Miliki ARMA

Miliki ARMA

bulan thaqofah dan tarbiah BIAH '09

Bulan Thaqofah & Tarbiah "BIAH '09" menjelma lagi di persada dpms buat kesekian kalinya, bulan yang menyajikan kepada ahli dpms dengan beraneka juadah santapan jiwa bersama dengan musim sita' yang mula menutup tabir musim lantas disusuli angin yang bertiup kuat seakan menghambat pergi musim sita' agar cepat berlalu..pun begitu ramai dikalangan ahli dpms yang mula menjejakkan kaki ke kuliah kerana kuliah telah pun bermula,ada yang mengambil jadual serta kelas mula meriah seperti sedia kala..berakhirnya cuti dan bermula nya kuliah memang agak menyukarkan bagi seorang itu untuk menyesuaikan keadaan,untuk mengubah jadual rehat kepada study perlu kepada kekuatan yang perlu dijana dari sekarang..

Atas kesedaran ini dpms menganjurkan BIAH kali ini bagi menyiapkan ahli supaya sentiasa peka dengan suasana dan keadaan semasa,insya ALLAH sepanjang bulan march ini kami akan cuba menghidangkan dengan program thaqofah serta tarbiah bagi memantapkan jati diri ahli dpms sekelian..

antara yang menarik...

12/3 : FUTSAL BIAH '09 anjuran UKKS,UD,MANTAP.




14/3 : DISKUSI KITAB "
AL-AZAN AS-SYAR'IY AS-SOHIH KAMA
YAJIBU ADA'UHU
"
OLEH : UST SHAFIQ BIN ALIAS.
MASA : 2.00 PETANG.
SILA RUJUK DISINI




*17/3 : KURSUS JENAZAH.
OLEH : USTAZ ROSLAN
MASA : 2 PETANG

*tertakluk kepada pindaan





dan banyak lagi......... Baca Seterusnya...

SKUAD MENOUFIA FC-PIALA PRESIDEN


------------------------------------------------

Piala presiden yang telah berlalu telah banyak meninggalkan kenangan serta pengalaman kepada mereka yang mengikutinya,Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dpms telah berjaya menghantar wakil shibin skuad menoufia fc bagi menyertai kejohanan piala presiden kali ini. Kejohanan yang bermula dari 21 hingga 24 hb 2 09 mendapat sambutan dari segenap pihak yang berminat untuk turut sama berkongsi suka duka dalam acara kali ini, Istad Zaqazik meriah serta gamat kerana menjadi tumpuan segenap ceruk pelajar azhar yang berpusu ke sana kerana muhafazah Zaqazik menjadi tuan rumah kali ini. Jika sebelum ini ada khabar angin yang menyatakan shibin akan membeli pemain import dari damanhur bagi berdepan dengan perlawanan kali ini, namun berita itu hanya sekadar atas angin yang tidak berasas sama -sekali..namun begitu kita telah mengenal pasti prestasi 2 pemain kaherah yang telah bersetuju mengikat perjanjian untuk bersama kontijen shibin kali ini.." ulas pemain pertahanan shibin yang sempat memberi komen beliau semasa membetulkan pintu van ammu ibrahim yang senget mungkin terlebih muatan barangkali..

: antara yang datang memberi semangat
:kelihatan operasi baik pulih pintu van sedang berjalan

Setelah menjalani latihan intensif yang agak padat skuad menoufia fc mengorak langkah meninggalkan bumi shibin dengan diiringi doa serta segunung harapan untuk membawa pulang kejayaan serta piala kejohanan, berbekalkan semangat kesukanan serta azam pengalaman tahun2 yang lepas kali ini shibin bukan lagi pasukan tercorot.
bahkan kehadiran skuad menoufia yang mendapat undi dalam kumpulan c kali ini di harap dapat memberi saingan yang sengit kepada mana2 kumpulan.kata ketua skuad yang sempat ditemuramah oleh menoufia press sebelum berangkat meninggalkan shibin bersama van ammu ibrahim yang setia.

:antara pemain menoufia fc di hari pertama
:turut kelihatan pakar urat yang bersedia mengurut jika berlaku salah urat @terseliuh

Kedah,Tanta,Perlis,Pulau-Pinang dan Syubra menjadi seteru kumpulan yang perlu skuad menoufia hadapi, hari pertama menyaksikan perlawanan shibin bertemu Pulau- Pinang yang menhadiahkan satu gol kemenangan hasil jaringan cantik dari saudara ridhuan pandil yang lebih mesra dipanggil haji dikalangan ahli shibin, gol yang mendapat lorongan kemas dari saudara khairi sulaiman berjaya mengegar rawang Pulau- Pinang walaupun mendapat bentengan hebat dari pertahanan p.pinang. Buah tangan yang bermakna bagi skuad shibin di hari pertama.



:sesi panas badan,seperti berjemur dan bermain lari-lari api dalam sekam.


Hangat mentari terik berdiri tepat atas ubun kepala memang memberi kesan kepada prestasi persembahan pemain pada hari kedua,bertemu Kedah..pasukan yang menjadi lawan pada hari kedua memang mengusarkan kepala ketua skuad untuk mencari titik kelemahan dalam formasi susun atur kontijen kedah, mengambil pandangan semua pemain akhirnya ketua skuad membuat sedikit kelainan dalam perlawanan kali ini,
walaupun pada awalnya kedua-dua pasukan bermain dengan stabil, namun dihambat serta di gasak kuat di bahagian pertahanan memaksa penjaga gawang memuntahkan bolos 1-0 yang memberi laluan selesa kepada kedah hingga akhir perlawanan..perlawanan hari kedua skuad shibin di ikat oleh kedah 1-0.

:ok,bila bola datang dari arah Z maka B akan sekat dengan Y,pastu L guna
lorong kiri potong bola, K pulak pastikan line clear rampas bola hantar ke latitude O"
sesi susun strategi bertemu Perlis. sesi diakhiri dengan doa selamat...


Agak mencemaskan dihari ketiga kerana akan berdepan dengan 2 pasukan,perlawanan pertama bertemu dengan Perlis seterusnya Tanta. Mencari sentuhan ajaib dalam perlawanan mendesak kedua pasukan dalam perlawanan pertama, walaupun digasak hebat oleh Perlis yang mengatur serangan bertalu-talu kepada pertahanan gawang shibin, sesekali bola tersasar hampir ke sasaran..sudah cukup untuk menyemputkan nafas penyokong shibin yang hadir memberi semangat. Pun begitu shibin berjaya mengekalkan prestasi seperti hari kedua iaitu menghadiahkan gol kemenangan kepada perlis dengan keputusan 0-1. agak terkejut dengan keputusan kali ini, pihak urusetia telah mengunakan khidmat pakar motivasi untuk memupuk kembali semangat yang merudum jatuh akibat perlawanan pertama hari ketiga...ini amat perlu kerana perlawanan kedua tidak kurang pentingnya,berdepan dengan jiran yang terdekat Tanta, semangat kesukanan yang begitu melular dalam jiwa pasukan shibin mula berkembang kembali ditambah lagi semangat ukhuwwah islamiah yang memang menjadi motif perlawanan piala presiden ini dianjurkan.




terkesan dengan motivasi yang diberikan agar perlawanan kali ini jangan terlalu tertekan serta utamakan semangat kesukanan serta ukhuwwah islamiyyah menjadi pemacu semangat dalam perlawanan menentang Tanta, Atas dasar ukuwwah islamiyyah pelawanan kali ini menentang Tanta berlangsung dengan harmoni serta saksama..walaupun sesekali diselit dengan aksi separa ganas yang berlaku secara tidak sengaja, pertahanan shibin menjadi kalut serta rapuh bila Tanta menyerang dengan skill yang tak terduga oleh pemain shibin yang akhirnya mengekalkan prestasi hari kedua dan ketiga di tahap yang statik..Tanta menang 1-0.



Syubra, salah satu muhafazah yang mempunyai barisan pemain yang sukar untuk diperkotak-katikkan, mahu tidak mahu shibin pasti bertemu syubra dalam perlawanan hari keempat.pujian kepada pasukan shibin kerana istiqomah dalam perjuangan biar pahit pasti ditelan.memang untuk mengekalkan prestasi secara statik agak sukar bagi sesetengah pasukan,namun pasukan shibin berjaya merealisasikannya.tahniah sekali lagi kerana berjaya memberikan kejayaan kepada Syubra 1-0. inilah sebenarnya semangat ukuwwah yang ingin dibentuk dan disemai dalam perlawanan,bukan kemenangan yang menjadi tujuan tapi ukhuwwah itu yang utama,luah seorang penyerang yang ingin namanya dirahsiakan seusai sahaja perlawanan menentang Syubra.


Kesedihan yang terlakar di wajah skuad tak dapat disembunyikan namun dalam kedukaan ada kegembiraan, itulah hikmah yang telah Allah SWT lakarkan dari azali lagi, Akal cetek manusia tak mampu menjangkau ma'rifat tentangnya..panjang lebar bicara ketua skuad dibawah redup mentari petang..masing2 mengangguk faham,

siapa tahu kekalahan kali ini lebih baik dari kemenangan?...emm ilmu tuhan tak terjangkau oleh kita, perancangannya teliti tak tertafsir kedangkalan manusia...hasil kejayaan yang tertunggak ini telah berjaya menyekat kemaraan Kedah dan Perlis untuk melayakkan diri ke suku akhir..

Syubra dan Tanta layak selesa ke suku akhir,hasil juang yang patut mendapat pujian..shibin boleh cuba lagi.



menoufia press™


Baca Seterusnya...