Miliki ARMA

Miliki ARMA

FORUM SAMBUTAN MAULIDURRASUL

  • Salam buat sahabat sekalian ,insyaallah pada tarikh yang tertera di iklan ini,Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM Shibin El-Kom 09/10, akan mengadakan forum bersempena sambutan maulidurrasul di markaz DPMS.Ahli panel dijemput khas dari kalangan mahasiswa Shibin El-Kom dan majlis ini adalah gabungan usrah di kalangan ahli.Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk melatih ahli bercakap dan menyusun pendapat yang baik ketika berhadapan dengan masyarakat,tambahan pula bagi persiapan awal sebelum pulang Malaysia kelak.Diharapkan para sahabat akan turut serta hadir ke majlis ini.Sekian,sirru 'ala barakatillah.
Baca Seterusnya...

Diskusi Kitab

Diskusi Kitab Fathul Mu'in (bab jual Beli). Berikut adalah butiran program tersebut :-

* sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas... kehadiran sahabat-sahabat amatlah dialu-alukan.


Semoga beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. Amin......


jom tengok gambar semasa program berlangsung di sini
Baca Seterusnya...

KELAS TAFAQQUH FIDDIN BERMULA KEMBALI

Dengan segala hormatnya dimaklumkan KELAS TAFAQQUH FIDDIN anjuran Unit Pengetahuan & Pendidikan telah bermula pada setiap hari Ahad, Isnin & Rabu. Butiran lanjut adalah seperti berikut :-


Pengajian Kitab Kawakib Durriyyah & Hasyiah Al-Bajuri bersama Al-Fadhil Ustaz Roslan Al-Fatani...

Juga berikut kelas Talaqqi Al-Quran setiap minggu... :-


Marilah bersama kita tingkatkan ilmu dan taqafah bagi mencapai matlamat dan tujuan kita sebagai penuntut ilmu Allah S.W.T.
Baca Seterusnya...

CERAMAH PENGENALAN HPA

Dengan segala hormatnya Unit Ekonomi dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Tahun Empat (MAMPAT) menjemput kepada semua sahabat-sahabat ke Ceramah Mengenali HPA. butiran adalah seperti berikut :-



*sila tekan pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.... Baca Seterusnya...

PEDOMAN BAGI MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN. bil-3




Menggantung Harapan Kepada Allah S.W.T.

Wahai sahabatku yang mulia, beramal dan sembahlah Tuhanmu dengan sepenuh tenaga sehingga engkau telah mengambil segala penyebab yang boleh mendekatkan dirimu kepada Allah S.W.T. dan engkau telah menjauhi setiap maksiat dan kesesatan sehingga engkau merasa letih, buntu dan lemah untuk melepaskan dirimu, dan engkau tinggalkan dari melihat amalan-amalanmu lantaran perasaanmu merasa bahawa amalan-amalan tersebut tidak dapat melepaskan engkau, dan engkau berlepas diri dari bersandar di atas dirimu, maka engkau pun menghadap kepada Allah S.W.T. semata-mata dengan sepenuh jiwa ragamu dan engkau mula bergantung kepadaNya dengan sepenuh pergantungan.

Tetaplah di atas hal itu sehingga engkau sampai pada bab idhtirar dan inkisar. Ia adalah pintu pertama bagi engkau mengenal keagungan Allah S.W.T. dan permulaan perjalananmu kepada Tuhanmu dengan sebenar-benar jalan. Allah S.W.T. menjadikan melalui pintu ini sebagai syarat bagimu dan setiap orang yang ingin menuju kepada Tuhan sepertimu, agar Dia memperkenalkan kepadamu siapakah Dia dan siapakah kamu. Maka Dia adalah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Berkuasa dan engkau pula adalah hamba yang hina, tidak berdaya melepaskan dirimu dari apa yang tidak engkau sukai. Maka dengan sebab itu engkau dapat mengenali Tuhan yang menjadi tujuanmu itu lantas engkau dapat menjaga adab sepanjang perjalanan keimanan dan makrifah itu. Bagaimanakah akan dapat masuk ke dalam majlis raja orang yang tidak ada padanya adab susila dan bagaimanakah dapat benar-benar beradap susila orang yang tidak mengenali keagungan Tuhannya dan pemiliknya.

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Haj ayat 72 yang bermaksud :

72. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami Yang jelas nyata, Engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang Yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika demikian, Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu: Yang lebih buruk lagi daripada apa Yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? ialah neraka Yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang Yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Haj ayat 74 yang bermaksud :

74. Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan Yang selayaknya (sebagaimana Yang ditetapkanNya); Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Permulaan Mengenal Keagungan Allah S.W.T.

Wahai saudaraku yang mulia, engkau dalam keadaan yang keadaan yang diharapkan mendapat penerimaan Allah S.W.T. lantaran Allah Azza Wa Jalla itu melayan hambaNya menurut setakat kejujuran hambaNya, maka tidaklah akan jadi berkeadaanjujur seseorang yang ingin menuju kepada tuhannya sehinggalah dia telah bersinsing lengan dalam ibadatnya kepada tuhannya, dan telah mengambil semua sebab untuk sampai kepada keredhaan Tuhannya, dan dia telah merasakan dirinya lemah dan tidak berdaya lantas dengan itu dia pun masuk ke dalam bab idthirar dan inkisar, lalu mulalah Ar-Rahman dengan rahmatNya campurtangan ke atas usaha dirinya, dan lagi kerana Ar-Rahman tidak akan membiarkan diri orang yang sedang terdesak tanpa pertolonganNya, dan lagi orang yang terdesak itu tidak lain adalah dalam keadaan yang jujur pada permohonannya. Maka apabila itu semua telah tercapai pada dirimu maka ia adalah keadaan di mana diharapkan berlakunya sambutan dan penerimaan Allah S.W.T. ke atas usaha dirimu selama ini.

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah An-Naml ayat 62 yang bermaksud :

62. Atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati (Nikmat Allah itu).

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-A’raaf ayat 56 yang bermaksud :

56. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya.

Di dalam sebuah hadith Qudsi Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: Aku adalah munurut sangkaan hambaKu terhadap diriKu.

Apabila engkau telah ketahui hakikat ini maka ingatlah bahawa bab idhtirar dan inkisar tersebut adalah pintu yang masuk darinya setiap kekasih Allah S.W.T. dan setiap para solihin ke dalam hamparan rahmat dan makrifah. Maka sesiapa yang berusaha masuk bukan dari pintunya yang sebenarnya maka tidaklah dapat dijamin akan keselamatan dirinya.

Kesan Mengenal Keagungan Allah S.W.T. Kepada Muslim

Sesungguh turunnya rahmat Allah ke atas dirimu yang mana rahmat itu pula mempunyai pintu-pintu yang tersangat banyak, adalah sebab yang akan membawa kelapangan kepada hatimu dan ketenangan lantaran dari turunnya rahmat itu engkau benar-benar telah dapat mengetahui bahawa Allah S.W.T. telah menjawab panggilanmu dan mendengar permohonanmu selama ini, dan dengan jawapan itu engkau dapat merasakan hampirnya Allah S.W.T. kepadamu dan bahawa Allah S.W.T. bersama denganmu.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

186. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Maka hendaklah engkau bersyukur kepada Allah S.W.T. dan sentiasa bertaqwa dan memelihara adab pada setiap waktu dan tempat kerana sesungguhnya bersyukur itu adalah sebab bagi berkekalan dan bertambahnya nikmat.

nantikan sambungannya......


Disediakan oleh,

Unit Dakwah & Pembangunan Insan,

Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom,

Sesi 2009/2010.




Baca Seterusnya...