Miliki ARMA

Miliki ARMA

Tuduhan Tidak Berasas!

TUDUHAN EN. KHAIRI JALALUDDIN (PEGAWAI KEDUTAAN) KEPADA PENGERUSI DPMT TIDAK BERASAS

DPM Shibin El-Kom selaku Suara Mahasiswa di Shibin El-Kom yang juga merupakan Taakhi DPMT ingin menyatakan sokongan kepada Pengerusi DPM Tanta (DPMT), Ustaz Dzulhilmi Roslan di atas tuduhan yang tidak berasas yang dilemparkan oleh Encik Khairi Jalaluddin. :-


1) DPMS tidak bersetuju dengan tindakan Pegawai JPMK (En. Khairi Jalaluddin) di dalam Facebook yang menuduh tanpa usul periksa kepada Pengerusi DPMT.

- Kehadiran Pegawai Kedutaan di mana-mana Muhafazah sememangnya perlu dimaklumkan kepada Pengerusi DPM (muhafazah yang terlibat) terlebih dahulu untuk dimaklumkan kepada pihak Keselamatan Mesir.

- Setiap perkara yang berlaku di muhafazah yang melibatkan pelajar Malaysia terutama kedatangan wakil Kedutaan, setiap Pengerusi DPM tersebut perlu dimaklumkan kepada pihak keselamatan Mesir.(Ini adalah polisi yang telah ditetapkan oleh pihak Keselamatan Mesir).

- DPMT adalah cawangan PMRAM di Tanta yang berdaftar dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Maka istilah “wakil Kedutaan” tidak timbul.

- Pengerusi DPMT hanya menjalankan tugas beliau sebagai Pengerusi DPMT merangkap Unit Perhubungan Luar. Beliau bertanggungjawab ke atas perjalanan DPM dan hubungan dengan pihak Keselamatan Mesir.


2) DPMS ingin meminta En. Khairi Jalaluddin memohon maaf secara terbuka terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap Pengerusi DPMT.

- Kenyataan yang di dalam Facebook En. Khairi Jalaluddin menyebabkan semua yang melayari Facebook dapat membacanya. Maka akan tersebarlah satu fitnah. Kenyataan itu seolah-olah Pengerusi DPMT telah melakukan kesalahan.

- Kenyataan yang disiarkan adalah perbuatan yang tidak profesional.

- Kenyataan ini telah mencalarkan kredibiliti Pengerusi DPMT khususnya dan mencalarkan nama baik DPMT dan PMRAM amnya.

DPMS menyokong sepenuhnya kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime.

DPMS berharap, perkara ini dapat diselesaikan secara adil dan saksama. Semoga Allah S.W.T. memberi petunjuk dan pimpinan kepada kita semua selaku hambaNya.

Sekian, wassalam.

“BELAJAR DAN BERBAKTI”

MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom (DPMS),
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM),
Sesi 2009/2010.
Baca Seterusnya...

Program Malam Jumaat

Salam untuk semua,sepertimana telah tertera iklan di atas ini ,insyaallah setiap malam Jumaat mulai 22/04/2010 sehingga 20l05/2010 pihak DPMS akan mengadakan bacaan yassin,bacaan kitab Tijani Dirari dan solat sunnat hifzi di setiap tempat yang telah ditetapkan.Diharapkan semua ahli DPMS akan mengambil berat dan hadir di setiap majlis yang akan diadakan ini ,insyaallah.Sekian ,sirru 'ala barakatillah Baca Seterusnya...

Laman Web Rasmi DPMS Berwajah Baru

Assalamualaikum wbt buat sahabat sekalian. Sedia maklum laman web rasmi DPMS kini berwajah baru dan lebih ringan dari seperti biasa ketika sahabat melayarinya. Laman ini masih dalam pembinaan dan banyak lagi yang masih belum disempurnakan. Memandangkan pembinaan laman ini mengambil masa yang agak lama, maka sukacitanya pihak DPMS membuka laman ini sambil meneruskan segala pembinaannya. Segala komentar dan cadangan dari sahabat, pihak kami mengalu-alukan dan sentiasa mengambil cakna. Info-info terkini mengenai perjalanan program akan di update dari masa ke semasa. Dan segala fizikal laman ini juga akan sentiasa di update sehingga menjadi laman yang sempurna. Segala sokongan dan dokongan dari sahabat sekalian amat-amat kami harapkan dengan lafaz jazakallahu khair jazaa..

yang menjalankan tugas,
Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP)

Baca Seterusnya...