Miliki ARMA

Miliki ARMA

Majlis Sambutan Aidil Adha 1428 H

sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum W.B.T
Unit Dakwah dengan kerjasama Unit Kebajikan & Tabung Derma DPMS sesi 2007/2008 ingin menjemput seluruh ahli DPMS ke Majlis Sambutan Aidil Adha 1428 H yang akan dilaksanakan pada :


Type rest of the post hereTarikh : 10 Dzulhijjah 1428 H bersamaan 19 Disember 2007
Hari : Rabu
Masa : 5.00 malam
Tempat : Dewan Syeikh Ahmad Al Arusi,Darul Irsyad

Antara agenda yang menarik adalah:
Renungan peristiwa korban
Takbir raya versi Malaysia
Perutusan hari raya dari Presiden PMRAM
Jamuan kesyukuran

selain itu,kepada ahli atau pun mana-mana individu yang ingin menyumbangkan bagi
kelancaran majlis ini amat dialu-alukan dan boleh menghubungi mana-mana AJKT DPMS

Majlis ini juga mengalu-alukan kepada tetamu dari luar Shibin el kom untuk bersama-sama menyerikan lagi majlis ini.
Baca Seterusnya...

Aidil Adha tetap meriah..!


Sambutan Aidil Adha tetap meriah di Dewan Perwakilan MAhasiswa Shibin El Kom pada tahun ini walaupun kedatangan Imtihan fasal pertama bagi sesi pengajian 2007 /2008 bakal menjelma. Sambutan Aidil Adha kali ini lebih meriah dengan kedatangan mahasiswa baru yang baru ditempatkan dibumi Shibin el kom.
Selain itu,sambutan Aidil Adha kali ini lebih berbeza dengan dibuat program oleh Unit Dakwah dengan melaksanakan majlis takbir Aidil Adha dari rumah ke rumah.Majlis tersebut mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari seluruh ahli.Ini kerana, majlis seumpama ini julung-julung kalinya diadakan di Shibin el kom yang mana majlis seumpama ini sering dijalankan di Dewan Syeikh Al Arusi. Majlis tersebut belangsung pada malam hari raya selepas masuk waktu maghrib bermula dari rumah ustaz Hafiz Yahya dan berakhir dirumah Ustaz Luqman Zakaria di bahagian mantiqah Abu Bakar.Pada pagi Aidil Adha,seluruh warga Shibin el kom berkumpul beramai-ramai di perkarangan Stadium Shibin El kom bagi mengerjakan ibdah solat sunat Aidil Adha bersama- sama warga arab. Khutbah Aidil Adha kali ini yang dikhutbahkan oleh wakil Universiti Al Azhar. Khutbah kali ini menyentuh tentang kesatuan umat Islam masa kini.
Setelah selesai solat sunat Aidil Adha selesai,seluruh ahli DPMS berkumpul beramai-ramai
sambil bermaaf-maafan sesama saudara disamping diserikan lagi dengan mengambil gambar kenang-kenangan.



Setelah itu,seluruh ahli beramai-ramai menuju ke bahagian atas rumah Ustaz Zanzuari untuk besama-sama bergotong royong menyembelih kambing yang akan dikorbankan.Pada tahun ini, pihak DPMS telah bersepakat untuk bersama-sama dengan ahli DPMS untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Pada majlis tersebut,pelbagai ragam serta karenah yang menghiburkan hati dengan kehadiran mahasiswa baru yang pertama kali melihat bagaimana kambing disembelih mengikut cara arab mesir menyembelih kambing yang disembelihkan oleh ustaz zanzuari Husain.



Pada sebelah malamnya,diadakan majlis sambutan Adil Adha yang diadakan didewan Syeikh Al Arusi,Darul Irsyad. Majlis tersebut diadakan dengan gemilangnya yang diserikan dengan pelbagai agenda antaranya renungan peristiwa korban,perutusan dari Presiden PMRAM,takbir raya veresi Malaysia dan pelbagai lagi.Majlis tersebut diserikan lagi dengan pengumuman rumah terbuka dari beberapa ahli bermula pada hari raya pertama sehinggalah hari raya keempat.


Wartawan Media Menoufia kami yang membuat liputan telah menemuramah beberapa mahasiswa baru serta tetamu dari luar Shibin mendapati bahawa sambutan Aidil Adha di DPMS amat berbeza sekali berbanding dengan tempat lain.Ini kerana kekuatan ukhuwwah sesama ahli DPMS masih lagi utuh dan kuat dapat dibina walaupun bilangan ahli DPMS adalah paling sedikit berbanding dengan dewan perwakilan mahasiswa yang lain.


Baca Seterusnya...

Gema Takbir AidilAdha 1428 H

Sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum,
Makluman kepada semua, DPMS akan menganjurkan Gema Malam Takbir AidilAdha 1428 H pada malam Hari Raya Pertama AidilAdha.
Majlis ini akan bermula pada jam 5.00 malam (selepas maghrib) yang akan dimulakan di rumah yang pertama iaitu rumah Ustaz Affendi di bahagian Murur Adim. Majlis ini akan diadakan disetiap rumah-rumah yang ditetapkan oleh DPMS. Untuk makluman,majlis ini merupakan majlis takbir raya yang pertama diadakan dari rumah ke rumah yang mana sebelum ini hanya diadakan di Dewan Darul Irsyad. Ini dirancang oleh pihak penganjur untuk menerapkan ziarah ukhuwwah dikalangan mahasiswa baru tentang kewujudan rumah-rumah ahli lama.

Antara tentatif majlis ini adalah "Takbir Raya versi Malaysia" dan ziarah antara rumah ke rumah.

Oleh itu, pihak penganjur mengharapkan kepada seluruh ahli DPMS dapat sama-sama menyertai majlis ini dan diminta kepada mahasiswa baru supaya menghubungi musyrif yang ditaklifkan untuk menjadi musyrif.

Harap maklum...!!



Baca Seterusnya...

Musim Sejuk Tiba, Exam Fasa 1 Bermula..... !

Sebagaimana diketahui bahawa imtihan fasal 1 dan juga imtihan takhaluf sudah pun disiarkan. Ini adalah demam yang paling digeruni oleh seluruh mahasiswa mahupun pelajar sekolah diseluruh Mesir.Demam ini juga turut dirasai oleh mahasiswa Al Azhar diseluruh cawangan bermula dari selatan hinggalah ke utara Mesir.Demam yang diramalkan merebak adalah "Demam Imtihan Fasa 1"..!.

Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El Kom juga dapat merasakan bahang imtihan yang melanda dari mahasiswa tahun satu hinggalah ke tahun empat bagi setiap fakulti. Situasi ini juga, telah mula melanda apabila ramai pensyarah-pensyarah kuliah mula memberikan nota-nota penting dan juga skema sukatan yang telah diajar, tambahan pula kedatangan Hari Raya AidilAdha yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh wartawan kami, ramai dikalangan ahli DPMS telah berlumba-lumba membuat kelas tutorial dan juga study group diantara mereka. Tempat yang menjadi sasaran utama adalah di dewan utama DPMS iaitu Dewan Syeikh Ahmad Al-Arusi, Darul Irsyad. Pelbagai cara atau tips-tips menjawab telah dikupaskan didalam kumpulan study group tersebut yang mana rata-rata ahlinya pulang ke "lubuk" sempena Imtihan.

Untuk makluman semua, pihak universiti Al Azhar cawangan Shibin el kom juga telah mengeluarkan pekeliling bahawa imtihan akan bermula pada 29 Disember 2007 ini dengan dimulai Imtihan Takhaluf sehingga 30 Disember 2007. Selepas itu, Imtihan Fasa 1 akan bermula pada 5 Januari 2008 termasuk juga fakulti bahasa arab.

Di samping itu, pihak Universiti telah mengeluarkan amaran awal tentang Imtihan takhaluf bagi sesi pengajian kedua dan juga Imtihan fasal kedua.Imtihan takhaluf bagi fasa kedua akan bermula pada 10 Mei 2008 dan Imtihan fasa kedua bermula pada 17 Mei 2007. Manakala, Imtihan Tasfiah juga akan berlangsung pada 6 September 2008 akan datang.

Kami juga telah menemuramah Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMS, Ustaz Hud Abd Rahman berkaitan situasi tersebut. Beliau menegaskan kepada seluruh ahli DPMS supaya mendapatkan jadual imtihan untuk fakulti masing-masing diruang legar universiti serta menumpukan kepada ulangkaji pelajaran.

Pengerusi DPMS, Ustaz Ahmad Farizan Abdul Hadi mewakili seluruh saf kepimpinan sesi 2007/2008 mengucapkan selamat menempuhi Imtihan fasa 1 serta selamat berjaya..!
Baca Seterusnya...

Sekalung Takziah

Sekalung Takziah buat keluarga Mantan Amid Kuliah (Dekan) yang lalu Al ustaz Al Dokter Hassan Abdul Hamid yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 November 2007 yang lalu.
Beliau yang sebelum ini merupakan Amid Kuliah bagi Universiti Al Azhar cawangan Shibin El kom seorang yang begitu disegani oleh ramai pensyarah dan juga seluruh mahasiswa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada malam hari Jumaat dirumah beliau di Asymun, Giza sebab sakit yang dialami beliau.Allahyarham dikebumikan dikampung beliau disana yang rata-rata dihadiri oleh ahli keluarga,pensyarah-pensyarah Al-Azhar dan juga sahabat handai kenalan beliau. Semasa hayat,beliau juga seorang Amid Kuliah yang sering mengambil berat tentang kebajikan mahasiswa negara asing terutama mahasiswa Malaysia disini serta prihatin kepada pembelajaran mahasiswa disini.

Bersama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat serta ditempatkan bersama golongan Solihin. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..!. Al Fatihah.
Baca Seterusnya...

Pelancaran Study Group, Motivasi Imtihan & Taklimat Takaful

Sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas
Baca Seterusnya...

Ahlan Wa Sahlan kepada Mahasiswa Baru

Ahlan wasahlan kepada seluruh mahasiswa STAM dan Muadalah ke bumi shibin el kom...!

Itulah ungkapan yang disebutkan kepada mahasiswa baru dari lulusan Sijil Tinggi Malaysia (STAM) dan juga Muadalah yang datang dari pelbagai institusi di Malaysia. Bermula dengan kedatangan mahasiswa STAM pada 10 november 2007 yang lalu.Mereka disambut oleh tenaga penggerak USMB 07 yang diterajui oleh Ustaz Muhd Faisal Dziauddin dibantu oleh seluruh komuniti pelaksana Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB 07) yang diawal-awal lagi telah bersedia dengan persiapan yang begitu rapi.

Mahasiswa STAM seramai 11 orang telah berkumpul awal-awal pagi lagi di Rumah Kelantan di Hayyu Sabie bersedia untuk ditauzikkan. Mereka disambut oleh tenaga kerja USMB Shibin bahagian musyrif iaitu Ust Lokman Zakaria dibantu oleh Ust Zulhelmi Supaat beserta USt Mohammad Hazwan Zulkefeli yang menaiki pick-up Chevrolete dari Shibin el kom. Seterusnya mereka ditauzikan dengan menaiki van persiaran yang disewa oleh pihak PMRAM untuk dinaiki oleh mahasiswa STAM. Turut serta juga,wakil dari pihak PMRAM Ustaz khusaini Md Yusoff selaku Badan Ekonomi PMRAM yang bersama mengikuti rombongan pentauzikan mahasiswa STAM ke Shibin el kom sebagai ketua Musyrif.

Setelah tiba di Shibin el kom,mereka disambut penuh meriah oleh komuniti USMB bersama-sama seluruh ahli DPMS yang sanggup menunggu diawal pagi bagi menyambut mahasiswa baru. Sambutan ini diserikan dengan diadakan satu Majlis Sambutan Mahasiswa Baru yang dirasmikan oleh wakil dari pihak Badan Pengurus PMRAM ustaz Khusaini md Yusoff.Disamping itu juga diadakan juga majlis taaruf AJKT DPMS sesi 2007/2008 yang dipengerusikan oleh Ustaz Aminuddin Alias selaku Timbalan Pengerusi mewakili Pengerusi yang tidak dapat hadir kerana ada urusan penting. Disebelah petangnya, mereka ditauzikan kerumah-rumah yang telah ditetapkan oleh Unit Perumahan DPMS beserta musyrif yang telah ditetapkan.

Situasi yang sama juga berlaku semasa pentauzikan bagi mahasiswa muadalah pada 14 November 2007 seramai 15 orang.Mereka diraikan dengan penuh pintu terbuka oleh seluruh ahli DPMS.Dalam majlis ini mereka diiringi oleh wakil daripada Badan Pengurus PMRAM Ust Rasul Amat selaku Badan Kebajikan dan Tabung Derma PMRAM.Seluruh mahasiswa baru muadalah merasakan penuh kegembiraan apabila tiba dibumi Shibin el kom ini apabila ditemuramah oleh wartawan kami yang membuat liputan disana. Mereka ditauzikan kerumah-rumah yang telah ditetapkan pada sebelah petangnya.

Pengarah USMB 07 Shibin el kom,Ustaz Muhd Faisal Dziuddin berterima kasih kepada seluruh komuniti pelaksana USMB serta seluruh ahli DPMS yang sudi bersama menggemleng kekuatan bagi menjayakan majlis sambutan mahasiswa baru ini. Alfun Syukran wa Mabruk kepada semua..
Baca Seterusnya...

Makluman Pembaharuan Visa (Iqamah)

klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas Baca Seterusnya...

Kelas Tafaqquh Fiddin

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMS sesi 2007/2008 ingin menjemput kepada seluruh warga DPMS untuk menghadiri Kelas Tafaqquh Fiddin yang akan berlangsung sepanjang bulan November 2007 ini . Maklumat seperti berikut...

Setiap Hari : Isnin , Selasa & Rabu
Masa : 7 Malam
Tempat : Rumah Ust Hairul Othman, Syari' Istad
Kitab : Kifayatul Awwam & Faridhatul Faraid
Tarikh : Bermula 23 Oktober sehingga sepanjang November 2007

Kelas ini akan berlangsung selama sebulan dalam bulan November 2007.Oleh itu pihak DPMS menyeru kepada seluruh warga DPMS serta kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas tafaquh ini.

Harap maklum
Baca Seterusnya...

Puasa Enam Syawal : Hadiah Ingatan Nabi Muhammad Pada Umatnya

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini. Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas). Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya. Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa. Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat
fardu lima waktu. Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w. Marilah kita sama-sama menyerlahkan kecintaan kepada junjungan mulia s.a.w.Rebutlah peluang keemasan ini.Lebih-lebih lagi dengan ketibaan musim dingin di mana waktu siangnya yang singkat. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan melaksanakannya.Tepuk dada tanyalah iman.Jika seorang Azhari tidak terdetik di hatinya untuk melaksanakanya,ianya teramat pelik & janggal sekali di mata masyarakat.Kerana masyarakat sentiasa menyanjung tinggi mahasiswa keluaran Al azhar.

Jadikanlah tarbiah ini merupakan satu titik permulaan buat kita semua untuk mentarbiah jiwa. Betulkan niat lillahitaala.Insyallah besar ganjaran di sisiNYA.
Baca Seterusnya...

Malam Gema Eid Mubarak 1428 H

Makluman kepada seluruh mahasiswa Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El Kom, bahawa Unit Dakwah dengan kerjasama Unit Kebajikan & Tabung Derma DPMS sesi 2007/2008 akan menganjurkan Malam Gema Eid Mubarak bersempena dengan kedatangan Syawal yang menjelma. Maklumat adalah seperti berikut:

Tempat : Dewan Syeikh Al Arusi, Darul Irsyad.
Masa : Selepas solat Maghrib
Tarikh : 30 Ramadhan 1428 H bersamaan 12 Oktober 2007(malam diambang raya)

Pelbagai program akan diadakan bersempena Hari Raya AidilFitri, antaranya
Takbir Raya Versi Malaysia
Perutusan Hari Raya AidilFitri daripada Presiden PMRAM
Pengumuman Rumah Terbuka (open house)
Jamuan

Seluruh Ahli DPMS dan warga Malaysia dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut
Harap Maklum... Baca Seterusnya...

Ahli JawatanKuasa Tadbir DPMS Sesi 2007/2008

klik digambar untuk lebih jelas
Makluman kepada seluruh Ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa (m'sia) Shibin el kom ,bahawa makluman portfolio bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir bagi sesi 2007/2008. Berikut adalah seperti berikut:

Pengerusi- Ahmad Farizan Abd Hadi
Tim. Pengerusi(unit Perancang)- Aminuddin Alias
Setiausaha-Ikram Md Sidek
Timb. Setiausaha( unit kebajikan dan tabung derma)-Mohd Nordin Awang
Bendahari- Jamnul Azlan Mulkan
Unit dakwah-Muhammad Noor Azam Mokhtar
Unit Pengetahuan&Pendidikan-Hud Abd Rahman
Unit Penerangan& Penerbitan-Mohd Sufiyan Shoib
Unit Perumahan-Yusof Osman
Unit Sambutan& Rehlah-Khamaruddin Ismail
Unit Kebudayaan,Kesenian& Sukan-Hairul Hafiz Amri

Harap Maklum. Baca Seterusnya...

Hubungi Kami


Faculty Of Usuluddin And Dakwah, Al-Azhar University, Shibin Elkom, P.O BOX 32511, Menoufia, Arab Republic Of Egypt.

Hubungi kami melalui;

1. Penasihat 1
Aminuddin Alias
016-2224393
zoidmien@yahoo.com

2. Penasihat 2
Ikram Md.Sidek
010-3865884
aljeragani_22@yahoo.com

3. Pengerusi
Muhammad Faizal Abdullah
010-7980728
putra_dato@yahoo.com

4. Timbalan Pengerusi (Unit Perancang)
Mohd Redhuan Hj. Arshad
011-3678371
wanaqsa_1985@yahoo.com

Baca Seterusnya...

Shibin Sport Day-Futsal 2009






























































Baca Seterusnya...