Miliki ARMA

Miliki ARMA

Isu Pegawai JPMK

Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM

Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu yang melibatkan penindasan mahasiswa Islam di Mesir berlaku. Bermula daripada isu Kutub Sittah pada tahun 2009 sehinggalah sekarang ini, ia berlaku bagaikan dirancang. Namun PMRAM meminta agar ahli bertenang serta bertindak mengikut arahan pimpinan.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pihak-pihak berwajib yang melanggar polisi dan etika sebagai seorang penjawat awam. Bagi PMRAM, tindakan Pengarah JPMK Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasyim yang menandatangai surat sokongan bagi penubuhan 'Academy Center' di Tanta merupakan tindakan yang tidak profesional.

Di dalam surat tersebut terdapat beberapa kesalahan mengikut format rasmi surat kerajaan. Bahkan beliau juga menafikan peranan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang selama ini menjaga keselamatan mahasiswa-mahasiswi Islam di sana. PMRAM menyifatkan kata-kata ini sebagai tuduhan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa walaupun DPMT mampunyai autoriti untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pihak keselamatan Mesir, PMRAM tidak pernah sesekali membelakangi peranan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam isu-isu keselamatan mahupun menafikan kewujudannya.

Beralih kepada isu yang berlaku di Mansurah pada 16 Oktober lalu. PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap salah seorang pegawai JPMK yang menyalahgunakan kuasa. PMRAM menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Atase Akademik En. Khairi bin Jalaluddin juga sebagai tindakan yang tidak profesional.

Sebagai penjawat awam beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika taklimat biasiswa tersebut untuk mengedarkan borang Kelab Umno. Tindakan tersebut seolah-olah mengajak mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Walaupun tindakan tidak profesional ini dilakukan oleh beberapa orang pegawai JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan bahawa hubungan rasmi tetap akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih profesional dalam melaksanakan tugasnya demi menjaga nama baik negara Malaysia. PMRAM juga mengharapkan agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada halangan dan ancaman.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan mahasiswa Islam ini.

Sekian.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
Baca Seterusnya...

TAAKHI SHIBIN-TANTA DIJALIN

TANTA, 20 OKTOBER - Rombongan AJKT DPM Shibin El-Kom (DPMS) telah mengadakan satu perjalanan ke Tanta untuk menjayakan program bersama taakhi DPM Tanta (DPMT) bersempena Jaulah BP PMRAM ke serata muhafazah di seluruh Mesir. Seramai enam orang AJKT DPMS telah bertolak dari Shibin El-Kom dan tiba di Markaz DPMT kira-kira pada jam 6.00 petang.

Kedatangan rombongan yang diketuai Pengerusi DPMS ini telah disambut ceria oleh beberapa orang AJKT DPM Tanta. Sementara menunggu program bermula, rombongan sempat beristirehat sambil menjamu sedikit juadah dan beramah mesra dengan rakan-rakan di Tanta. Layanan dan perhatian yang baik daripada warga Tanta sememangnya suatu penghormatan bagi rombongan kecil ini.

Bermula jam 8.00 malam, Dewan Syeikh Mahmud Syaltut atau dikenali dengan Bait Izzah - nama bagi markaz DPMT - telah mulai bersedia menerima ketibaan tetamu agung yang dinantikan. Barisan BP dan HEWI PMRAM hadir memasuki dewan dengan disambut penuh meriah oleh hadirin yang hadir.

Program pada malam ini terbahagi kepada dua slot utama iaitu perasmian dan majlis ramah mesra bersama kepimpinan pusat PMRAM 2010. Pada slot pertama, tiga orang utama PMRAM telah menyampaikan ucapan masing-masing sebagai ucapan pembukaan dan alu-aluan. Mereka ialah Pengerusi DPMT, Pengerusi DPMS dan Presiden PMRAM.

Melalui kalam ucapan daripada kedua-dua Pengerusi DPM, terdapat persamaan yang dapat diperhatikan iaitu tema kesatuan ikatan sebagai taakhi. Kunjungan daripada DPMS ke Tanta dan keramahan layanan DPMT sebagai tuan rumah adalah suatu suasana yang sangat baik untuk menyuburkan kesatuan fikrah sebagaimana yang dianjurkan oleh PMRAM pusat.

Manakala dalam ucapan perasmian, Presiden PMRAM, Ust. Shahrizan Mohd Hazime juga telah menyentuh tentang hubungan baik antara cawangan PMRAM ini merupakan tanda komitmen PMRAM untuk menjaga kesatuan ahli di seluruh peringkat.

Pada slot kedua, majlis bertambah menarik dengan kendalian majlis oleh pimpinan PMRAM sendiri. Bermula dengan taaruf diri di kalangan BP dan HEWI PMRAM, majlis diteruskan dengan sesi soalan dan muhasabah daripada ahli yang hadir kepada kepimpinan PMRAM pusat. Ternyata, respons yang diberikan memuaskan namun kesempitan masa membataskan untuk lebih banyak persoalan untuk diajukan.

Majlis seterusnya beralih ke sesi pengumuman oleh barisan BP/HEWI PMRAM. Makluman dan nasihat yang diberikan merupakan buah tangan yang penting untuk dihadam bersama oleh ahli yang hadir. Terakhir, slot ini disudahi dengan penggulungan melalui amanat emas Presiden yang begitu jelas menerangkan wajah dan sikap PMRAM yang islamik dan berprinsip dalam mendepani isu-isu mahasiswa yang berlaku di bumi Mesir ini.

Dengan berakhirnya slot tersebut, majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Hadirin yang hadir kemudiannya dihidangkan dengan juadah yang disediakan.

Satu Fikrah Satu Amal

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah.

Baca Seterusnya...

ISU KESELAMATAN : PENGERUSI TANTA KESAL AGEN MEDIK MESIR TIDAK BERKERJASAMA

TANTA, 10 Oktober - Tanta sejak 2 tahun kebelakangan ini semakin dibanjiri dengan pelajar-pelajar daripada pengajian Perubatan. Saban tahun kuantitinya semakin bertambah. Sebilangan ramai daripada pelajar tersebut datang melalui tajaan JPA, agen QAS dan Medic Mesir. Pihak persatuan DPMT tetap mengambil sikap untuk memberikan seberapa banyak kerjasama dan bantuan terutamanya kepada pelajar-perlajar yang baru tiba di bumi Tanta melalui hubungan yang telah dijalinkan dengan Persatuan Perubatan Cawangan Tanta ( PCT ) yang telah dilakukan sejak awal penubuhan persatuan tersebut.

Pada tahun lepas semua agen dapat memberikan kerjasama yang amat baik terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu keselamatan. Namun yang menjadi masalah pada hari ini, sebuah agen yang dikenali sebagai agen Medic Mesir telah mengambil langkah menganjurkan aktiviti-aktiviti di bawah seliaannya sendiri dan baru-baru ini agen terbabit telah mengadakan program Sambutan Mahasiswa Baru di imarah pelajar-pelajar akhawat agen Medic Mesir.


Sebelum ini, wakil agen tersebut telah mengatakan bahawa tempat tersebut sebagai ‘centre’ sahaja dan bukannya markaz. Apa yang dikatakannya itu hanyalah perbezaan dari sudut istilah sahaja tetapi fungsiya tetap sama seperti markaz. Tindakan agen tersebut amat membimbangkan pihak kami kerana jelas telah melanggari qarar ( ketetapan ) yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan Mesir.

Pihak keselamatan Mesir telah menetapkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya dibenarkan untuk beroperasi dengan sebuah markaz sahaja yang telah diluluskan dan tidak dibenarkan untuk menubuhkan markaz yang lain. Hal ini menjadi satu perkara yang amat kita titikberatkan demi kemaslahatan dan keselamatan semua pelajar. Sebab itulah, pihak DPMT tidak dapat menunaikan permintaan daripada persatuan PCT untuk menubuhkan markaz yang lain dan mengambil keputusan untuk berkongsi markaz sehingga ke hari ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kami telah berusaha untuk berbincang dengan wakil agen tersebut bagi menyelesaikan masalah ini. Namun, apa yang menjadi masalah wakil agen tersebut jelas tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami. Sedangkan ianya adalah untuk kemaslahatan kita bersama termasuk pelajar-pelajar daripada agen tersebut. Saya melihat di dalam isu ini wakil agen tersebut seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan. Saya sendiri telah menghubungi beliau dan mengatakan bahawa pihak keselamatan Mesir ingin bertemu dengan beliau.

Beberapa kali temujanji dengan pihak keselamatan Mesir terpaksa kami batalkan kerana apabila tiba masa untuk bertemu dengan pihak keselamatan Mesir beliau telah mematikan telefon bimbitnya. Bahkan, pesanan ringkas yang dihantar melalui SMS juga tidak dibalas oleh beliau. Apabila ditanya, beliau memberi alasan yang tidak munasabah. Secara peribadi saya merasa begitu kesal dengan tindakan beliau ini. Jelas membuktikan bahawa pihak agen tersebut cuba untuk mengelak apabila kita mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai sebuah agen yang besar ,saya menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh wakil agen terbabit adalah satu tindakan yang kurang professional.

Sekali lagi saya melahirkan rasa sedih dan kesal kerana pihak agen terbabit tidak membantu untuk menyelesaikan isu ini dalam keadaan yang baik dan harmoni. Sedangkan kita tahu, bahawa negara Mesir ini terkenal sebagai sebuah negara yang darurat. Kita sepatutnya bersyukur, kerana ini pihak keselamatan Mesir masih memberikan kerjasama yang baik sehingga hari ini. Saya menasihatkan kepada wakil agen tersebut supaya memikirkan akan kemaslahatan dan kebaikan seluruh pelajar Malaysia yang berada di bumi Tanta ini .

Baca Seterusnya...

Tabah hadapi ujian - buat Ust. Jamal Najmuddin

DPMS, 18 Oktober 2010 - Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang telah menimpa aktivis PMRAM iaitu Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman atau dikenali Ustaz Jamal ketika mana beliau menunggang motosikal untuk menjayakan program KEJORA PMRAM di Ismailliyah.

Kemalangan tersebut berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk datang semula ke Ismailiah bagi mengiringi peserta mahasiswi dari Kaherah ke program KEJORA '10. Ia dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang datang dari arah belakang lalu merempuh beliau sehingga menyebabkan beliau hilang kawalan dan terus terjatuh.

Alhamdulillah daripada khabar yang diterima, beliau sekarang dalam keadaan stabil. Beliau telah dimasukkan ke hospital berdekatan di daerah Ismailliyah dan dihantar sendiri oleh Presiden PMRAM Ustaz Shahrizan Mohd Hazime dan Timbalan Presiden Ustaz Zuhaili Bin Saiman serta sahabat beliau saudara Fakhrurrazi.

Kami barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir Shibin El-kom sesi 2010/2011 dan warga DPMS semuanya mendoakan agar Ustaz Jamal lekas sembuh dan sihat seperti biasa. Semoga beliau sentiasa sabar dan tabah untuk terus thabat dalam memberikan khidmat bakti kepada persatuan induk mahasiswa di Mesir , PMRAM yang kita cintai. Jazakallah khairal jaza'


Baca Seterusnya...