Miliki ARMA

Miliki ARMA

Gamitan Matruh & siwa 08

Pada 23,24 dan 25 Jun 2008 yang lalu,DPMS sekali lagi mengukir sejarah apabila Unit Sambutan dan Rehlah DPMS telah menganjurkan Rehlah Kembara Matruh dan Siwa 08 yang dijayakan dengan gemilangnya.

Rombongan yang berkumpul diperkarangan Dewan Syeikh Al Arusi telah bertolak pada seawal pagi jam 7 pagi yang melibatkan hampir 43 orang peserta beserta 6 orang komuniti pelaksana.Pada kembara kali ini agak berbeza apabila diserikan lagi dengan pasangan berkahwin iaitu Ustaz Zanzuari Husain bersama isteri beliau dan juga putera sulung beliau iaitu adik Mesyari Afifi.

Dalam perjalan menuju ke Matruh,satu insiden yang tidak diingini telah berlaku apabila seorang peserta telah tertinggal di Shibin apabila disedari oleh seorang rakan peserta.Namun insiden tersebut dapat diatasi apabila bernasib baik bas yang dinaiki tidak terlalu jauh meninggalkan bumi Shibin.Peserta yang malang tersebut telah bertindak dengan pantas apabila dinasihati oleh Pengarah Rehlah supaya mengambil kenderaan lain yang menuju satu arah yang sama untuk bersama rombongan yang menunggu ditepi jalan.Setelah peserta tersebut tiba dan beliau memohon maaf atas kesilapan menerima maklumat,rombongan mula bergerak menuju jalan padang pasir menuju ke destinasi pertama iaitu Muzium perang tiga segi di Al Amain berhampiran kawasan elit Porto Marina.

Rombongan tiba di Muzium Al Amain tepat jam 12 tengahari dan memasuki muzium untuk dilawati.Muzium tersebut dibina bagi memperingati peperangan yang melibatkan tiga kuasa besar dunia iaitu Jerman,Itali dan British berebut kuasa untuk mendapatkan utara padang pasir Mesir.Peserta mengambil masa hampir sejam untuk melawat dan mengambil gambar kenangan didalam serta disekitar muzium.

Selepas itu,rombongan bertolak ke Kubur Peringatan Jerman yang tidak jauh dari muzium tersebut.Kubur Jerman ini dibina setelah perang tamat dan menempatkan hampir 20 ribu yang terkorban dan disemadikan disitu. Kubur tersebut dibina satu tempat bagi memudahkan waris-waris yang terkorban menziarah.

Rombongan seterusnya menuju ke Matruh yang merentasi jalan padang pasir sejauh hampir 250 KM dan mengambil masa selama 2 jam lebih dan tiba di Matruh jam 5 petang.Rombongan terus menuju ke destinasi pertama di Matruh iaitu Hamam Cleopatra.Hamam Cleopatra adalah tempat dimana Ratu Cleopatra sering bersiram suatu masa dahulu.Hamam tersebut terletak kira-kira 7 km dari bandar Matruh.

Ratu Cleopatra adalah pewaris terakhir dinasti Firaun yang telah berkahwin dengan seorang utusan kerajaan Rome iaitu Julius Ceaser.Namun perkahwinan baginda tidak lama setelah Julius Ceaser diarahkan pulang ke Rome.Setelah itu Ratu Cleopatra berkahwin pula dengan utusan Rome juga iaitu Marc Anthony. Ratu Cleopatra mempunyai seorang putera hasil perkahwinan tersebut namun putera tersebut dibawa lari ke Rome atas arahan kerajaan Rome ketika itu.Maka Ratu Cleopatra berusaha menjejaki putera baginda di Rome namun tidak diketemui sehinggalah sekarang.Atas kedukaan melampau,baginda pulang ke Mesir dan membunuh diri dengan patukan ular tedung dan disemadikan didalam piramid dan jasad baginda tidak dapat diketemui hinggalah sekarang.

Seterusnya peserta terus menuju ke Teluk Agiba sejauh 10km dari bandar Matruh dan tiba di sana jam 7 petang.Teluk Agiba adalah sebuah teluk yang sangat cantik dan merupakan kawasan pemandangan tepi pantai yang begitu indah sekali.Dinamakan Agibah adalah keajaiban pantainya yang menyerupai tujuh jenis warna apabila dilihat pada waktu tenggelamnya matahari.Peserta tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan yang berlatar belakangkan keindahan pantai teluk Agiba diwaktu tengelam matahari.

Ketika matahari melabuhkan tirainya,rombongan terus menuju ke Suq Libya yang bertempat di bandar Matruh.Dinamakan Suq Libya ataupun dalam bahasa Melayunya Pasar Libya adalah barangan yang dijual di pasar tersebut adalah keluaran dari Libya.Suq Libya yang terkenal dengan tempat membeli-belah yang ala-ala pusat membeli-belah Rantau Panjang di Kelantan atau pun di Padang Besar di Perlis.Barangan yang dijual adalah seperti pakaian,perhiasan,herba dan buah-buahan.Peserta rombongan tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah seperti jersi,seluar dan baju yang seakan-akan pakaian original berjenama Adidas dan Nike.

Peserta mula mendaftar masuk hotel tepat jam 9 malam dan makan malam.
Pada keesokan pagi sekitar jam 7 pagi,peserta kembara bertolak dari bandar Matruh menuju ke Siwa sejauh 350 km yang merentasi dataran luas padang pasir utara Mesir.Perjalan mengambil masa hampir 4 jam lebih untuk tiba di bandar Siwa.Siwa adalah sebuah wadi atau oasis yang kaya dengan hasil bumi seperti ladang zaitun,Thin,kurma serta hasil air galian asli terbesar di Mesir.Di Siwa juga terdapat kesan sejarah peninggalan Ratu Cleopatra.

Peserta tiba di Siwa tepat jam 11 pagi dan destinasi pertama adalah melawat kota lama siwa.Kota tersebut merupakan kota yang terawal di Siwa dan dikatakan penempatan terawal disitu.Kembara kali ini ditemani oleh seorang orang tempatan di Siwa iaitu Syeikh Idris.Beliau merupakan seorang graduan Al Azhar cawangan Damanhur dan merupakan Imam besar di Siwa.Beliau yang boleh berkomunikasi dengan mahasiswa melayu menjadikan beliau disenangi oleh peserta kembara.Beliau yang sepanjang pengajiannya di Damanhur seringkali berkawan dengan mahasiswa melayu disana.

setelah itu peserta mula melusuri ladang kurma menuju ke Kubu Alexander The Great.Kubu tersebut telah dibina sejak 300 ribu tahun dahulu dan merupakan juga tempat beribadat bagi pengikut Alexender.Kubu tersebut dibina dipuncak bukit yang merupakan tempat berhala mewakili Tuhan Matahari yang terletak dibilik tengah.Berhala tersebut musnah akibat perang dunia kedua yang telah dijadikan kubu peperangan oleh tentera Jerman.

Setelah itu,peserta bergerak ke selatan Siwa dimana terdapat sebuah tempat sejarah iaitu kuil Amon.Kuil ini dibina bagi tempat beribadat pada zaman Firaun dan dikatakan ia dibina oleh ahli sihir Firaun ketika itu.

Setelah itu, peserta bergerak menuju ke Kolam Cleopatra yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut.Peserta tidak melepaskan peluang bermandi manda di kolam tersebut bagi menghilangkan kepanasan suhu di Siwa yang mencecah 40 darjah Celcius.Dinamakan Kolam Cleopatra adalah sempena kedatangan Ratu Cleopatra yang sering bersiram disitu.Di kolam tersebut juga dikatakan bahawa setiap orang yang mandi disitu akan memperolehi jodoh.

Dan dikatakan juga bagi pengantin yang mandi disitu akan mendapat cahaya mata.Namun mitos ini hanyalah dilakukan oleh penduduk Siwa suatu masa dahulu dan merupakan adat turun temurun.Kolam tersebut merupakan salah satu kolam yang masyhur dalam banyak kolam-kolam yang lain.Kolam tersebut sedalam 5 meter dan airnya hijau kebiruan.Ada pendapat mengatakan di Siwa sahaja mempunyai hampir 10 jenis kolam dan berbeza-beza kedalamanya.

Namun hanya beberapa sahaja yang ditemui dan kolam paling dalam ditemui adalah sedalam 11 meter yang terletak jauh di pedalaman Oasis Siwa.Peserta dijamu makan tengahari disitu sambil menikmati kesejukan kolam tersebut. Disitu juga peserta terkejut melihat Syeikh Idris memakan makanan yang dihidangkan seperti kebiasaan orang melayu.Apabila ditanya,beliau menerangkan bahawa beliau biasa memakan makanan yang dimasak oleh orang melayu sepanjang pengajiannya di Damanhur.

Setelah puas bermandi manda, peserta terus menuju ke Jazirah Fatmas yang mana terdapatnya tasik garam yang terletak ditengah-tengah padang pasir.Tasik garam tersebut unik dan ajaib kerana kebiasaan garam wujud disekitar pantai,tetapi tasik ini wujud ditengah-tengah padang pasir yang gersang dan jauh dari pantai.

Sejurus selepas itu,peserta mula memborong barangan yang dijual bandar Siwa.Antara barangan yang dijual adalah Balah Bi Luz (kurma bersalut badam) balah bi Choclata (kurma bersalut coklat),minyak zaitun,buah Thin dan banyak lagi.Kebanyakan barangan adalah buatan asli hasil bumi oasis siwa serta harga yang berpatutan dan bermutu tinggi.

Seterusnya peserta menuju ke destinasi terakhir iaitu Jabal Mauta yang terletak di jalan pulang ke Matruh.Jabal Mauta merupakan tempat persembunyian penduduk zaman dahulu ketika berlaku peperangan dan juga tempat pengkebumian jenazah.Ditempat tersebut juga terdapat Kubu Mumia Sa'amoun dan Oxyoris dimana kesan tulang dan rangka-rangka penduduk terhulu masih lagi boleh dilihat.

Rombongan terus bergerak pulang ke bandar Matruh tepat jam 5.30 petang.Di perjalan pulang satu insiden telah berlaku apabila bas yang dinaiki rosak di tengah-tengah padang pasir gersang 150km dari bandar Matruh akibat getah dibahagian injin terputus.Rombongan bernasib baik ketika bas rosak berdekatan dengan pos polis.

Rombongan terkandas ketika matahari mula terbenam.Rombongan dikawal ketat oleh polis yang mengiringi bas dari Siwa.Turut hadir ketika itu ketua besar polis bahagian Siwa yang mengawal.Kehadiran polis adalah bagi mengawal setiap pelancong yang melalui jalan padang pasir agar tidak dirompak oleh lanun padang pasir. Bagi mengisi kebosanan menunggu bas siap dibaiki,peserta mengisi dengan bermain bola dijalan yang lengang dari kenderaan yang lalu.Peserta berasa lega apabila alat gantian yang dibawa dari Siwa sejauh 200km tiba jam 10 malam.Rombongan terkandas hampir 3jam dipadang pasir dan peserta terus bergerak menuju ke Matruh.

Rombongan tiba dibandar Matruh dengan muka yang keletihan bercampur lapar terus dihidangkan makan malam jam 12.30 malam.Pada malam tersebut tidak tergambar perasaan letih pada wajah peserta apabila peserta mula bersiar-siar dibandar Matruh yang indah.Ada juga peserta yang mengisi masa pada malam itu dengan bermain bowling,snooker dan bersiar-siar dengan menyewa perkhidmatan basikal.Dan ada juga peserta yang pergi memborong pakaian di Suq Libya yang terkenal dengan pakaian berjenama.

Pada keesokan paginya,peserta terus menuju ke pantai Ghuram yang terletak berdekatan dengan hotel.Peserta tidak melepaskan peluang bermandi manda di pantai sambil menyewa perkhidmatan bot kayuh.Selain itu peserta juga bermain bola sepak pantai bagi menyeronokan lagi acara mandi laut yang merupakan acara terakhir sebelum pulang ke Shibin.

Peserta mula mendaftar keluar dari hotel tepat jam 1 tengahari dan bertolak pulang ke Shibin.Peserta tiba di Shibin jam 9 malam dan berkesempatan untuk menonton perlawanan bola sepak separuh akhir EURO 08 antara Jerman menentang Turkey.

Apabila diajukan pendapat kepada peserta tentang rehlah kali ini kebanyakan menjawab dengan berpuas hati dengan penganjuran kali ini yang penuh dengan pengalaman baru yang tidak terdapat pada penganjuran persatuan yang lain.Bagi peserta luar Shibin yang mengikuti rehlah kali ini berpuas hati dan ingin mengikutinya lagi pada penganjuran akan datang.

*Saksikan koleksi santai di ruangan GALERI.

Baca Seterusnya...

Piala Inter Usrah


sila klik di iklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (UKKS) dengan kerjasama Unit Dakwah DPMS ingin mengadakan pertandingan Piala Inter Usrah yang akan diadakan pada ;


Tarikh; 21 jun 2008 bersamaan 17 JamadilAkhir 1429 H
Tempat; Istad Abbasi
Masa: 7.30 pagi

Piala Inter Usrah ini diadakan bagi bertujuan merapatkan Ukhuwwah diantara ahli Usrah-Usrah yang lain dan membuka semula liqa' usrah yang tertangguh semasa Imtihan yang lalu.

Seluruh ahli usrah DPMS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Baca Seterusnya...

Kolokium Ilmuan (Q) siri 2

sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Unit Dakwah DPMS ingin mengadakan Kolokium Ilmuan (Q) siri ke 2 yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 13 Jamadil Akhir 1429H bersamaan 17 Jun 2008
Tempat : Darul Irsyad
Masa : 9.30 pagi (Pendaftaran LE8)
Agenda : Diskusi Kitab karangan Prof.Dr Yusof Al Qaradhawi
Pembentangan kertas kerja - Konsep Ikhtilat dalam Isla


Dengan segala hormatnya seluruh ahli DPMS dijemput untuk menghadiri dan diWAJIBkan kepada mahaiswa baru.



Baca Seterusnya...

Kembara Matruh & Siwa 08


sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum W.B.T
Sempena percutian musim panas yang baru bermula ini,Unit Sambutan & REhlah (USR) DPMS ingin mengadakan 'Kembara Matruh & Siwa 08' yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 23,24 dan 25 Jun 2008
Harga :LE 240
Tempat menarik ; Muzium Al Amain
Kubur peringatan jerman dan Itali
Marsa matruh
pantai agiba
cleopatra de' toilete
wadi Siwa
jabal mauta
kubu iskandar zulkarnain
tugu firaun
kolam cleopatra
jazirah fatmas
suq libya
dan banyak lagi...


Program ini bertujuan untuk mengisi masa cuti dan mengembalikan semangat setelah imtihan fasa dua yang lalu.

Pembayaran secara ansuran diterima

untuk penyertaan dan maklumat lanjut sila hubungi;
Ustaz kama (pengarah) +2011 4726313
Ustaz sufiyan shoib (SU) +2010 2237293

Baca Seterusnya...