Janganlah kita cepat melatah dan pendek akal. Maka sepatutnya kita bersabar, dengar dan patuh dengan pimpinan kita itu adalah sebaiknya. Bersedia untuk belajar dan berkhidmat serta memaksimakan komitmen di dalam kesatuan ini. Kita sebahagian dari mereka, maka sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain adalah kewajipan bersama. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”. Semangat ini mesti kita hidupkan. Yang kuat maju kehadapan, jangan lupa bantu yang lemah untuk turut maju kehadapan bersama. Percayalah mehnah dan tribulasi ini mematangkan kita. Mereka tidak dianggap beriman sekiranya mereka belum diuji.

4) Kembali kepada Allah S.W.T.
Tidak dapat tidak fitrah rasa bertuhan tetap ada di dalam diri kita. Maka marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bermuhasabahlah kita sebagai hamba Allah. Segala gerak-geri dan perilaku kita dilihatNya. Niat dan perasaan kita yang tersembunyi juga dilihatNya. Oleh itu sedarlah! Jangan lalai lagi! Jangan malas lagi! Jangan leka lagi!. Perbetulkan niat dan teruskan melangkah menuju keredhaan Allah S.W.T. semoga kita mendapat pertolongan dan petunjuk dari Allah S.W.T. Dicadangkan sahabat sekalian solat hajat dan berdoa akan hajat seperti berikut :-

• Semoga Allah lindungi PMRAM seluruhnya dalam mengharungi mehnah dan ujian yang berlaku.
• Semoga Allah S.W.T. memberi nikmat kesihatan serta dipermudahkan menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
• Doalah agar diri kita, keluarga, teman dan seluruh umat Muhammad ini dilindungi dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.

Akhir kata, hayatilah dan jadikan Islam sebagai cara hidup. Menjunjung perintah Allah dan Rasul serta meninggalkan apa yang ditegahNya. Pemuda pemudi Islam harapan ummah. Andalah yang akan menentukan Islam tertegak kukuh sebagaimana sepatutnya kelak. “ Selamat menduduki peperiksaan dari kepimpinan PMRAM cawangan Shibin El-Kom”.

Wassalam.

“BELAJAR & BERBAKTI”

MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom,

Baca Seterusnya...

Jaulah PMRAM -liqa' mahabbah

Darul Irsyad,09/07/2009, khamis.
Jaulah badan pengurus PMRAM telah berkunjung ke teratak usang DPMS untuk sesi tour liqa' mahabbah, seramai 14 orang BP telah hadir dalam majlis yang bermula pada jam 2.15 petang. Difahamkan jaulah kali ini merupakan ke-2 selepas Muhafazah Shoubra pada 1-7-09 lalu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi DPMS Ust. Aminudin Bin Alias selaku tuan rumah dan mengalu-alukan kedatangan BP PMRAM ke bumi Shibin yang serba kekurangan ini, seterusnya majlis diserahkan kepada Ust Nik Rosdi untuk mengambil alih majlis dan seterusnya memberi sedikit gambaran tujuan serta agenda utama dalam liqa' kali ini.

sesi ta'ruf..semua dapat peluang.

Slot pertama ialah sedikit ta'ruf ringkas dari BP dan ahli,

"shibin walaupun sedikit ahli tapi banyak keistimewaannya..boleh ta'ruf sorang-sorang kat muhafazah lain tak leh nak ta'ruf semua.." seloroh Ust Nik Rosdi dari Terengganu memeriahkan majlis..
majlis diteruskan dengan slot kedua iaitu majlis soal jawab yang mendapat sambutan hangat dikalangan ahli,

luahkan masaalah jangan pendam dalam hati..
gunakan saluran yang betul.baru berhikmah

antara yang menjadi persoalan ialah berkenaan program Dana Shaqah PMRAM , ahli shibin yang semakin berkurang bagaimana pendekatan PMRAM, Isu Arma yang baru-baru ini keluarkan notis islah shaqoh,(isu arma bermula sejak pengusiran PMRAM dari situ pada tahun 1994), rentetan dari jawapan BP berkenaan spekulasi penghapusan etnik melayu di bumi shibin ini timbul satu lagi keberangkalian adakah DPMS akan dibubarkan ?...
tenang menjawab persoalan tersebut dengan menegaskan bahawa kita kena rujuk kembali kepada undang-undang tubuh yang telah digariskan.
antara lain lagi persoalan berkenaan dengan spekulasi haji PMRAM yang khabarnya tidak lagi melalui Mesir , polisi hubungan kerja dua hala PMRAM dan pegawai negeri sentiasa dalam proses peningkatan mutu kerja dan banyak lagi soalan yang diutarakan oleh ahli disambut serta dijawab sejitu mungkin oleh BP yang hadir.



slot yang dinantikan seterusnya ialah Kalam Presiden bagi menerangkan polisi serta hala tuju pertadbiran dalam mengemudi bahtera PMRAM
dapat diringkaskan disini seperti dibawah:
1-Wawasan PMRAM menjadi wadah utama kebajikan untuk berbakti kepada pelajar Malaysia yang terkedepan dalam menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada ahli.

2-perkasakan Usrah: melihat kepada masaalah yang timbul adalah berpunca dari kurangnya penghayatan dan keberkesanan dalam mengendalikan usrah di peringkat akar dan masih belum terlewat untuk kembali membugar semangat Arqam yang menjadi mercu awal kebangkitan islam.

3- "Q" program khas untuk pelajar baru bagi memastikan pemahaman serta penyesuaian secara berkala dan dari pihak ahli Shibin sendiri ramai yang menghulurkan tenaga bagi menjayakannya.

4-Thaqafah sudah pasti menjadi landasan teras dalam menongkah hari mendatang.
dalam memahami tuntutan semasa dan isu yang sentiasa menuntut kupasan ilmu dari pihak azhari kian membukit dan amat malang sebagai azhari apabila masaalah yang timbul dalam masyarakat mutakhir ini dipandang sepi dan berlalu.
peranan yang optima perlu digasak dan pihak Manhal PMRAM amat terkedepan dalam menyediakan lapangan dakwah masa kini kepada azhari.
antara lain selain isu semasa secara rawak dapat dikuasai dan dihadami dengan baik disamping itu juga ilmu talaqqi perlu diselia dengan sebaiknya, Madrasah Imam Syafie yang masih dalam proses R&D dan perlu diberi sokongan oleh ahli.

masih dalam fokus thaqofah iaitu Manhal PMRAM tahun ini sedang fokus kepada isu semasa agar azhari tidak tertinggal dan putih mata bila berdepan dengan situasi sebenar kelak bagi melatih ahli agar peka dengan kehendak masyarakat membaca amat perlu disamping kesungguhan dalam belajar ilmu. pengkajian kitab turath tetap diteruskan iaitu kitab "Bahrul Mazi".

5- sesuai dengan konsep kebajikan untuk ahli PMRAM kali ini telah membuat kerja sama dengan "jam'iah syari'ah" di bawah kelolan lajnah Kebajikan dan Kemanusian.

6- Isu global terbaru PMRAM telah berjaya menyalurkan sedikit bantuan ke Palestine hampir L.E 100 ribu melalui hasil projek jualan bundle tajaan Prosma dan Mini Pavilion.
tidak hanya terhenti dengan isu Palestine baru-baru ini satu kerja sama antara PMRAM dan Persatuan pelajar Indonesia dan Singapura telah berjaya menganjurkan satu "tabadul thaqafi" perkongsian pengetahuan dalam satu kembara ke Turki melihat kesan keruntuhan Khalifah mencari titik semangat untuk bangkit dalam roh kesatuan umat.

7- memperkemaskan geraka kerja dengan sisten kepejabatan secara tersusun dan pendekatan R&D (research dan development) dalam setiap program yang dianjurkan bagi memastikan matlamat program tercapai dan segala kekurangan dan kesilapan dapat dibaiki dari semasa ke semasa.

sebagai penutup tuan President menyatakan hasrat beliau supaya setiap ahli tidak hanya diposisi penyokong bahkan pendokong yang akan meneruskan survival perjuangan yang kita warisi dari mereka yang terdahulu. seterusnya peranan setiap ahli perlu diguna sebaiknya demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua pihak.

slot terakhir ialah sesi makluman program yang terdekat oleh BP yang terlibat.
yang terbaru ialah Konvensyen PMRAM, majlis fiqh isra' mikraj ,piala maaysia dan lawatan dari HPA malaysia bagi memperkenalkan produk mereka dan sistem jualan islam.
pesat turut dipromosikan dam sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan unit perancang DPMS.



hidangan istimewa dari chef shibin untuk BP..lain kali boleh datang lagi..

bergambar kenangan dengan BP PMRAM..ramainya ahli shibin.. yang kat dapur tak bergambar sekali ke..
Baca Seterusnya...