Miliki ARMA

Miliki ARMA

Satu Matlamat, Satu Tujuan


Jaulah Mahabbah Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El kom yang berlangsung pada 20 dan 21 Februari yang lalu telah membuahkan hasil persepakatan dan keukhuwahan sesama pimpinan dan ahli.

Pertemuan fasa pertama yang berlangsung di rumah Ustaz Muhammad Shurabil Mohd Ali Masa di bahagian mantiqah Istad telah di hadiri oleh hampir keseluruhan warga DPMS dibahagian tersebut.Sesi pertemuan jaulah mahabbah ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama pimpinan DPMS dan ahli bagi mencapai kesepakatan bersama membawa keizzahan DPMS serta merapatkan ikatan ukhuwwah.Disamping itu diadakan juga sesi muhasabah ahli kepada pimpinan DPMS bagi menyelaraskan serta melicinkan gerakan pembangunan kebajikan DPMS.

Fasa kedua juga berlangsung pada keesokan harinya yang berlangsung di rumah Ustaz Nordin Awang yang menghimpunkan ahli DPMS bagi mantiqah Abu Bakar.Agenda yang sama turut berlangsung seperti di mantiqah Istad dan diselitkan bersama sesi bacaan Yaasin sempena malam Jumaat.



Jaulah tersebut membuka ruang fikiran serta melebarkan lagi perkembangan pembangunan kebajikan terhadap ahli kepada pimpinan DPMS secara amnya,dan hadaf PMRAM secara khususnya.
Baca Seterusnya...

EHSAS 08 ; Penuh Kepuasan


Ekspedisi Rehlah Saedah semenanjung Sinai 08 yang dianjurkan oleh Unit Sambutan dan Rehlah DPMS pada 11 hingga 13 Februari yang lalu penuh kegembiraan dan keriangan terpancar dari seluruh peserta rehlah tersebut yang disertai oleh peserta dari luar dan dalam Shibin el kom.Ekspedisi yang bertolak dari Shibin el kom pada tepat jam 1 pagi waktu tempatan berkumpul di Dewan Syeikh Ahmad Al Arusi,menuju ke semenanjung Sinai dimana hampir 49 orang peserta termasuk komuniti pelaksana telah menyertainya.Ekspedisi berehat sebentar disempadan Suez tepat jam 4 pagi untuk menunaikan solat subuh serta sarapan.Ekspedisi mula memasuki sempadan melalui terowong Ahmad Hamdy merentasi terusan Suez yang digali pada tahun 1859-M oleh seorang jurutera Perancis semasa pemerintahan Said Basha.


Lokasi pertama yang dilawati adalah Uyun Musa yang terletak hampir 10km dari terusan Suez.Uyun Musa adalah merupakan tempat persingahan Nabi Musa A.S untuk bersuci setelah dikejar oleh tentera Firaun yang terletak ditengah-tengah perjalanan antara Suez dan Thur Sinai.Setelah itu ekspedisi menuju ke Kubu Israel yang terletak berhampiran dengan Uyun Musa.


Kubu Israel adalah kesan kubu yang dibina oleh tentera Israel semasa peperangan antara Israel-Mesir ketika pemerintahan Presiden Anwar Sadat.kubu tersebut dapat dihancurkan oleh tentera Mesir setelah diarahkan untuk memusnahkanya hanya menggunakan tembakan air.Arahan tersebut telah diarahkan oleh Syeikhul Azhar ketika itu Syeikh Abd Halim Mahmud menerusi mimpinya.

Ekspedisi diteruskan menuju ke timur semenanjung Sinai iaitu Taba.Sebelum tiba di Taba,ekspedisi berhenti sebentar di tengah-tengah lembah dimana terdapat satu cop mohor ketika pemerintahan khalifah Islamiah. Cop mohor tersebut dibina diatas dinding sebuah batu kapur yang terletak ditengah-tengah jalan.Ia dibina bertujuan sebagai petanda arah dari untuk umat Islam dibenua Afrika ketika itu untuk menunaikan haji ke Makkah.

Untuk tiba di Taba,ekspedisi terpaksa merentasi Banjaran Teh dimana kaum Bani Israel telah disesatkan oleh Allah S.W.T kerana keengganan mereka mematuhi arahan Nabi Musa A.S untuk berperang untuk mendapatkan tanah di Palestin.Ekspedisi merentasi banjaran selama hampir sejam.
Rombongan ekspedisi tiba di Taba tepat jam 1.30 tengahari dan peserta disajikan dengan bergambar beramai-ramai di depan Hotel Hilton yang bersempadan dengan Mesir-Israel.
Setelah itu peserta ekspedisi disajikan dengan hidangan makan tengahari oleh komuniti pelaksana setelah solat Jama' berjamaah disebuah masjid disitu.Setelah itu,peserta melawat kubu Salahuddin Al Ayubi yang berhampiran dengan sempadan Israel.Kubu tersebut dibina semasa pemerintahan Jeneral Salahuddin Al Ayubi bagi melawan tentera Salib. Kubu tersebut merupakan tempat strategik untuk peperangan yang mana boleh menguasai empat negara iaitu Arab Saudi,Jordan,Israel dan Mesir.




Ekspedisi diteruskan menuju ke tengara Semenanjung Sinai iaitu Dahab.Ekspedisi tiba di Dahab tepat jam 7 malam dan peserta mula memasuki hotel yang ditempah oleh pihak komuniti pelaksana.
Dahab merupakan tempat pelancongan yang masyhur dikalangan pelancong barat kerana ia murupakan tempat persingahan yang berada di tepi pantai Laut Merah.Ia menjadi tumpuan kerana aktiviti Scuba Diving yang menjanjikan permandangan dasar laut yang menarik.Ekspedisi bermalam semalaman di Dahab sambil mengambil kesempatan membeli cenderamata kenangan serta meninjau permandangan pantai Laut Merah.
Disebelah paginya,peserta dibawa ke Blue Holes,iaitu tempat snorkling yang paling menarik disitu.Peserta menghabiskan hampir dua jam untuk menikmati permandangan dasar laut yang begitu menarik.




Ekspedisi diteruskan lagi menuju ke St Chatrienne,iaitu tempat terdapatnya sejarah besar Nabi Musa A.S.
Didalam pertengahan perjalan,ekspedisi berhenti seketika di sebuah tempat permandangan indah.Peserta begitu seronok mengambil gambar permandangan yang jarang sekali ditemui.

Ekspedisi tiba di St Chatrinne tepat jam 2 petang dan dibawa melawat maqam Nabi Saleh A.S,maqam Nabi Harun A.S, kesan lembu Samiri,Airmata 12 kaum Nabi Musa A.S,serta Wadi Arbaein.





Peserta berehat seketika disebuah Fox Camp sambil menikmati makan malam serta bersiap sedia sebelum meneruskan ekspedisi pendakian ke Jabal Musa.


Ekspedisi pendakian mula bergerak mendaki tepat jam 1 pagi yang diselubungi kesejukan hampir mencecah paras negatif.Peserta mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai di puncak dimana tempat Nabi Musa A.S bermunajat kepada Allah S.W.T selamat 40 hari.Peserta tiba dipuncak tepat jam 4 pagi sambil menunggu waktu subuh.

Setelah menunaikan solat Subuh berjamaah,peserta bersama-sama mengambil gambar kenangan sambil berhimpit-himpit bersama pelancong asing yang turut sama bergambar.Tahap kesejukan di puncak dikhabarkan hampir melebihi paras negatif disamping tiupan angin sejuk dipuncak bukit.



Ekspedisi mula menuruni Jabal Musa jam 7 pagi serta berehat sebentar di perkampungan Nabi Shuib A.S yang terletak ditengah-tengan banjaran Jabal Musa.Disamping itu juga,peserta berkesempatan mengambil gambar kenangan yang begitu indah sekali.




Peserta tiba di kaki bukit jam 9 pagi dan rata-rata peserta keletihan kerana banyak kehabisan tenaga ketika pendakian.Sebelum tiba ditempat perhentian,peserta diberi peluang untuk masuk sebuah gereja tertua didunia iaitu Gereja St Chatrinne.

Ekspedisi diteruskan dengan lokasi lawatan yang terakhir iaitu Hamam Firaun yang terletak di barat Semenanjung Sinai.Hamam Firaun adalah sebuah kolam air panas yang terdapat didalam sebuah gua yang dikatakan tempat pengawetan Firaun setelah ditenggelam bersama tenteranya sebelum disemadikan.Kolam air panas ini dikatakan sesuai untuk rawatan masalah kulit dan menjadi tumpuan pelancong Asia dan barat.

Didalam perjalanan,diadakan satu majlis penutup ringkas serta diumumkan peserta terpantas mendaki,peserta luar terbaik dan peserta terbaik.Bagi peserta terpantas dan terbaik adalah Mohd Najid Mohamed manakala bagi peserta luar terbaik adalah Muhammad Shahid Pauzan dari Kaherah.

Ekspedisi tiba di Shibin jam 8 malam sambil diiringi oleh pihak keselamatan Mesir yang bertugas untuk mengiringi pelancong yang berada di Mesir.

Wartawan Media Menoufia menemuramah keseluruhan perserta,dan rata-rata merasakan kepuasan bersama ekspedisi tersebut dan wujud bibit-bibit ukhuwwah diantara peserta dalam dan luar Shibin el kom.
Baca Seterusnya...

Jaulah Mahabaah AJKT DPMS 07/08

sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum W.B.T
Pihak Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El kom sesi 2007/2008 ingin menjemput kepada seluruh ahli DPMS ke "Jaulah Mahabbah Ahli Jawatankuasa Tadbir DPMS" pada;

Fasa 1 (mantiqah Istad)
Tempat : Rumah Ust.Shurabil (STAM)
Tarikh : 20 Februari 2008 bersamaan 13 Safar 1429 H
Masa : Selepas Solat Maghrib(solat disana)

Fasa 2 (mantiqah Abu Bakr)
Tempat : Rumah Ust.Nordin Awang
Tarikh : 21 Februari 2008 bersamaan 14 Safar 1429 H
Masa : Selepas Solat Maghrib(solat disana)

Antara agenda menarik;
Taaruf AJKT DPMS sesi 07/08
Taqwim DPMS
Aduan masalah

sila ikuti mantiqah masing-masing
seluruh ahli dpms dijemput hadir
Baca Seterusnya...

Menoufia F.C kempunan lagi..!


Skuad Menoufia F.C 08 tampil dengan barisan pemain baru, semangat baru,stategi baru, Pegurusan baru berbeza dengan Piala Malaysia 07 sebelum ini namun gelombang kemaraan Skuad Menoufia f.c di kejohanan Piala Presiden PMRAM 2008 tersekat selepas sekadar seri dengan Skuad negeri Melaka 0-0 sekaligus gagal untuk melayakan diri ke peringkat suku akhir

Skuad Menoufia f.c yang diundi bersama-sama pasukan Johor,Melaka,Kemboja,Perak dan Zaqazik di kumpulan C telah menunjukkan aksi yang begitu mantap.Menoufia f.c yg dibimbing oleh pengurus pasukan Ust. Aminuddin Alias telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sejak kenaikan beliau.
Perlawanan pertama pada 2/2/2008 yang menyaksikan skuad Menoufia bertemu dengan pasukan negeri Johor yang mana menyaksikan kekalahan 2-0.Pasukan Johor begitu rakus menyumbat gol hasil dari sedikit kesilapan pertahanan yang yang belum mendapat keserasian lalu menewaskan penjaga gol utama Nasrullah Che Halim.Pengurus pasukan Menoufia f.c mengulas bahawa faktor kekalahan tersebut adalah disebabkan gemuruh dan kesilapan teknikal percaturan.Namun permainan dapat dikawal sebaiknya oleh skuad Menoufia f.c.


Hari pertama juga belangsung perlawanan antara Menoufia f.c menentang pasukan jemputan PMRAM iaitu pasukan dari negara Kemboja (Cambodia).Perlawanan ini menyaksikan skuad Menoufia f.c sekadar seri 1-1. Gol penyamaan skuad Menoufia f.c dijaringkan oleh Ust Azmi Abdullah hasil hantaran lintang pemain tengah sensasi Ust. Wan Tarazi Wan Hamzah melewati kaki Azmi lalu dirembat kencang menewaskan penjaga gol Kemboja sekaligus melenyapkan impian untuk menang yang mana lebih awal menjaringkan gol di babak separuh masa pertama. Keadaan tidak berubah sehingga wisel penamat dengan keputusan penuh seri 1-1.


Perlawanan seterusnya pada 5/2/2008 menyaksikan pertemuan dengan pasukan negeri Perak dimana skuad bimbimgan Ustaz Zulhazwan Ismail selaku Kapten pasukan telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Gol tunggal yang dijaringkan oleh penyerang sensasi Ust Hairul Hafiz Amri yang meledakan gol ke gawang Perak apabila bola muntah tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Perak. Kegagalan Perak membalas jaringan berlanjutan sehingga tamat permainan.Kejayaan ini merupakan kemenangan pertama bagi skuad Menoufia f.c sekaligus menyapu 3 mata penuh.


Pada hari yang sama juga menyaksikan pertemuan antara skuad Menoufia f.c menentang pasukan Zagazik.Perlawanan ini menyaksikan kemenangan berganda skuad Menoufia f.c untuk memastikan 3 mata penuh menjadikan jumlah pengutan mata ketika itu 7 mata.Peluang muncul apabila Skuad Menoufia f.c dihadiahkan sepakan percuma oleh pengadil perlawanan setelah Ust Zulhazwan dikasari.Sepakan tersebut disempurnakan oleh beliau sendiri yang menghasilkan gol kemenangan apabila Ust Abdullah Khairi Mohd Sapien berjaya mengelirukan penjaga gol Zaqazik.




Perlawanan terahir peringkat kumpulan C pada 6/2/08 yang juga merupakan perlawanan penentuan untuk ke peringkat suku akhir menyaksikan pertembungan sengit dengan pasukan negeri Melaka.Skuad Menoufia f.c yang menguasai perlawanan tersebut gagal memecah kebuntuan untuk menghasilkan gol sekalipun peluang demi peluang dihasilkan.Keadaan ini berlanjutan sehingga tamat perlawanan dengan sekadar seri tanpa sebarang jaringan.Skuad anak didik Ust Aminuddin Alias terpaksa berpuas hati ditempat ketiga peringkat kumpulan setelah gagal memungut 3 mata penuh pada perlawanan tersebut.Skuad Menoufia f.c hanya berjaya mengumpul 8 mata berbanding Zaqazik dan negeri Melaka masing-masing 10 mata.




Apabila Wartawan kami menemuramah sebilangan permain Menoufia f.c rata-rata merasakan berpuas hati dengan tahap permainan serta wujud bibit-bibit ukhuwah walaupun gagal untuk meneruskan perjuangan.





Namun seluruh warga Media Menoufia serta kepimpinan AJKT DPMS mengucapkan tahniah dan syabas serta selamat maju jaya kepada skuad Menoufia f.c.Majulah sukan untuk PMRAM..!
Baca Seterusnya...