Miliki ARMA

Miliki ARMA

Majlis Sambutan Aidil Adha 1428 H

sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum W.B.T
Unit Dakwah dengan kerjasama Unit Kebajikan & Tabung Derma DPMS sesi 2007/2008 ingin menjemput seluruh ahli DPMS ke Majlis Sambutan Aidil Adha 1428 H yang akan dilaksanakan pada :


Type rest of the post hereTarikh : 10 Dzulhijjah 1428 H bersamaan 19 Disember 2007
Hari : Rabu
Masa : 5.00 malam
Tempat : Dewan Syeikh Ahmad Al Arusi,Darul Irsyad

Antara agenda yang menarik adalah:
Renungan peristiwa korban
Takbir raya versi Malaysia
Perutusan hari raya dari Presiden PMRAM
Jamuan kesyukuran

selain itu,kepada ahli atau pun mana-mana individu yang ingin menyumbangkan bagi
kelancaran majlis ini amat dialu-alukan dan boleh menghubungi mana-mana AJKT DPMS

Majlis ini juga mengalu-alukan kepada tetamu dari luar Shibin el kom untuk bersama-sama menyerikan lagi majlis ini.
Baca Seterusnya...

Aidil Adha tetap meriah..!


Sambutan Aidil Adha tetap meriah di Dewan Perwakilan MAhasiswa Shibin El Kom pada tahun ini walaupun kedatangan Imtihan fasal pertama bagi sesi pengajian 2007 /2008 bakal menjelma. Sambutan Aidil Adha kali ini lebih meriah dengan kedatangan mahasiswa baru yang baru ditempatkan dibumi Shibin el kom.
Selain itu,sambutan Aidil Adha kali ini lebih berbeza dengan dibuat program oleh Unit Dakwah dengan melaksanakan majlis takbir Aidil Adha dari rumah ke rumah.Majlis tersebut mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari seluruh ahli.Ini kerana, majlis seumpama ini julung-julung kalinya diadakan di Shibin el kom yang mana majlis seumpama ini sering dijalankan di Dewan Syeikh Al Arusi. Majlis tersebut belangsung pada malam hari raya selepas masuk waktu maghrib bermula dari rumah ustaz Hafiz Yahya dan berakhir dirumah Ustaz Luqman Zakaria di bahagian mantiqah Abu Bakar.Pada pagi Aidil Adha,seluruh warga Shibin el kom berkumpul beramai-ramai di perkarangan Stadium Shibin El kom bagi mengerjakan ibdah solat sunat Aidil Adha bersama- sama warga arab. Khutbah Aidil Adha kali ini yang dikhutbahkan oleh wakil Universiti Al Azhar. Khutbah kali ini menyentuh tentang kesatuan umat Islam masa kini.
Setelah selesai solat sunat Aidil Adha selesai,seluruh ahli DPMS berkumpul beramai-ramai
sambil bermaaf-maafan sesama saudara disamping diserikan lagi dengan mengambil gambar kenang-kenangan.



Setelah itu,seluruh ahli beramai-ramai menuju ke bahagian atas rumah Ustaz Zanzuari untuk besama-sama bergotong royong menyembelih kambing yang akan dikorbankan.Pada tahun ini, pihak DPMS telah bersepakat untuk bersama-sama dengan ahli DPMS untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Pada majlis tersebut,pelbagai ragam serta karenah yang menghiburkan hati dengan kehadiran mahasiswa baru yang pertama kali melihat bagaimana kambing disembelih mengikut cara arab mesir menyembelih kambing yang disembelihkan oleh ustaz zanzuari Husain.



Pada sebelah malamnya,diadakan majlis sambutan Adil Adha yang diadakan didewan Syeikh Al Arusi,Darul Irsyad. Majlis tersebut diadakan dengan gemilangnya yang diserikan dengan pelbagai agenda antaranya renungan peristiwa korban,perutusan dari Presiden PMRAM,takbir raya veresi Malaysia dan pelbagai lagi.Majlis tersebut diserikan lagi dengan pengumuman rumah terbuka dari beberapa ahli bermula pada hari raya pertama sehinggalah hari raya keempat.


Wartawan Media Menoufia kami yang membuat liputan telah menemuramah beberapa mahasiswa baru serta tetamu dari luar Shibin mendapati bahawa sambutan Aidil Adha di DPMS amat berbeza sekali berbanding dengan tempat lain.Ini kerana kekuatan ukhuwwah sesama ahli DPMS masih lagi utuh dan kuat dapat dibina walaupun bilangan ahli DPMS adalah paling sedikit berbanding dengan dewan perwakilan mahasiswa yang lain.


Baca Seterusnya...

Gema Takbir AidilAdha 1428 H

Sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum,
Makluman kepada semua, DPMS akan menganjurkan Gema Malam Takbir AidilAdha 1428 H pada malam Hari Raya Pertama AidilAdha.
Majlis ini akan bermula pada jam 5.00 malam (selepas maghrib) yang akan dimulakan di rumah yang pertama iaitu rumah Ustaz Affendi di bahagian Murur Adim. Majlis ini akan diadakan disetiap rumah-rumah yang ditetapkan oleh DPMS. Untuk makluman,majlis ini merupakan majlis takbir raya yang pertama diadakan dari rumah ke rumah yang mana sebelum ini hanya diadakan di Dewan Darul Irsyad. Ini dirancang oleh pihak penganjur untuk menerapkan ziarah ukhuwwah dikalangan mahasiswa baru tentang kewujudan rumah-rumah ahli lama.

Antara tentatif majlis ini adalah "Takbir Raya versi Malaysia" dan ziarah antara rumah ke rumah.

Oleh itu, pihak penganjur mengharapkan kepada seluruh ahli DPMS dapat sama-sama menyertai majlis ini dan diminta kepada mahasiswa baru supaya menghubungi musyrif yang ditaklifkan untuk menjadi musyrif.

Harap maklum...!!



Baca Seterusnya...

Musim Sejuk Tiba, Exam Fasa 1 Bermula..... !

Sebagaimana diketahui bahawa imtihan fasal 1 dan juga imtihan takhaluf sudah pun disiarkan. Ini adalah demam yang paling digeruni oleh seluruh mahasiswa mahupun pelajar sekolah diseluruh Mesir.Demam ini juga turut dirasai oleh mahasiswa Al Azhar diseluruh cawangan bermula dari selatan hinggalah ke utara Mesir.Demam yang diramalkan merebak adalah "Demam Imtihan Fasa 1"..!.

Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El Kom juga dapat merasakan bahang imtihan yang melanda dari mahasiswa tahun satu hinggalah ke tahun empat bagi setiap fakulti. Situasi ini juga, telah mula melanda apabila ramai pensyarah-pensyarah kuliah mula memberikan nota-nota penting dan juga skema sukatan yang telah diajar, tambahan pula kedatangan Hari Raya AidilAdha yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh wartawan kami, ramai dikalangan ahli DPMS telah berlumba-lumba membuat kelas tutorial dan juga study group diantara mereka. Tempat yang menjadi sasaran utama adalah di dewan utama DPMS iaitu Dewan Syeikh Ahmad Al-Arusi, Darul Irsyad. Pelbagai cara atau tips-tips menjawab telah dikupaskan didalam kumpulan study group tersebut yang mana rata-rata ahlinya pulang ke "lubuk" sempena Imtihan.

Untuk makluman semua, pihak universiti Al Azhar cawangan Shibin el kom juga telah mengeluarkan pekeliling bahawa imtihan akan bermula pada 29 Disember 2007 ini dengan dimulai Imtihan Takhaluf sehingga 30 Disember 2007. Selepas itu, Imtihan Fasa 1 akan bermula pada 5 Januari 2008 termasuk juga fakulti bahasa arab.

Di samping itu, pihak Universiti telah mengeluarkan amaran awal tentang Imtihan takhaluf bagi sesi pengajian kedua dan juga Imtihan fasal kedua.Imtihan takhaluf bagi fasa kedua akan bermula pada 10 Mei 2008 dan Imtihan fasa kedua bermula pada 17 Mei 2007. Manakala, Imtihan Tasfiah juga akan berlangsung pada 6 September 2008 akan datang.

Kami juga telah menemuramah Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMS, Ustaz Hud Abd Rahman berkaitan situasi tersebut. Beliau menegaskan kepada seluruh ahli DPMS supaya mendapatkan jadual imtihan untuk fakulti masing-masing diruang legar universiti serta menumpukan kepada ulangkaji pelajaran.

Pengerusi DPMS, Ustaz Ahmad Farizan Abdul Hadi mewakili seluruh saf kepimpinan sesi 2007/2008 mengucapkan selamat menempuhi Imtihan fasa 1 serta selamat berjaya..!
Baca Seterusnya...