Miliki ARMA

Miliki ARMA

Kamsis Gabungan & Pelancaran Muzakarah Berkelompok

sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t.
Unit Dakwah dengn usahasama Unit Sambutan dan Rehlah DPMS, ingin menjemput kepada seluruh mahasiswa Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El Kom ke program "Kamsis Gabungan dan Pelancaran Muzakarah Berkelompok" yang akan diadakan pada:


Tarikh : 23 Muharram 1429 H bersamaan 31 Januari 2008
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 5.30 malam (solat maghrib di Darul Irsyad)
Tempat: Dewan Syeikh Al Arusi, Darul Irsyad

Antara agenda yang akan diadakan adalah seperti bacaan Yaasin,renungan tazkirah, pembentukan kumpulan muzakarah berkelompok serta pelbagai lagi agenda yang akan diadakan.Oleh yang demikian,pihak DPMS menjemput kepada seluruh mahasiswa DPMS untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.Kepada mahasiswa baru adalah diwajibkan hadir.Harap maklum...
Baca Seterusnya...

'Borong Sakan' di Maarad Kitab Kaherah


Rombongan DPMS ke maarad kitab yang berlangsung pada 28 Februari 2008 lalu menyaksikan peserta "memborong sakan"kiatb-kitab difestival tersebut.Rombongan ini yang disertai oleh 26 orang peserta yang bersama-sama untuk mencari dan memborong kitab di Festival Buku Antarabangsa kali ke 40 tahun yang berlangsung selama hampir dua minggu di Pusat Pameran Antarabangsa Kaherah.

Rombongan tersebut bertolak dari bandaraya Shibin el kom,diringi semangat yang berkobar-kobar untuk membeli kitab yang susah didapati di pasaran kitab tempatan,telah bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi lagi diruang legar di Dewan Syeikh Al Arusi,Darul Irsyad.

Rombongan tiba di festival tersebut tepat jam 10 pagi disajikan dengan sarapan pagi oleh pihak penganjur iaitu Unit Sambutan dan Rehlah DPMS yang diketuai oleh Ustaz Khamaruddin Ismail dibantu bersama oleh ustaz Husni Jamil dan Ustaz Salahuddin Arsyad.Rombongan mula memasuki pusat pameran dikenakan caj sebanyak LE 1 seorang sebagai tiket masuk ke tapak pameran.

Peserta mula bertaburan menjelajah serta mengimbangi bajet harga disetiap pelusuk dewan pameran.Pusat Pameran yang berkeluasan hampir 5 kali ganda padang bola memang memuaskan hati setiap pengunjung. Pelbagai jenis kitab dipamer dan dijual dengan harga yang berpatutan dari dalam dan luar negara.

Dewan pameran yang sering kali menjadi buruan setiap mahasiswa Al Azhar adalah didewan 6 yang mana merupakan tempat borongan kitab yang paling digemari oleh pembeli.Dewan tersebut menjadi tumpuan adalah kerana setiap syarikat percetakan yang ada didewan tersebut menawarkan harga yang begitu memuaskan hati pembeli serta cetakan buku yang berkualiti tinggi.

Setelah hampir 5 jam mencari dan memborong kitab,peserta rombongan mula kembali ke van sewa untuk pulang.Pelbagai karenah dan aksi peserta yang membawa kitab ke tempat meletak kereta yang mana jauh dari tempat pameran.Antara karenah yang mencuit hati adalah melihat peserta yang bertungkus-lumus membawa kitab yang dibeli begitu banyak ke van.Terdapat juga insiden-insiden yang mana peserta hampir terseliuh tangan akibat membawa kitab yang begitu banyak serta berat muatan.

Peserta mula meninggalkan pusat pameran jam 4 petang dan bertolak pulang ke Shibin el kom.Didalam van juga terdapat karenah dan aksi yang mencuit hati dimana terdapat peserta tersepit didalam longgokan kitab yang dibeli serta aksi "tidur-tidur ayam" akibat keletihan mencari dan memborong kitab.

Wartawan kami menemuramah beberapa peserta baru yang pertama kali mengikuti ke festival tersebut merasakan ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Ditanya pula kepuasan mengikuti rombongan ini,mereka menganggap mendapat kepuasan yang maksimum membeli kitab serta kurang berpuas hati kerana tidak dapat memborong kitab dengan lebih banyak lagi akibat longgokkan kitab yang begitu banyak dan penuh maklumat ilmiah.-Media Menoufia



Baca Seterusnya...

Festival Buku Antarabangsa Kaherah 2008

sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Unit Sambutan & Rehlah DPMS sesi 07/08 ingin menjemput kepada seluruh ahli DPMS ke Festival Buku Kaherah 2008 (Maarad Kitab 1428 H) yang akan berlangsung pada 23 Januari-4 Februari 2008. Pihak USR ingin mengumumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai rombongan ke festival tersebut pada :


Tarikh : 28 Januari 2008 bersamaan 20 Muharram 1429 H
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tambang : LE 20
Tempat berkumpul : Dewan Darul Irsyad

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi Ketua Unit Sambutan & Rehlah DPMS, Ustaz Khamaruddin ditalian 011 4726313 untuk tempahan tempat duduk. Kuota dibuka seramai 20 orang sahaja. Pertambahan kuota bergantung kepada lebihan permintaan. Disamping itu, Makanan tengahari juga disediakan.

Maklumat tentang Maarad Kitab Kaherah edisi 2008.

Tarikh : 23 Jan-4 Feb 2008
Tempat : Pusat Pameran Antarabangsa Kaherah, Mesir.
Waktu dibuka : 10pagi-7malam

Festival Buku Antarabangsa Kaherah merupakan satu aktiviti kebudayaan di Timur Tengah dengan lebih 3000 pusat pameran dan lebih tiga juta pengunjung antarabangsa setiap tahun, serta merupakan festival buku terbesar didunia selepas di Frankfurt, Jerman.

Pameran ini mula diperkenalkan pada tahun 1969 dengan bertujuan merapatkan jurang antara buku-buku dalam bahasa Arab dengan bahasa-bahasa asing yang mana lebih terkehadapan sebelum ini. Dengan permulaan yang sedikit penyertaan, ia menjadi lambang kebudayaan, tarikan para intelektual, penerbit, penulis dan pencinta buku serata dunia sehinggalah ketika ini.

Antara yang dipamerkan serta dijual adalah seperti jurnal kesusasteraan, sains dan koleksi buku-buku intelektual. Terdapat juga pameran seni, seminar, muzikal dan perbincangan antara tetamu jemputan terkemuka dunia.



Baca Seterusnya...

Rehlah Semenanjung Sinai '08

sila klik digambar untu paparan yang lebih jelas

Assalamulaikum W.B.T
Unit Sambutan dan Rehlah DPMS ingin menjemput seluruh ahli DPMS yang ingin mengikuti "Rehlah Ke Semenanjung Sinai 08 " yang akan berlangsung pada 11,12 dan 13 Februari 2008.
Pelbagai tempat-tempat menarik akan dilawati sepanjang lawatan tersebut.Antaranya adalah Terusan Suez,Dahab,St Catherine dan pelbagai lagi tempat yang menarik.
Antara objektif rehlah ini adalah untuk menenangkan kekusutan fikiran setelah hampir sebulan berjuang dengan peperiksaan serta menikmati pemandangan ciptaan Allah.
Rehlah ini terbuka kepada seluruh ahli DPMs yang berdaftar dengan harga LE 230.Kepada bukan ahli DPMS yang ingin menyertai,anda boleh menghubungi komuniti pelaksana seperti didalam iklan.Keterbukaan untuk peserta luar adalah bergantung kepada kekosongan tempat duduk.
Baca Seterusnya...

Selamat Berimtihan kepada seluruh Ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El kom yang akan berimtihan pada 5 Januari 2008 samada dari fakulti Usuluddin mahupun Fakulti Bahasa Arab. Pihak kepimpinan DPMS sesi 2007/2008 mengucapkan selamat menjawab serta 'bitaufiq wa najjah'..!!

Type rest of the post here
Baca Seterusnya...