Miliki ARMA

Miliki ARMA

IFTOR JAMAIE HARI ASYURA'


DIJEMPUT HADIR SEMUA AHLI DPMS KEMAJLIS IFTOR, SEMPENA PUASA 'ASYURA 10 MUHARRAM 1431H PADA HARI AHAD INI.SEMOGA PUASA PADA HARI INI AKAN MENDAPAT GANJARAN PAHALA YANG BESAR DISISI-NYA.




Baca Seterusnya...

Munajat Sang Hamba


MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMENUHI MALAM INI DENGAN BERMUNAJAT KEPADA ALLAH TA'ALA ,SELAKU KITA HAMBA ALLAH TA'ALA YANG LEMAH DAN KERDIL DISISINYA.


Baca Seterusnya...

MARILAH BERSOLAT HIFZI


Dijemput kepada semua ahli Shibin El kom agar dapat hadir disetiap solat hifzi yang akan didirikan.

sila klik pada gambar untuk lebih jelas
Baca Seterusnya...

Tahun Baru Hijrah 1431


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Segala puji dan syukur bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir, Lembaga Penasihat dan Penghulu-penghulu KAMSIS DPMS 09/10. Semoga kita semua dirahmati Allah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita bermuhasabah akan perbuatan dan amal kita yang lalu, moga-moga ia menjadi pengajaran kepada kita. Marilah kita bersama perbaiki iman serta amal kita supaya kita menuju ke arah Keredhaan Allah S.W.T. moga-moga kita digolongkan dari kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Sahabatku yang ku kasihi sekalian,

Marilah kita bersama perbaharui niat serta azam semoga tahun baru hijrah yg menjelma ini bakal menjadi tahun yang lebih bermakna dan lebih bersejarah yang akan menyaksikan kita sebagai mahasiswa menuntut ilmu Allah ini serba boleh dan berketrampilan yang mulia sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran Kalamullah.

Bersempena dengan fatrah imtihan yang akan bermula pada 9 januari imtihan takhaluf dan 16 januari imtihan fasa 1 bermula, marilah kita belajar dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan milik kita bersama.

Akhir kata, kami dari warga penggerak DPMS ingin memohon kemaafan segala kesalahan kami. Eratkan tautan ukhuwwah sesama kita moga jalinan dan kasih sayang ini dirahmati oleh Allah S.W.T.
Wassalam.

Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa (M'sia) Shibin El-Kom,
Sesi 09/10.



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...




Baca Seterusnya...

MAJID 1430 H photo memory......




Alhamdulillah... Aidil Adha dirai dan disambut dengan penuh syukur.... buat tatapan sahabat2 sekalian....

sila klik
di sini

Baca Seterusnya...

MAJID 1430 H & Motivasi


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Dewan perwakilan mahasiswa Shibin El-Kom sesi 2009/2010 menjemput seluruh ahli untuk menjayakan program yang bakal diadakan bersempena dengan kedatangan hari raya Adha.Program yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan & Kemanusiaan Dengan kerjasama Unit Dakwah & Pembangunan Insan & Unit Pengetahuan & Pendidikan akan dimulakan dengan majlis Iftor jam'ie yaum At-tasyrik pada malam raya tersebut dimana seluruh ahli digalakan berpuasa pada hari tersebut.Majlis Gema Aidil Adha yang pada perancangan awalnya akan diadakan di rumah Ustaz Afendi telah ditukarkan ke markaz Darul Irsyad bagi memudahkan segala aktiviti program tersebut berjalan lancar.

Berikut adalah tentatif penuh program dan ianya tertakluk kepada pindaan :

Gema Aidil Adha & Iftor Jam'ie

4.30 ptg Kehadiran seluruh ahli

4.56 mlm Iftor Jam'ie & Solat Marghib

5.10 mlm Takbir Raya

6.20 mlm Solat Isyak & Takbir

6.45 mlm Perutusan Aidil Adha

7.00 mlm Pengumuman rumah terbuka

7.15 mlm Bersurai


MAJID 1430 H & Motivasi Imtihan

Sesi penyembelihan

8.00 pg Kehadiran Ahli

8.15 pg Penyembelihan & melapah

8.45 pg Daging dibawa ke Darul Irsyad

9.00 pg Aktiviti gotong royong memasak

Sesi Rumah terbuka DPMS & Motivasi

5.00 mlm kehadiran ahli

5.30 mlm Qosidah & Burdah

6.45 mlm Solat Isyak berjemaah

7.00 mlm Majlis perasmian

7.15 mlm Ceramah Motivasi Imtihan (sifar rasib)

Salam Aidil Adha **

Pengagihan Daging korban

Penyampaian cenderahati

9.00 mlm Jamuan

*tertakluk kepada pindaan

**digalakkan berjual pantun @teka teki






Baca Seterusnya...

MKAMC 09' & Darul Irsyad yg baru...


Buat tatapan untuk semua sahabat-sahabat, markaz baru telah mula beroperasi, bermula dengan program Majlis Kesyukuran & Anugerah Mahasiswa Cemerlang 09' (MKAMC 09').

sila klikdi sini
Baca Seterusnya...

kembara berkuda




jom tengok aksi berkuda jejaka shibin di sini
Baca Seterusnya...

kalam pengerusi 09/10



Alhamdulillah, kini PMRAM cawangan Shibin El-Kom telah bertukar kepimpinan yang baru. Setiap mula ada awalnya, setiap pertemuan ada perpisahan, demikianlah juga kami di Shibin El-Kom. Kepimpinan itu memang susah dan payah, tetapi ia akan jadi lebih payah sekiranya kita berdiam diri tanpa memikirkan sesuatu cara untuk bertindak. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk dilantik sedemikian rupa akan tetapi saya terima dengan redha akan amanah ini kerana Allah S.W.T. meletakkan amanah dan tanggungjawab itu ke atas kemampuan hambaNya.

Sepertimana firmanNya yang bermaksud,
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya.”(Al-Baqarah,286)
Moga kepimpinan ini akan melatih kami dan memberi pengalaman yang hebat bagi kami untuk merealisasikan dakwah islamiah kepada seluruh ummah kelak.


Sahabat yang dirahmati Allah,

PMRAM cawangan Shibin El-Kom pada sesi ini akan cuba mengorak langkah dengan menitik beratkan kebajikan ahli. Bagi mencapai hadaf dan misi PMRAM seperti temanya pada tahun ini "JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH".

Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom telah pun berumur hampir 17 tahun sejak tahun 1993 lagi. Namun DPMS tetap teguh dan mantap di bawah kepimpinannya demi memastikan kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir terbela berdasarkan syariat yang digariskan oleh Allah S.W.T.

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup itu diciptakan" - Imam Syafie

Konsep Wala' dan bara setiap pemimpin dan yang dipimpin perlu jelas dan faham. Natijahnya akan lahirlah sebuah hubungan kerjasama yang antara pemimpin dan yang dipimpin. Setiap insan ada kelemahan akan tetapi setiap insan juga mempunyai bakat dan keistimewaan masing-masing. Maka bakat dan keistimewaan itu hendaklah digunakan sebaiknya dan diasah agar ia akan menjadi suatu sumber penting dalam kepimpinan.
Sahabat yang dikasihi sekalian,

Kami berharap, hubungan ukhuwwah dan ikat persaudaraan mahasiswa Islam Malaysia di Mesir ini dapat diperkukuh lagi. Segala ppermasalahan dapat diselesaikan mengikut keadaan dan situasi dalam masa yang sama juga, nasihat dan teguran membina di antara semua pihak perlu dibuat bagi memastikan perjalan visi dan misi PMRAM dapat direalisasikan di seluruh BKAN dan DPM.

Semoga akan lahir suatu masa nanti insan-insan terbaik yang boleh memimpin ummah dengan menegakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber dan dasar. Setiap mahasiswa seperti kita tidak boleh tidak mengambil ini sebagai suatu misi dakwah apabila pulang ke tanahair nanti. Moga dengan ini, akan muncullah Azhari pencetus kegemilangan ummah dan Islam itu sendiri. Jadikanlah persatuan yang kita bina dan dokongi sebagai suatu lapangan dan medan tarbiah kita disini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perjalanan hambanya dan kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha dengan sebaiknya untuk mendapat Redha Allah S.W.T.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Seorang muslim hendaklah meletakkan Islam adalah perkara yang utama, maka peranan mahasiswa Islam pada hari ini adalah sebagai daei untuk memberi penerangan dan kefahaman tentang Islam kepada seluruh manusia sekaliannya. Kita tak akan ditanya berjaya atau tidak usaha kita untuk Islam tetapi kita akan ditanya adakah kita berusaha untuk meletakkan Islam itu ditempatnya.
"Islam adalah tetinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya"

Semoga DPMS akan terus maju memberi kebajikan kepada setiap mahahsiswa yang bermukim di Shibin El-Kom ini, namun kebersamaan kita menjalankan kesatuan ini adalah perkara sangat penting demi menyambung perjuangan yang di tinggalkan olah Rasullullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :"Dan tolong menolonglah kepada perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong kepada kejahatan dan kerosakkan"

Imam Ghazali pernah berkata:"Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkanya dan memberi manfaat kepada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain sedangkan ia terus bersinar"

Jutaan kemaafan dari kami PMRAM cawangan Shibin El-Kom (DPMS) kepada seluruh ahli PMRAM sekiranya ada kesilapan yang lahir dari kami ini menyusahkan anda semua. Selamat bekerjasama...
Wallahu Taala A’lam




Baca Seterusnya...

kembara berkuda.





Baca Seterusnya...

Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM


sila rujuk disini untuk maklumat lanjut.


Baca Seterusnya...

Aidilfitri & MASAF

galeri gambar sekitar Aidilfitri & MASAF



Baca Seterusnya...

Malam Gema Takbir Aidilfitri & Khatam Al Quran


Ramadhan pergi, Eidulfitri mengganti.....
dengan segala hormatnya dijemput seluruh ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom ke program malam gema Takbir raya.Disamping itu akan diadakan majlis khatam Al-Quran. sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas....sekian...



Baca Seterusnya...

laporan MAT ke -17



bergambar dengan BP

Baitul Maghfirah 10 sept

MAT adalah singkatan kepada mesyuarat agung tahunan yang saban tahun di buat di bumi shibin el-kom oleh DPMS dalam membuka ruang koreksi dan lapangan muhasabah yang tepat dalam menegur dan membantu menaikkan prestasi kerja kebajikan Ajkt kepada ahli.

walaupun dalam suasana yang terdesak kerana proses mencari markaz yang baru masih samar-samar. walaupun begitu sebagai alternatif untuk MAT kali ini DPMS telah meminta jasa baik ahli bait rumah Maghfirah untuk menjadikan ruang tamu rumah beliau sebagai dewan persidangan MAT kali ini. selautan terima kasih kepada kesudian mereka untuk menerima kunjungan dari semua dan menjadi tuan rumah untuk MAT kali ini.

seperti biasa MAT berjalan dengan teratur walaupun sedikit lewat bermula namun perjalanan program masih boleh ditamatkan agak awal kerana pada petangnya iaitu selepas asar Jam'iah Syai'ah akan memberi zakat kepada Ahli walaupun sebelum ini telah diberikan tiap-tiap bulan namun kali ini istimewa untuk aidilfitri.

MAT dirasmikan oleh BP (badan pengurus ) PMRAM iaitu Ust Meor Muhammad Khairul Anuar Bin Hairudin.


beliau juga merupakan BP (bapa angkat) kepada muhafazah Shibin EL-Kom.
antara isi penting ucapan perasmian MAT kali ini ialah :-

  • Memahami konsep Wala' dan Baraa'
  • Semua kita adalah ketua. (ahli dan ajkt masing-ada peranan)
  • Memahami kondep ibadah dalam islam (tidak hanya di masjid,berpersatuan juga ibadah)
  • 2 element yang penting selepas iman dan islam ialah
  1. kefahaman yang jelas.
  2. hati yang ikhlas.
kedua point diatas adalah sedutan dari kata-kat Ibnu Qayyim.
tanpa kedua-duanya maka amalan kita akan sia-sia.

MAT juga dihadiri oleh Ust Abdul Malik B. Abdul Karim yang juga merupakan bapa angkat kepada Shibin El-Kom.





antara yang di persoalkan dalam MAT kali ini ialah tindakan susulan untuk memastikan kedatangan pelajar baru sebagai pelapis generasi sekarang.

bagi pihak PMRAM antara program yang akan dianjurkan ialah

  • iftor jam'ie dengan lisanul arab.
  • bayaran zakat fitrah perseorangan ialah le. 10 genih.
  • ihya ramadhan di dataran asyir.
  • majlis konvokesyen hanya dianjurkan oleh kedutaan dan sebagai ganti kepada program ini satu program yang dinamakan sebagai "kutubus sittah" yang akan merupakan hasil curahan idea dari bekas president PMRAM Ust Hairul Nizam. program yang memakan masa selama 4 hari itu akan menbuka peluang kepada graduan untuk talaqi secara terus dengan masyayikh yang akan dijemput khas selama 4 hari tersebut. sekurang-kurangnya azhari yang pulang ke malaysia tidak hanya membawa segulung skroll sijil bahkan ilmu yang akan disampaikan kepada masyarakat.
untuk melihat gambar sekitar MAT boleh tekan sini.




Baca Seterusnya...

Senarai calon AJKT DPMS 09/10


Pada 3hb sept yang lalu SPR shibin el-kom telah selesai menjalankan proses pencalonan untuk senarai AJKT DPMS yang baru. Pihak SPR telah menerima 8 borang pencalonan AJKT DPMS dan 1 sahaja borang pencalonan untuk jawatan pengerusi.
pencalonan ditutup tepat jam 5 petang pada 7hb sept yang lalu dan sebagai mana yang tertera di atas seramai 8 calon AJKT dan seorang calon pengerusi telah berjaya melepasi piawaian SPR dan tiada bantahan dilaporkan sehingga waktu bantahan berakhir iaitu pada jam 6 petang 8hb sept.
Berdasarkan peraturan SPR yang telah menggariskan bahawa sekiranya cukup bilangan calon yang diperlukan berdasrkan kerusi AJKT iaitu seramai 8 orang dan tiada bantahan yang diterima maka kemungkinan besar kesemua calon akan menang tanpa bertanding, walau bagaimana pun keputusan yang muktamad akan diputuskan pada persidangan MAT (mesyuarat agung tahunan) pada 10hb sept iaitu pada hari khamis.

calon AJKT kali didominasi oleh pelajar dari terengganu iaitu seramai 3 orang muka baru dan seorang calon dari negeri sembilan, 2 orang dari johor dan kelantan dan perak masing-masing diwakili oleh seorang calon.

TENTATIF MAJLIS MAT


SESI 1 (PERASMIAN)

8.00 - 8.30 pg : Pendaftaran
8.30 - 8.45 pg : Dif-dif jemputan serta ahli sidang mengambil tempat masing-masing
8.45 - 10.00 pg : Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan Pengarah MAT kali ke 17
Ucapan Pengerusi DPMS 2008/2009
Ucapan Perasmian wakil Badan
Pengurus PMRAM 2009
10.00 - 10.30 pg : Rehat



SESI 2 (PERSIDANGAN MAT)

10.30 pg - 6.30 mlm : -Pengerusi, AJKT, Penasihat dan wakil Badan
Pengurus PMRAM mengambil tempat.

-Pembentangan dan pengesahan minit MAT kali ke 16.
-Pembentangan laporan aktiviti setiap unit DPMS.
-Pembentangan laporan kewangan DPMS sesi 2007/2009.
-Ucapan penangguhan pengerusi DPMS sesi 2008/2009.
-Pembubaran AJKT DPMS sesi2008/2009.
-Pengisytiharan AJKT DPMS sesi 2009/2010.
-Ucapan Pengerusi DPMS sesi 2009/2010.
-Ta’aruf ringkas AJKT DPMS 2009/2010.
-Doa penutup


Baca Seterusnya...

Mesyuarat Agung Tahunan DPMS.

sila klik gambar untuk lebih jelas.



Baca Seterusnya...

Zakat Fitrah 1430H


kepada semua Ahli DPMS diharap dapat membuat pembayaran seperti butiran di atas.


Baca Seterusnya...

perutusan U.D - Ramadhan Karim




Ramadhan Al-Mubarak telah kembali

Alhamdulillah, segala puji kepada tuhan Rabbul Jalil.
Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:-
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sahabat yang dirahmati sekalian:
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketaqwaan, kita menjadi insan yang soleh dan contoh tauladan yang terbaik kepada keluarga dan masyarakat serta diredhai oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al Baqarah ayat 185 yang bermaksud :-
(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Ramadhan merupakan satu bulan yang merupakan bulan paling mulia dari seribu bulan. Ramadhan juga merupakan bulan untuk memperbaiki amalan kita setelah hampir setahun kita bergelumang dalam keadaan dosa. Disamping itu juga, Ramadhan adalah bulan bagi kita untuk mendidik atau mentarbiah hawa nafsu yang telah lama bermaharajalela di dalam diri. Hawa nafsu yang mana telah merosakan kita selama hampir setahun didalam keadaan maksiat dan dosa.

Ramadhan yang sebelumnya disusuri oleh dua bulan yang mulia iaitu bulan Rejab dan Syaaban telahpun kita laluinya dengan pelbagai sunnah yang dianjurkan oleh Islam. Antara acara yang telah kita laluinya dalam dua bulan ini adalah seperti berpuasa sunat didalam dua bulan tersebut, sambutan isra’ mi’raj dan juga nisfu syaaban. Namun dalam kesibukan kita dalam mengejar duniawi, ada dikalangan kita yang masih tidak dapat menyambutnya dengan amalan-amalan seperti yang disebutkan tadi. Tetapi kedatangan Ramadhan merupakan talian hayat yang terakhir bagi kita melakukan sebanyak mungkin amalan-amalan ibadat yang di Redhai oleh Allah S.W.T.

Kedatangan Ramadan kali ini, perlu diambil peluang seluas-luasnya oleh setiap insan beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, kerana bulan Ramadan disifatkan oleh sesetengah para ulama sebagai bengkel, iaitu bengkel yang dapat menghilangkan tompok-tompok hitam yang masih melekat pada hati manusia sebelum menjelang Ramadhan, serta mengetatkan skru-skru lutut yang longgar, kerana tidak berapa pentingkan tarbiah di rumah Allah, sama ada masjid atau surau.

Dibulan Ramadhan juga terdapat solat sunat tarawih yang merupakan kelaziman kita melakukannya sepanjang bulan ini. Terdapat pelbagai ganjaran yang dijanjikan oleh Allah melalui setiap malam-malam yang kita lalui sepanjang bulan Ramadhan ini. Ramadhan juga telah dijanjikan oleh Allah akan menurunkan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang dijanjikan oleh Allah itu adalah malam Lailatul Qadar.
Firman Allah subhanahu wa taala Surah Al Qadr ayat 1 hingga 5, yang bermaksud:-
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Saudaraku yang dikasihi sekalian:
Kita tidak mahu menjadi seperti manusia yang beranggapan bahawa Allah S.W.T. hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan sebelum dan selepas Ramadan batang hidung pun tidak kelihatan di rumah Allah, ini kerana di rumah Allah S.W.T. apabila kita menjadi tetamu-Nya, banyak juadah rohani disediakan yang tidak ada di tempat-tempat lain, akhirnya diri kita ini dinaik-tarafkan setelah menjadi orang Islam kepada orang beriman dan kemuncaknya ialah orang yang bertakwa.

Dengan dinaikkan taraf orang yang bertakwa, sudah tidak menjadi masalah untuk sentiasa bertaubat dari segala kesalahan yang besar dan yang kecil, kerana selagi mana kita bernama manusia, kita terdedah kepada melakukan dosa, sama ada yang besar ataupun yang kecil. Bulan Ramadan yang disebut oleh baginda Rasulullah S.A.W. ,terdapat di dalamnya keampunan Allah, ….mengapa kita perlu memohon keampunan-Allah?.... Tidak lain kerana terlalu banyak dosa yang dilakukan, sama ada yang disedari atau sebaliknya. Antara dosa besar yang kita lakukan adalah tidak pernah melaksanakan hukum-hakam Allah dalam al-Quran, malah kita tukarkannya dengan undang-undang ciptaan manusia.
Sehubungan itu, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menegaskan, bahawa ramai di kalangan manusia tidak sedar terjebak dalam melakukan dosa dan maksiat, terutamanya yang dilakukan oleh pancaindera yang zahir (luaran) seperti dosa tangan, kaki, mata, telinga, lidah, hidung dan sebagainya termasuk dosa perut dan kemaluan.
Dosa tangan ialah dengan melakukan kecurian atau mengambil hak orang lain secara paksa, dosa kaki iaitu berjalan menuju tempat yang ditegah oleh agama seperti tempat pelacuran dan sebagainya. Dosa mata melihat kepada yang diharamkan oleh Allah seperti melihat aurat orang lain, dosa telinga melalui pendengaran kepada perkara mengumpat dan sebagainya, dosa lidah dengan mengutuk orang lain atau memfitnah, dosa hidung dengan menghidu sesuatu yang diharamkan Allah, dosa perut memakan makanan yang diharamkan atau sumber riba dan dosa kemaluan dengan melakukan perbuatan zina.
Tetapi sebahagian besar daripada mereka lupa dan mungkin tidak mengetahui sedalam-dalamnya dosa serta maksiat yang dilakukan oleh hati, sedangkan dosa hati adalah lebih bahaya daripada dosa-dosa di atas, ini kerana hati seseorang itu boleh terjebak pada niat yang serong daripada agama, tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan dan yang lebih parah lagi terlibat pada syirik, riyak, bangga diri, cinta pada dunia, kufur (ingkar kepada hukum Allah), hasad dan banyak lagi.

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rasululllah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari,dan Muslim.


Saudaraku yang dirahmati Allah S.W.T. :-
Secara jelasnya, bahawa tujuan puasa yang hendak diperjuangkan adalah untuk mencapai ketakwaan. Dalam rangka memahami tujuan tersebut maka perlu digariskan beberapa hadis dari Nabi S.A.W. Misalnya hadis yang bermaksud, "Banyak di antara orang yang berpuasa tidak memperoleh sesuatu dari puasanya, kecuali rasa lapar dan dahaga." Ini bererti bahawa menahan diri dari lapar dan dahaga bukan tujuan utama dari puasa. Maka apa yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah tujuan yang utama dalam konsep berpuasa adalah ibadat yang dikerjakan oleh individu tersebut kepada Allah S.W.T .

Adapun mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadhan itu ialah membersihkan rohani dan jasmani dari sebarang ingatan dan sangkaan jahat serta buruk terhadap Allah SWT dan hukum-hukumnya, kepada rasul-rasul dan sunnah-sunnahnya dan terhadap sesama muslim dan hamba Allah seterusnya terhadap makhluk-makhluk Allah seluruhnya. Seseorang itu juga perlu bersihkan diri daripada perkara-perkara mungkar serta mengelakan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Jesteru itu, Ada beberapa perkara penting dalam mempersiapkan diri bagi menyambut Ramadhan Al Mubarak di antaranya ialah;
Yang pertama – Hendaklah merenungi diri agar sedar dan insaf akan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan selama ini dengan sengaja sehingga terjadinya dosa bagi dirinya. Kemudian diiringi dengan taubat dan beristiqhfar memohon ampun kepada Allah atas segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan selama ini. Agar dapatlah ia memasuki bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah dan bulan suci itu dengan dirinya yang suci.
Yang kedua – hendaklah ada ingatan yang baik terhadap dua ibubapa dengan memperelokan hubungan silaraturrahim dan melakuan sesuatu yang mengembirakan dan menyenangkan hati mereka atau melakukan sesuatu yang menjadi kebajikan dan pahala untuk mereka,seperti bersedekah dan sebagainya jika mereka sudah meninggal dunia.
Yang ketiga- hendaklah memperelokan hubungan dan pergaulan dengan keluarga,jiran tetangga dan dengan sesama manusia. Agar segala salah silap,silang sengketa,bergaduh dan berkelahi dapat dilupakan dengan bertemu ,bermesra dan bermaaf-maafan serta menjaga hubungan hingga masa hadapan.
Oleh yang demikian ,marilah kita sama-sama mengambil peluang Ramadhan kali ini dengan mempertingkatkan amalan-amalan ibadat serta meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT disamping kita menjaga kemuliaan Ramadhan Al Mubarak ini.
Semoga sekelumit coretan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
“Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari warga kerja Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMS.”





Disediakan oleh,
Unit Dakwah & Pembangunan Insan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa (M’sia) Shibin El-Kom,
Sesi 2008/2009.

Baca Seterusnya...

hari sukan dan pindah markaz



sport day shibin el-kom
tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan yang penting ukhuwwah kita dijalin serapinya..
juga kepada sahabat-sahabat dari kaherah yang sudi meramaikan hari tersebut.


klik sini untuk melihat galeri gambar sekitar hari sukan tersebut





kami sudah berpindah dari markaz di istad ke lokasi baru.
akhir bulan 7 kami tidak lagi mendapat keizinan dari pihak tuan rumah untuk meneruskan menyewa di kediaman mereka.
rentetan dari peristiwa naik harga sewa yang melampau dari pihak tuan rumah setelah beberapa kali pertemuan diatur namun masih gagal mendapat kata sepakat dari pihak tuan rumah..
harga yang dinaikkan amat membeban kepada DPMS yang sumber bayaran sewanya atas yuran ahli serta bayaran wajib untuk ajkt dpms.
dengan bilangan ahli yang berkurang amat menyukarkan pihak dpms membuat pembayaran..
sebagai solusi yang terpaksa dibuat ialah berpindah ke tempat baru..namun tiada lagi setakat ini bangunan yang sesuai untuk dijadikan markaz dengan ruang legar yang luas serta kemudahan dapur dan ciri-ciri markaz, melihat kepada perkara ini kami terpaksa berpindah juga walaupun masih mencari markaz baru. semua barangan markaz selama sepuluh tahun dpms bertapak mula dikemas dan siap untuk diangkut ke rumah ustaz zamzuari yang pulang ke malaysia.
rumah beliau dijadikan stor sementara.

klik sini untuk melihat galeri sepanjang pemindahan tersebut





Baca Seterusnya...

Shibin Sport Day





Baca Seterusnya...

liqa' azhari



majlis anjuran mampat (persatuan tahun empat) dan UD -unit dakwah dan pembangunan insan. semoga majlis yang dianjurkan berjalan lancar dan mendapat sambutan dari pelajar tahun akhir.


Baca Seterusnya...

PEDOMAN BAGI MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN. bil-2






Jangan Bertangguh Dari Beramal

Berdirilah dengan kakimu utuk beramal dan janganlah engkau bertangguh dan melewat-lewatkan untuk beramal kerana bertangguh dan melewatkan itu aka nmendedahkan hatimu kepada kelalaian dan keras hati serta berkemungkinan terlepas peluang dari yang telah disediakan oleh Allah S.W.T. firmanNya di dalam Surah Al-Hadid, ayat 16 yang bermaksud :

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah S.W.T. dan kepada kebenaran yang telah turun kepada mereka, dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah ditrunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang ata mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang -orang yang fasik.



Jangan Mengekalkan Perbuatan Maksiat

Ketahuilah wahai saudaraku yang mulia, bahawa sesungguhnya bahawa maksiat yang berterusan itu akan melemahkan pengaruh ketaatanmu dan memadamkan cahayanya di dalam hatimu. Oleh itu, berbuat maksiat beserta taat akan mencegah engkau dari menuju kepada Allah S.W.T. Maka jauhilah dengan bersungguh-sungguh mencegah dari segala maksiat dan kesesatan sekiranya engkau benar-benar jujur dalam memperhambakan dirimu kepada Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Dibentangkan fitnah ke dalam hati seperti hamparan sedikit demi sedikit. Maka mana-mana hati yang menerimanya akan dititik pada hati itu satu titik hitam, dan yang menolaknya akan dititik pada hati itu suatu titik putih sehinggalah ia menjadi dua jenis hati : Hati yang putih umpama batu yang licin yang tidak membahayakannya lagi sebarang fitnah di langit dan di bumi, dan satu lagi hati yang hitam keputihan umpama bekas air yang terbalik tidak lagi mengenali kebaikan dan tidak lagi menolak keburukan selain apa yang disukai oleh hawa nafsunya.

Jangan Suka Berbantah-bantah

Wahai saudaraku yang mulia, janganlah engkau berselisih mengenai rupa ibadat sedangkan engkau di dalam mencapai maknanya lalai, sebaliknya berlumbalah engkau di dalam rupa ibadat tunduk dan taat. Ingatlah kepada Sabda Rasulullah S.A.W. : tidak kembali sesat sesuatu kaum itu selepas diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. melainkan orang yang mempunyai kesukaan berbantah.

Wahai saudaraku yang mulia, berpindahlah dari rupa ibadat kepada makna ibadat, bukan hanya dari suatu rupa kepada suatu rupa yang lain sahaja. Berzikir dan berjihad adalah dua rupa ibadat dari berbagai-bagai rupa ibadat, akan tetapi makna teringgi yang tekandung dalam kedua-duanya itu adalah sama sahaja: Iaitu mencapai perasaan takut dan gerun kepada Allah S.W.T. semata-mata. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah At-Taubah ayat 13 : Adakah kamu takut kepada mereka padahal Allah lah yang berhak kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

Berkata Al-Qasimi Rahimahullah :
Sesungguhnya iman yang sebenar ialah seorang mukmin itu tidak takut melainkan tuhannya sahaja.

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud : Yang berjihad pada jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela,

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Ahzab ayat 39 yang bermaksud : Orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang pun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pemberi pertolongan.

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang bermaksud : Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapapun selain Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Perbanyakkanlah menyebut zikrullah sehingga orang ramai menuduh engkau gila.

Nantikan sambungannya…..

Disediakan oleh,
Unit Dakwah & Pembangunan Insan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa (M’sia) Shibin El-Kom,
2008/2009.

Baca Seterusnya...

Jaulah PMRAM -liqa' mahabbah

Darul Irsyad,09/07/2009, khamis.
Jaulah badan pengurus PMRAM telah berkunjung ke teratak usang DPMS untuk sesi tour liqa' mahabbah, seramai 14 orang BP telah hadir dalam majlis yang bermula pada jam 2.15 petang. Difahamkan jaulah kali ini merupakan ke-2 selepas Muhafazah Shoubra pada 1-7-09 lalu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi DPMS Ust. Aminudin Bin Alias selaku tuan rumah dan mengalu-alukan kedatangan BP PMRAM ke bumi Shibin yang serba kekurangan ini, seterusnya majlis diserahkan kepada Ust Nik Rosdi untuk mengambil alih majlis dan seterusnya memberi sedikit gambaran tujuan serta agenda utama dalam liqa' kali ini.

sesi ta'ruf..semua dapat peluang.

Slot pertama ialah sedikit ta'ruf ringkas dari BP dan ahli,

"shibin walaupun sedikit ahli tapi banyak keistimewaannya..boleh ta'ruf sorang-sorang kat muhafazah lain tak leh nak ta'ruf semua.." seloroh Ust Nik Rosdi dari Terengganu memeriahkan majlis..
majlis diteruskan dengan slot kedua iaitu majlis soal jawab yang mendapat sambutan hangat dikalangan ahli,

luahkan masaalah jangan pendam dalam hati..
gunakan saluran yang betul.baru berhikmah

antara yang menjadi persoalan ialah berkenaan program Dana Shaqah PMRAM , ahli shibin yang semakin berkurang bagaimana pendekatan PMRAM, Isu Arma yang baru-baru ini keluarkan notis islah shaqoh,(isu arma bermula sejak pengusiran PMRAM dari situ pada tahun 1994), rentetan dari jawapan BP berkenaan spekulasi penghapusan etnik melayu di bumi shibin ini timbul satu lagi keberangkalian adakah DPMS akan dibubarkan ?...
tenang menjawab persoalan tersebut dengan menegaskan bahawa kita kena rujuk kembali kepada undang-undang tubuh yang telah digariskan.
antara lain lagi persoalan berkenaan dengan spekulasi haji PMRAM yang khabarnya tidak lagi melalui Mesir , polisi hubungan kerja dua hala PMRAM dan pegawai negeri sentiasa dalam proses peningkatan mutu kerja dan banyak lagi soalan yang diutarakan oleh ahli disambut serta dijawab sejitu mungkin oleh BP yang hadir.



slot yang dinantikan seterusnya ialah Kalam Presiden bagi menerangkan polisi serta hala tuju pertadbiran dalam mengemudi bahtera PMRAM
dapat diringkaskan disini seperti dibawah:
1-Wawasan PMRAM menjadi wadah utama kebajikan untuk berbakti kepada pelajar Malaysia yang terkedepan dalam menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada ahli.

2-perkasakan Usrah: melihat kepada masaalah yang timbul adalah berpunca dari kurangnya penghayatan dan keberkesanan dalam mengendalikan usrah di peringkat akar dan masih belum terlewat untuk kembali membugar semangat Arqam yang menjadi mercu awal kebangkitan islam.

3- "Q" program khas untuk pelajar baru bagi memastikan pemahaman serta penyesuaian secara berkala dan dari pihak ahli Shibin sendiri ramai yang menghulurkan tenaga bagi menjayakannya.

4-Thaqafah sudah pasti menjadi landasan teras dalam menongkah hari mendatang.
dalam memahami tuntutan semasa dan isu yang sentiasa menuntut kupasan ilmu dari pihak azhari kian membukit dan amat malang sebagai azhari apabila masaalah yang timbul dalam masyarakat mutakhir ini dipandang sepi dan berlalu.
peranan yang optima perlu digasak dan pihak Manhal PMRAM amat terkedepan dalam menyediakan lapangan dakwah masa kini kepada azhari.
antara lain selain isu semasa secara rawak dapat dikuasai dan dihadami dengan baik disamping itu juga ilmu talaqqi perlu diselia dengan sebaiknya, Madrasah Imam Syafie yang masih dalam proses R&D dan perlu diberi sokongan oleh ahli.

masih dalam fokus thaqofah iaitu Manhal PMRAM tahun ini sedang fokus kepada isu semasa agar azhari tidak tertinggal dan putih mata bila berdepan dengan situasi sebenar kelak bagi melatih ahli agar peka dengan kehendak masyarakat membaca amat perlu disamping kesungguhan dalam belajar ilmu. pengkajian kitab turath tetap diteruskan iaitu kitab "Bahrul Mazi".

5- sesuai dengan konsep kebajikan untuk ahli PMRAM kali ini telah membuat kerja sama dengan "jam'iah syari'ah" di bawah kelolan lajnah Kebajikan dan Kemanusian.

6- Isu global terbaru PMRAM telah berjaya menyalurkan sedikit bantuan ke Palestine hampir L.E 100 ribu melalui hasil projek jualan bundle tajaan Prosma dan Mini Pavilion.
tidak hanya terhenti dengan isu Palestine baru-baru ini satu kerja sama antara PMRAM dan Persatuan pelajar Indonesia dan Singapura telah berjaya menganjurkan satu "tabadul thaqafi" perkongsian pengetahuan dalam satu kembara ke Turki melihat kesan keruntuhan Khalifah mencari titik semangat untuk bangkit dalam roh kesatuan umat.

7- memperkemaskan geraka kerja dengan sisten kepejabatan secara tersusun dan pendekatan R&D (research dan development) dalam setiap program yang dianjurkan bagi memastikan matlamat program tercapai dan segala kekurangan dan kesilapan dapat dibaiki dari semasa ke semasa.

sebagai penutup tuan President menyatakan hasrat beliau supaya setiap ahli tidak hanya diposisi penyokong bahkan pendokong yang akan meneruskan survival perjuangan yang kita warisi dari mereka yang terdahulu. seterusnya peranan setiap ahli perlu diguna sebaiknya demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua pihak.

slot terakhir ialah sesi makluman program yang terdekat oleh BP yang terlibat.
yang terbaru ialah Konvensyen PMRAM, majlis fiqh isra' mikraj ,piala maaysia dan lawatan dari HPA malaysia bagi memperkenalkan produk mereka dan sistem jualan islam.
pesat turut dipromosikan dam sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan unit perancang DPMS.



hidangan istimewa dari chef shibin untuk BP..lain kali boleh datang lagi..

bergambar kenangan dengan BP PMRAM..ramainya ahli shibin.. yang kat dapur tak bergambar sekali ke..
Baca Seterusnya...

kenduri kesyukuran

Darul Irsyad,15 jun 09. satu kenduri kesyukuran telah diadakan di markaz Darul Irsyad dan seekor kambing telah berjaya direbahkan untuk majlis yang akan berlansung selepas maghrib. majlis kesyukuran ini kerana banyak perkara sebenarnya antaranya kerana menyambut orang baru oleh ust bob yang telah selamat mendapat cahaya mata baru-baru ini dan doa kejayaan sahabat-sahabat yang sedang berdebar-debar menanti natijah setelah hampir 2 minggu imtihan berlalu serta tak lupa bila sudah usai imtihan seperti biasa ramai yang ambil peluang keemasan ini untuk pulang melepas rindu kampung halaman antaranya ust. Zan dan keluarga, Ust Jamnul Azlan, Ust Affendi Ismail dan ramai juga yang mengambil peluang menunaikan umrah, Ust Faizal Adami, Ust Nik Arif dan Ust Ikram..dalam kudus bacaan yaasin dan tahlil moga tuhan limpahkan kejayaan serta keselamatan kepada ahli DPMS semoga kukuh ukhuwwah antara kita dan selamanya dalam redha Allah s.w.t.

Seperti biasa exco akan mengambil peluang untuk memaklumkan kepada ahli program yang terdekat antaranya rehlah Matruh Siwa yang ta'akhi dengan Perak dan kelas tafaqquh bersama Ust Roslan kembali bermula dan edaran borang zikrayat digital untuk memudahkan ahli mengisi matlumat diri dan memudahkan urusan U.P.P.



malam itu juga Ust Affendi Ismail berpindah dari rumahnya yang bertempat di Muttahidah atau lebih mesra dengan panggilan "rumah jim (gym yang terdapat dibahagian sya'ah)" ini kerana ramai ahli bait beliau di tahun akhir dan akan pulang ke Malaysia dan harga Rumah beliau terlalu mahal menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Abu Bakr .. ramai ahli turun untuk membantu memindahkan barang-barang.
beginilah saban tahun kehidupan di sini berpindah rumah bukan satu perkara pelik dan sentiasa ada pemindahan yang teratur yang dikawal selia oleh Unit Perumahan.




Baca Seterusnya...

PEDOMAN BAGI MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN

Permulaan Mendapat Hidayah

Wahai sahabatku yang mulia, tatkala engkau mula merasakan keinginan untuk kembali kepada Allah Rabbul Jalil dan engkau mula membenci apa yang sedang engkau lalui dari kedurhakaan dan kelalaian mengingati Allah S.W.T., maka yang demikian itu adalah dengan sebab suatu pembangkit berupa cahaya yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. ke dalam hatimu sebagai rahmat dan belas kasihan dariNya kepadamu.

Maka hendaklah engkau segera menyambut kedatangan yang mulia itu dengan engkau kembali kepada Allah S.W.T. dan engkau bertaubat kepadaNya dari segala dosa yang lalu serta engkau jujurkan tawajjuh engkau kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-An'am ayat 125 yang bermaksud :
Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.
Berlaku Taat Kepada Allah S.W.T.

Bersungguhlah engkau di dalam melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T. pada setiap gerak-gerimu, dan ambillah setiap penyebab yang boleh mendekatkan engkau kepada Allah S.W.T. dan mendapatkan redhaNya. Dan semua itu, hendaklah engkau lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirimu dari kedurhakaan dan dari segala perkara yang dimurkai Allah S.W.T. dan kebencianNya.

Asas untuk membentuk ketaatan tersebut:

Engkau mengenali tuhanmu dengan pengenalan aqliyah yang betul dan engkau meninggalkan segala perkara yang mendedahkan engkau kepada syirik. Rasulullah S.A.W. pernah berpesan, amalan yang paling disukai oleh Allah S.W.T. untuk seorang hamba mendekatkan diri denganNya ialah amalan yang telah difardhukan ke atasnya. Aqidah tauhid yang telah ditetapkan adalah sebesar-besar kefardhuan dan kurnia untuk semua hambaNya.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud:
Telah hampir datangnya janji Yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah ia dari perbuatan syirik Yang mereka lakukan.


Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nisa' ayat 48 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.


Hendaklah engkau menunaikan segala yang wajib atasmu dan segala fadhu Ain kerana Allah S.W.T. tidak mentaklifkan engkau dengan sesuatu dari kefardhuan itu melainkan ialah untuk mengubati hatimu dan engkau selesai mengerjakan amalan-amalan itu dalam keadaan hati yang sejahtera dari segala penyakit.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
Perumpamaan sembahyang lima waktu adalah seperti sungai yang bersih lagi mengalir di depan pintu rumah seorang dari kamu, kamu mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali, maka adakah kamu dapati dari perbuatan itu akan masih berkekalan kotorannya? mereka menjawab : tidak akan kekal sesuatu apa pun. Sabda Rasulullah S.A.W. : Solat lima waktu itu menghilangkan dosa-dosa seperti air itu menghilangkan kotoran.

Hendaklah engkau mengamalkan amalan sunat sekuat kemampuan kerana ia adalah sebab yang akan mendatangkan kasih Allah S.W.T. kepadamu.


Sabda Rasulullah S.A.W. :
Berkata Allah S.W.T. tidak ada perbuatan mendekatkan diri kepadaKu oleh orang-orang yang mendekatkan diri itu dengan amalan yang seumpama apa yang Aku telah fardhukan ke atas mereka, dan sentiasalah seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan yang sunat sehingga Aku mengasihinya.


Zikir-zikir Ma'thur

Wahai sahabatku yang mulia, hendaklah engkau perbanyakkan memohon keampunan dari Allah S.W.T. kerana sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Sesungguhnya seorang hamba apabila dia melakukan satu dosa akan terjadilah satu titik hitam di dalam hatinya, maka sekiranya dia bertaubat maka akan terhapuslah titik hitam itu dari hatinya, dan sekiranya dia menambah perbuatan dosa itu maka akan bertambahlah titik hitam itu, maka itulah dia maksud Firman Allah S.W.T.:

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka selalu usahakan itu menutupi hati mereka.

Hendaklah engkau perbanyakkan mengucap selawat ke atas Rasulullah S.A.W. kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah sebab bagi turunnya rahmat Allah S.W.T. kepadamu.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah S.W.T. akan berselawat dengan sebab selawat itu keatasnya sepuluh selawat.


Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Ahzab ayat 43:
Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).


Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui imanmu dengan membanyakkan sebutan "Lailahaillallah" (Tiada tuhan selain Allah) kerana sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Hendaklah kamu perbaharui iman kamu. lalu ditanya: wahai Rasulullah S.A.W., bagaimanakah kami memperbaharui iman kami? Sabda baginda S.A.W. : perbanyakkan kamu menyebut "Lailahaillallah" (Tiada tuhan selain Allah).


Hendaklah engkau sentiasa membaca Al-Quran dengan engkau memelihara adab-adab membacanya lantaran Al-quran itu adalah cahaya petunjuk dan penyembuh bagi penyakit hati.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yunus ayat 57 :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.


Kesemua empat perkara ini hendaklah berterusan dilakukan oleh setiap orang yang ingin menuju kepada Tuhannya sebagai pengabdian kepada Allah S.W.T. dan sebagai mengharapkan kebaikan yang terkandung di dalamnya dari faedah yang sangat besar pada memperbaiki hati dan mempercahayakannya.

Nantikan sambungannya…..

Disediakan oleh,
Unit Dakwah & Pembangunan Insan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa (M’sia) Shibin El-Kom,
2008/2009. Baca Seterusnya...

Jamuan penghujung imtihan

14 may 09,khamis malam jumaat - mantiqah istad.
himpitan masa dan ruang yang terbatas kerana imtihan sememangnya membataskan ruang sosial dikalangan ahli Dpms
masing-masing sibuk dengan membaca,menghafal dan tidak kurang juga yang memberi komitmen kepada study group yang
banyak membantu dalam memahami sesuatu madah yang sukar dan ianya amat berkesan kerana tahap pemahaman sesorang berbeza antara satu sama lain
budaya ziarah menziarahi yang menjadi kelaziman ahli terpaksa dibekukan memandangkan imtihan yang masih menagih perhatian yang optima.
ini kerana sepanjang fatrah imtihan semua perjalanan program Dpms dibekukan termasuklah progam mingguan kelolaan unit sambutan dan rehlah (USR)
iaitu kamsis yang dibuat setiap malam jumaat secara berkala dari rumah ke rumah.
namun apabila fatrah imtihan yang semakin ke penghujung sedikit sebanyak meredakan kegelisahan dan peluang ini diambil sebaiknya oleh
ahli bait ust sufian shoib,ust abdullah al-khairi serta ust raja fadhli untuk membuat sedikit jamuan makan pada 14 may 09 iaitu
pada hari khamis malam jumaat yang mendapat sambutan hangat serta berjaya mengumpul kembali semua ahli yang berkurung dalam rumah masing-masing
kerana imtihan.menurut ust abdullah al-khairi tujuan ahli bait beliau membuat sedikit jamuan makaronah kuah laksa sambal pedas bukan
semata-mata untuk menghabiskan stok makarona yang disumbangkan oleh jam'iah syari'ah bahkan untuk merapatkan jurang antara ahli
serta menjadi medium santai untuk meredakan tekanan imtihan."baguslah buat makan-makan ni..boleh merapatkan ukhuwwah serta bertanya khabar" ust haidar
yang menjadi senior memberi galakan serta beliau juga amat gembira dengan kehadiran ahli sambil bertanya khabar..seperti biasa majlis dimulakan dengan bacaan doa
moga semua ahli dpms mendapat kejayaan dan naik tahun dan bagi yang tahun akhir dapat menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
jamuan bermula selepas solat maghrib dan berakhir pada pukul 11.30 malam.
makarona kuah laksa trengganu sambal pedas ulam kacang

antara yang hadir memeriahkan suasana

Baca Seterusnya...

Majlis penutup BIAH '09

22 Rabiul akhir 1430H bersamaan 18 April 09 bertempat di DarulIrsyad telah berlansung majlis penutup BIAH '09. Majlis yang menjadi kemuncak bagi sebulan program dalam bulan thaqofah dan tarbiah kali ini mendapat kunjungan khas dari Badan Pengurus PMRAM yang diundang untuk hadir menyempurnakan majlis. BP tersebut ialah ust.Zuhaili Bin Saiman (Naib Presiden ||| , Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan) selaku perasmi penutup BIAH '09 dan selaku motivator khas sempena imtihan yang bakal tiba. Majlis diserikan dengan kehadiran Ust Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim (timb setiausaha agung) selaku bapa angkat bagi Shibin el -kom bersama dengan Ust Meor Mohammad hairul Anuar Bin Hairudin beliau tidak dapat hadir kali ini.

Majlis yang dikendalikan oleh Ust Kamal selaku pengerusi majlis pada malam tersebut berjalan dengan lancar dengan kehadiran yang ramai dikalangan ahli DPMS. Turut mengisi majlis ucapan dari pengarah BIAH '09 Ust Ridhuan haji Arsyad (ketua unit pengetahuan dan pendidikan) dan ucapan dari wakil pengerusi DPMS Ust Jamnul Azlan Bin Mulkan selaku unit perancang dan majlis diteruskan dengan menjemput Ust Zuhaili menyampaikan motivasi imtihan kepada ahli, beliau yang banyak berkongsi maklumat serta pengalaman dalam belajar mengaitkan konsep ilmu dalam segala bidang kehidupan, sebagai contoh kisah yang kita sedia maklum tentang bagaimana awal penciptaan manusia yang dirakamkan oleh Allah swt dalam surah Al-Baqorah yang pada awalnya malaikat mempersoalkan kejadian manusia sebagai khalifah di bumi lalu Allah berfirman "aku lebih tahu apa yang kamu(malaikat) tidak mengetahui" lalu bagaimana Allah SWT meng i3'naqkan (memuaskan hati) para malaikat bahawa manusia ini layak sebagai khalifah tatkala Allah SWt mengajarkan kepada Nabi Adam tentang nama-nama lalu dibuat pertandingan antara malaikat dan nabi Adam tentang nama-nama lalu malaikat berserah diri dengan menyebut "tiada ilmu bagi kami melainkan apa yang telah engkau kurniakan kepada kami.." lalu Nabi Adam terus menyebut kesemua nama-nama dan malaikat pun tunduk akur dengan arahan Allah SWT. Jelas disini bagaimana kelebihan ilmu dan pengetahuan kepada seorang azhari dalam mendepani ummah. Antara mutiara hikmah yang sempat dititip sepanjang majlis ialah jangan kerana ujian duri kecil dijalanan kita sanggup menggadaikan matlamat yang begitu berharga. beliau turut menegaskan bahawa kejayaan yang kita capai adalah disebabkan pengorbanan sahabat kita yang gagal dengan membuat satu analogi bagaimana hujung piranid itu dapat berada diatas jika bukan dengan bantuan dari pihak yang di bawah. justeru bila kita berada di pihak yang berjaya jangan lupa melihat kepada mereka yang tidak berjaya agar kita saling bantu-membantu dalam belajar.

Turut berucap ialah Ust Malik sebagai bapa angkat shibin, beliau menyatakan rasa terharu dan berkongsi sedikit tips dalam belajar serta kepentingan kita menyusun jadual waktu dan belajar ukur baju badan sendiri kerana setiap manusia berbeza antara satu sama lain dari sudut kepandaian dan waktu-waktu belajar yang tersendiri.
turut dikongsikan bagaimana asal usul Al-Azhar mendapat nama dan kelebihan serta kehebatan syeikh Azhar sendiri yang banyak diceritakan oleh Dr Ali Jum'ah dalam majlis ilmu beliau. beliau turut membawa persoalan tentang nikmat kegagalan berbanding kejayaan yang membuka minda ahli dengan menaqolkan kata-kata ulama iaitu perkara yang Allah tunaikan di dunia ini ada 3 jenis

1-Apabila hamba meminta kebaikan dan Allah swt memakbulkan doa dengan diberi sebagaiman yang diminta.
2-Seorang hamba meminta kebaikan dan Allah swt tidak menberi kebaikan yang diminta, namun diganti dengan kebaikan yang lain dan itu lebih baik bagi hambanya dalam situasi tersebut.
3-Seorang hamba memohon kebaikan di dunia lalu tuhan tangguhkan doanya dengan menolak bala yang akan memimpanya. sebagai contoh kita meminta kaya lalu Allah Swt menolak bala penyakit bisu dari menimpa kita,dan jika diberi pilihan kepada kita antara kaya dengan bisu pasti kita memilih menolak bala penyakit bisu.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sedikit kenang-kenangan dari pihak DPMS.



pengarah BIAH (Ust Ridhuan), Ust Jamnul Azlan (wakil pengerusi DPMS), dan Bapa angkat Ust Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim.
Ust Muhammad Zuhaili Bin Saiman.

Antara ahli yang memeriahkan majlis.


Baca Seterusnya...