Miliki ARMA

Miliki ARMA

Menjelmanya Syaaban



Apabila menjelmanya bulan Syaban maka ia memberi petanda bahawa kita semakin hampir untuk bertemu dengan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba- NYA.Oleh itu sebagai persiapan untuk kita menghadapi bulan Ramadan ini ada antara kita tertanya-tanya tentang apakah amalan-amalan yang disunnahkan oleh Rasulullahs.a.w pada bulan Syaban ini.Sebenarnya, pada bulanSyaban Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan puasa hingga diriwayatkan bahawa baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.
Aisyah r.a berkata:"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihatRasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulanRamadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyakberpuasa melainkan pada bulanSyaban." Hadisriwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadisno: 1969.Justeru, hanya amalan puasa sahaja yang dilakukan olehRasulullah s.a.w khusus untuk bulan Syaban. Selain dari amalan ini tiada hadis sahih menunjukkan baginda mengkhususkan amalan-amalan tertentu sempena bulanSyaban. Malah, tidak wujud riwayat-riwayat daripada para sahabat menunjukkan mereka menyambut kedatanganSyaban dengan amalan-amalan tertentu.
Namun,amalan-amalan sunnah yang lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran,mengerjakan solat-solat sunat, membaca zikir-zikir dan doa-doa mathur boleh diteruskan sepanjang bulanSyaban sebagaimana bulan-bulan yang lain.Tentang hikmah Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan puasa pada bulan Syaban ini, al-Hafiz Ibn Hajar telah memberi komentar di dalam Fath al-Barijilid 11, mukasurat 369:"Hikmah yang lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada bulan Syaban adalah seperti yang disebutkan oleh hadis dengan darjat yang lebih sahih daripada hadis-hadis terdahulu.
Hadis ini diriwayatkan olehal-Nasaai dan Abu Daud serta disahihkan oleh IbnKhuzaimah daripada Usamah bin Zaid r.akatanya:"Aku bertanya Rasulullah s.a.w: YaRasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan-bulan lain sepert iengkau berpuasa dari sebahagian bulan Syaban. Bagindabersabda:Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulanRejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan-amalan kepada ALLAH, TUHAN semesta alam. Olehitu, aku suka supaya amalanku diangkatketika aku sedang berpuasa. - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya , hadis no: 2317.Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Syaban ini dengan menggandakan ibadah puasa.
KESIMPULAN
Jelas di sini bahawa Nabi s.a.w berpuasa pada sebahagian besar bulan Syaban.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya bagi kamu pada diriRasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)ALLAH dan(balasan baik) di hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (diwaktu susah dan senang)." Surah al-Ahzab: 21.Justeru, marilah kita hidupkan bulanSyaban inidengan memperbanyakkan ibadah puasa.Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaanALLAH serta mendapat balasan yang baik di hari akhirat kelak. Baca Seterusnya...

Madrasah Al Arusiah

11 OGOS, UPEP DPMS telah menganjurkan Madrasah Al-Arusiah bermula sabtu lalu, madrasah ini akan dijalankan 3 kali seminggu pada hari-hari berikut:-

Sabtu : Matan Ajrumiah oleh Ustaz Syed Mohd Nurazman

Isnin : Nadi UKKAZ oleh Ustaz Ruzaimi

Rabu : Hadith 40 oleh Penceramah terpilih

sebarang pertanyaan silalah rujuk kepada iklan yang diedarkan dirumah masing-masing.

"Marilah kita sertai Madrasah Al-Arusiah DPMS" Baca Seterusnya...

Galeri

-Markaz Baru Dan MKAMC
-Kembara Berkuda 2009
-Aidilfitri & MASAF 1430H
-Kandid MAT -17 (Mesyuarat Agung Tahunan 2009)
-Shibin Sport Day-Futsal
-Pindah Markaz
-Jaulah Maqom Sekitar Kaherah 2009
-Shibin Futsal Cup 2009
-Jaulah Iskandariah 2009
-Koleksi Santai Di Matruh Dan Siwa 2008
Baca Seterusnya...

Shibin Futsal Cup 2009

Pada 12 mac 2009 iaitu hari khamis bertempat di gelangang futsal nadi Syabab, Ibly telah berlansung satu acara "Shibin Futsal cup 09" yang di anjurkan oleh DPMS di bawah seliaan majlis mahasiswa tahun empat (MAMPAT) turut bekerjasama unit kesenian, kebudayaan dan sukan (UKKS) dan Unit Dakwah Dan pembangunan Insan (UDPI).
Acara yang dijadualkan bermula seawal jam 7 pagi terpaksa ditunda kerana pasukan yang terlibat sebilangan besarnya masih dalam perjalanan ke padang (pasukan jemputan bermalam di shibin) perlawana kali ini melibatkan pasukan jemputan dan (taakhi) ini telah menjemput wakil pasukan dari Kedah, Melaka, Perak, Tanta, Shoubra, dan Zagazik. Dari pihak tuan rumah telah menghantar sebanyak 4 kumpulan iaitu:

TEAM A :

  1. Redhuan Pandil. (c)
  2. Mohd Khairi sulaiman.
  3. Mohd Sufian Shoib.
  4. Mohd Husni Jamil.
  5. Nasyati Ismail.
  6. Noor Azam Mokhtar,
  7. Abd Rahim Mammat.
  8. Abd Ilah Mahmud.

TEAM B:

  1. WanMohd Tarazi Wan Hamzah .(c)
  2. Hairul Hafiz Amri.
  3. M.Syurabil M. Ali Masa.
  4. Mohd Zanzuari Husain.
  5. Aminuddin Bin Alias.
  6. Abdullah Al~Khairi M.Sapien.
  7. ust.Roslan.
  8. Salihuddin Arsyad.

TEAM C::
  1. Azmi Abdullah.
  2. Khamaruddin ismail.
  3. Zulhazwan Ismail.
  4. Jamnul Azlan Mulkan .
  5. Azraie Ariffin.
  6. Ahmad Khairuddin M.Zaki.
  7. Mohd Syahran.
  8. Ahmad Syukri Abd Jalil.

Team D:

  1. Hasraful Amdan .(c)
  2. Muhd Arif abd hamid.
  3. Alauddin Musa.
  4. Hazwan Zulkefeli.
  5. Hanafi Mahat.
  6. Faizal Adamy Muhamad.
  7. Mohd hafiz yahya.
  8. Syed Muhd. Haizul @ Haidar.
Perlawanan berlansung hingga hampir pukul 5.30 petang dan sebelah malamnya bertempat di Darul Irsyad majlis penyampaiaan hadiah kepada pasukan juara..
setelah menempuh perlawanan yang sengit akhirnya pasukan shibin telah merangkul hamper sahaja kerana juara telah disandang oleh pasukan jemputan iaitu pasukan dari Shoubra.
tahniah di ucapkan kepada pasukan Shoubra yang berjaya..kepada pasukan yang tidak berjaya semoga matlamat asal acara ini iaitu meribat ukhuwwah antara Shibin dan pasukan taakhi dapat dicapai dan dipertahankan..

di bawah ini sedikit sedutan acara yang sempat kami rakam untuk kenangan bersama..





























































Baca Seterusnya...

Jaulah Iskandariah 2009



Tatkala penjajah dunia yang agung (Alexander The Great) menapakkan kakinya di perkampungan kecil nelayan, daratan pharos, beliau berdiri sambil terpegung melihta keindahan alam yang tebentang di retina matanya..lalu belia berkata "disinilah aku akan bangunkan kotaku yang sudah ku impikan sekian lama.."itulah antara rentetan sejarah awal tesergamnya kota iskandariah di persisiran pantai saat gugurnya dedauan di musim luruh tahun332 sm...

Seramai 12 orang ahli DPMS telah mendaftarkan diri untuk menyertai kembara Iskandariah 09, mengambil inisiatif baru memandangkan jaulah ke sinai tahun ini terpaksa di batalkan kerana beberapa faktor yang berlaku antaranya ialah kerana tiada seorang pun dikalangan mahasiswa baru yang ditauzi'kan ke sini dan bilangan yang berkurangan dari tahun ke tahun menyulitkan urusan untuk ke sinai yang mana kita maklum jaulah ke sinai memerlukan sejumlah biayaan yang agak tinggi..

antara lain ialah komitmen kontijen bola sepak menoufia yang sekarang giat berlatih untuk mendepani cabaran piala presiden yang balak tiba tidak lama lagi...(ketika catatan ini ditulis kontijen menoufia telah selamat pulang dari piala presiden..nantikan entri selanjutnya mengenai piala presiden),

seperti yang telah dirancang seawal jam 6.30 pagi waktu shibin kami sepakat untuk berkumpul di Mau'af untuk menaiki bas Iguana untuk ke muhafazah iskandariah
angin pagi yang bergeseran dipagi hari tidak dapat menyejukan semangat kami yang berkobar2 untuk menjelajah iskandariah..kota yang dulunya menjadi pusat utama mesir yang berperanan sebagai ibo kota mesir selama hampir 1000 tahun.

sekarang jom kita ikuti sedikit sedutan kembara yang sempat kami rakam untuk kenangan bersama..














































































Baca Seterusnya...