Miliki ARMA

Miliki ARMA

kembara berkuda




jom tengok aksi berkuda jejaka shibin di sini
Baca Seterusnya...

kalam pengerusi 09/10



Alhamdulillah, kini PMRAM cawangan Shibin El-Kom telah bertukar kepimpinan yang baru. Setiap mula ada awalnya, setiap pertemuan ada perpisahan, demikianlah juga kami di Shibin El-Kom. Kepimpinan itu memang susah dan payah, tetapi ia akan jadi lebih payah sekiranya kita berdiam diri tanpa memikirkan sesuatu cara untuk bertindak. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk dilantik sedemikian rupa akan tetapi saya terima dengan redha akan amanah ini kerana Allah S.W.T. meletakkan amanah dan tanggungjawab itu ke atas kemampuan hambaNya.

Sepertimana firmanNya yang bermaksud,
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya.”(Al-Baqarah,286)
Moga kepimpinan ini akan melatih kami dan memberi pengalaman yang hebat bagi kami untuk merealisasikan dakwah islamiah kepada seluruh ummah kelak.


Sahabat yang dirahmati Allah,

PMRAM cawangan Shibin El-Kom pada sesi ini akan cuba mengorak langkah dengan menitik beratkan kebajikan ahli. Bagi mencapai hadaf dan misi PMRAM seperti temanya pada tahun ini "JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH".

Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom telah pun berumur hampir 17 tahun sejak tahun 1993 lagi. Namun DPMS tetap teguh dan mantap di bawah kepimpinannya demi memastikan kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir terbela berdasarkan syariat yang digariskan oleh Allah S.W.T.

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup itu diciptakan" - Imam Syafie

Konsep Wala' dan bara setiap pemimpin dan yang dipimpin perlu jelas dan faham. Natijahnya akan lahirlah sebuah hubungan kerjasama yang antara pemimpin dan yang dipimpin. Setiap insan ada kelemahan akan tetapi setiap insan juga mempunyai bakat dan keistimewaan masing-masing. Maka bakat dan keistimewaan itu hendaklah digunakan sebaiknya dan diasah agar ia akan menjadi suatu sumber penting dalam kepimpinan.
Sahabat yang dikasihi sekalian,

Kami berharap, hubungan ukhuwwah dan ikat persaudaraan mahasiswa Islam Malaysia di Mesir ini dapat diperkukuh lagi. Segala ppermasalahan dapat diselesaikan mengikut keadaan dan situasi dalam masa yang sama juga, nasihat dan teguran membina di antara semua pihak perlu dibuat bagi memastikan perjalan visi dan misi PMRAM dapat direalisasikan di seluruh BKAN dan DPM.

Semoga akan lahir suatu masa nanti insan-insan terbaik yang boleh memimpin ummah dengan menegakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber dan dasar. Setiap mahasiswa seperti kita tidak boleh tidak mengambil ini sebagai suatu misi dakwah apabila pulang ke tanahair nanti. Moga dengan ini, akan muncullah Azhari pencetus kegemilangan ummah dan Islam itu sendiri. Jadikanlah persatuan yang kita bina dan dokongi sebagai suatu lapangan dan medan tarbiah kita disini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perjalanan hambanya dan kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha dengan sebaiknya untuk mendapat Redha Allah S.W.T.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Seorang muslim hendaklah meletakkan Islam adalah perkara yang utama, maka peranan mahasiswa Islam pada hari ini adalah sebagai daei untuk memberi penerangan dan kefahaman tentang Islam kepada seluruh manusia sekaliannya. Kita tak akan ditanya berjaya atau tidak usaha kita untuk Islam tetapi kita akan ditanya adakah kita berusaha untuk meletakkan Islam itu ditempatnya.
"Islam adalah tetinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya"

Semoga DPMS akan terus maju memberi kebajikan kepada setiap mahahsiswa yang bermukim di Shibin El-Kom ini, namun kebersamaan kita menjalankan kesatuan ini adalah perkara sangat penting demi menyambung perjuangan yang di tinggalkan olah Rasullullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :"Dan tolong menolonglah kepada perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong kepada kejahatan dan kerosakkan"

Imam Ghazali pernah berkata:"Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkanya dan memberi manfaat kepada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain sedangkan ia terus bersinar"

Jutaan kemaafan dari kami PMRAM cawangan Shibin El-Kom (DPMS) kepada seluruh ahli PMRAM sekiranya ada kesilapan yang lahir dari kami ini menyusahkan anda semua. Selamat bekerjasama...
Wallahu Taala A’lam




Baca Seterusnya...

kembara berkuda.





Baca Seterusnya...