Miliki ARMA

Miliki ARMA

Kutipan Sumbangan Palestin Dilancarkan Semula

KAHERAH, 18 Jun - PMRAM terus cakna dengan isu yang melanda dunia Islam, khususnya isu umat Islam yang telah menjadi sejarah hitam di bumi Al-Aqsa Palestin.

Atas sikap prihatin terhadap isu antarabangsa ini,PMRAM di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini sekali lagi melancarkan kutipan sumbangan kewangan bagi membantu dan meringankan beban saudara-saudara seakidah di bumi Palestin.

"Sumbangan yang kita lancarkan pada kali ini adalah menjadi satu bukti bahawa PMRAM sentiasa komited dalam mendidik ahli agar sentiasa mengambil berat terhadap isu kemanusiaan khususnya isu Palestin ini "ujar Saudara Syeikh Muhd Mujahid b Sikh Nawawi, Naib Presiden 3 merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.

Justeru, PMRAM mengharapkan kerjasama setiap di setiap peringkat cawangan dapat melancarkan dan menjayakan kutipan sumbangan Palestin .Segala sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui unit kebajikan di cawangan masing-masing.
Baca Seterusnya...

PMIUPM-PMRAM Jalin Hubungan Dua Hala

SERDANG, 9 JUN – Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh menyambut baik hasrat Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman untuk menjalinkan hubungan dua hala antara PMIUPM – PMRAM. Antara yang diharapkan dalam hubungan dua hala ini adalah hubungan rasmi antara dua pihak. Selain itu, maklumat semasa dapat dikongsikan bersama antara PMIUPM di Malaysia dan PMRAM di Mesir. Dalam pada itu juga diharapkan supaya kedua-dua pihak dapat memperanan saluran penerangan dan isu semasa secara bersama.

“Kami (PMIUPM) mengharapkan hubungan kerjasama dua hala ini akan berkekalan dan akan dapat memberi impak yang besar dalam melahirkan pejuang-pejuang Islam yang mempunyai kemantapan fikrah Islam yang jelas” kata Presiden PMIUPM ketika ditemui media sebentar tadi.

Semoga jalinan kerjasama ini diredhai Allah dan seterusnya dapat melebarkan sayap Islam di seluruh dunia.

Baca Seterusnya...

Mahasiswi Perubatan Disahkan Menghidap TIBI

ISKANDARIAH, 5 Jun - Seorang mahasiswi perubatan tahun empat yang disahkan menghidap penyakit TIBI (Tubercle Bacilli) telah dimasukkan ke Hospital Sodri Makmurah, Iskandariah.

Saudari Aisyah Nurani binti Mohd Nor yang berasal dari Terengganu telah disyaki mengidap TIBI positif sebelum revolusi di Mesir lagi.
Namun begitu, beliau bertahan dengan bekalan ubat yang diberikan dan sehingga pada hari jumaat lepas beliau dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang kritikal kerana mengalami batuk berdarah.

Sehubungan dengan itu, pihak hospital terpaksa menahan beliau untuk rawatan selanjutnya selama 10 hari di hospital tersebut.
Di samping itu, Saudari Norhashima Majid, Ketua unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM, menyarankan kepada semua mahasiswa/mahasiswi agar menjaga kesihatan dan segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya mempunyai masalah dan simptom-simptom penyakit yang disyaki.

HEWI PMRAM bersimpati dengan ujian yang menimpa beliau dan mendoakan beliau kuat serta tabah kerana memandangkan beliau akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini.
Baca Seterusnya...

SELAMAT MENDUDUKI IMTIHAN FASA 2




Baca Seterusnya...