Miliki ARMA

Miliki ARMA

Seruan Munajat Memohon Nusrah Allah s.w.t

Assalamualaikum W.B.K.T.


Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :-

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian :-

Firman Allah S.W.T. di atas telah jelas, terang dan nyata maka benarlah Kalam Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. yang mana musuh Allah iaitu Yahudi dan Nasrani Laknatullah tidak akan duduk diam sehingga mereka memastikan umat Muhammad hancur dan mengikut telunjuk mereka. Perancangan dan strategi untuk menjatuhkan umat Islam ini telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam ini lagi. Malah sebelum lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. hal ini telah dibuktikan oleh sejarah apabila sejak muktahir ini berlaku bermacam-macam kezaliman yang telah dizahirkan oleh mereka. Antaranya Islam yang dituduh pengganas, penghinaan Rasulullah S.A.W. dan pencerobohan ke atas negara Islam terutama negara Palestin bumi suci yang penuh barakah.

Pada 31 Mei 2010, tentera Israel telah menyerang Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza yang mana Malaysia dari Yayasal Amal Malaysia turut menyertai konvoi tersebut. Media massa telah melaporkan kematian dan kecederaan peserta konvoi yang terdiri dari sukarelawan dan wartawan semakin meningkat. Setakat ini peserta konvoi di dalam tahanan tentera Israel.

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Peritiwa ini telah menyemarakkan api kemarahan umat Islam serta mencabul hak asasi dan kebebasan manusia di dunia. Maka semestinya kita umat Islam mengambil perkara ini dengan serius. Maka saya dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai muslim, mengajak semua peringkat dari ahli sehingga ke peringkat akar umbi menghulurkan apa jua pertolongan yang semampu dan sedaya yang kita ada. Marilah kita melakukan perkara tersebut:-

1) Mulai hari ini, mulakan solat hajat, membaca qunut nazilah dan berdoa setiap masa agar Allah memberi keselamatan kepada peserta konvoi dan rakyat Palestin serta memohon Allah menghancurkan Israel laknatullah.

2) Sebarkan peristiwa ini kepada seluruh peringkat, dari anggota keluarga sehingga teman-teman yang kita kenali supaya mereka melakukan perkara yang sama di atas.

3) Nyatakan bantahan anda diblog atau ruang-ruang yang ada bagi melahirkan rasa prihatin kita kepada saudara kita yang ditindas oleh musuh Islam.

Saudara seIslamku sekalian,

Marilah kita bersatu membina satu kekuatan dalam menegakkan Agama Islam yang kita cintai ini. Sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W., “Orang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu binaan, saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Semoga Allah S.W.T. melindungi dan membantu kita dalam ujian yang berat ini.

Wallahu A’lam…

Wassalamualaikum W.B.K.T.

Baca Seterusnya...

Kalam Taujihad Pengerusi Sempena Imtihan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana masih mengurniakan nikmat hidup di dalam Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Junjungan besar dan penghulu segala Rasul. Nabi Muhammad S.A.W.

Firman Allah S.W.T. surah Al-Baqarah ayat :-
:-208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
:-209. Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke Dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan Yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
:-210. (orang-orang Yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka Dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama Dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab Yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya Segala urusan.

1) Musim Peperiksaan
Sedar atau tidak Mei telah menjelma. Perasan atau tidak musim peperiksaan akan bermula. Seperti yang sedia maklum, rata-ratanya mahasiswa Malaysia di Mesir akan menghadapi peperiksaan semester akhir baik pengajian Islam mahupun perubatan. Begitu juga PMRAM cawangan Shibin akan mula menduduki peperiksaan pada tarikh seperti berikut :-

- Peperiksaan Ujian Lisan dan Takhaluf pada : 22 hingga 26 Mei 2010
- Peperiksaan Bertulis ( Tahriri ) : 29 Mei hingga 24 Jun 2010
* sila rujuk jadual peperiksaan mengikut tahun masing-masing di kuliah anda!

2) Borang Aduan Hak Mahasiswa
Makluman kepada teman-teman ahli Shibin sekalian, Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM di bawah Naib Presiden 3, Ustaz Mohd Farkhan telah mengeluarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa. Borang ini bertujuan untuk melaporkan apa jua kes yang berkaitan hak mahasiswa yang dicabuli oleh pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui :-

a) Timbalan Setiausaha (Unit Kebajikan & Kemanusiaan) : Ustaz Abdullah Bin Mohamad
b) Pengerusi DPMS : Ustaz Muhammad Faizal Bin Abdullah

3) Kebersamaan dibawah satu pasukan
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Isu sahabat dan sahabiah qiraat, kes jenayah dan bermacam-macam lagi cukup membimbangkan. Marilah kita semua peka dengan keadaan yang berlaku. Kita sebagai mahasiswa bergerak di dalam satu pasukan seperti PMRAM yang kita dokongi ini. Janganlah kita cepat melatah dan pendek akal. Maka sepatutnya kita bersabar, dengar dan patuh dengan pimpinan kita itu adalah sebaiknya. Bersedia untuk belajar dan berkhidmat serta memaksimakan komitmen di dalam kesatuan ini. Kita sebahagian dari mereka, maka sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain adalah kewajipan bersama. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”. Semangat ini mesti kita hidupkan. Yang kuat maju kehadapan, jangan lupa bantu yang lemah untuk turut maju kehadapan bersama. Percayalah mehnah dan tribulasi ini mematangkan kita. Mereka tidak dianggap beriman sekiranya mereka belum diuji.

4) Kembali kepada Allah S.W.T.
Tidak dapat tidak fitrah rasa bertuhan tetap ada di dalam diri kita. Maka marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bermuhasabahlah kita sebagai hamba Allah. Segala gerak-geri dan perilaku kita dilihatNya. Niat dan perasaan kita yang tersembunyi juga dilihatNya. Oleh itu sedarlah! Jangan lalai lagi! Jangan malas lagi! Jangan leka lagi!. Perbetulkan niat dan teruskan melangkah menuju keredhaan Allah S.W.T. semoga kita mendapat pertolongan dan petunjuk dari Allah S.W.T. Dicadangkan sahabat sekalian solat hajat dan berdoa akan hajat seperti berikut :-

• Semoga Allah lindungi PMRAM seluruhnya dalam mengharungi mehnah dan ujian yang berlaku.
• Semoga Allah S.W.T. memberi nikmat kesihatan serta dipermudahkan menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
• Doalah agar diri kita, keluarga, teman dan seluruh umat Muhammad ini dilindungi dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.

Akhir kata, hayatilah dan jadikan Islam sebagai cara hidup. Menjunjung perintah Allah dan Rasul serta meninggalkan apa yang ditegahNya. Pemuda pemudi Islam harapan ummah. Andalah yang akan menentukan Islam tertegak kukuh sebagaimana sepatutnya kelak. “ Selamat menduduki peperiksaan dari kepimpinan PMRAM cawangan Shibin El-Kom”.

Wassalam.

“BELAJAR & BERBAKTI”

MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom,

Baca Seterusnya...