Miliki ARMA

Miliki ARMA

Wakil PMRAM Ke Pejabat Ketua Menteri Melaka

Wakil PMRAM Ke Rumah Kediaman, Pejabat Rasmi Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 24 Januari - Wakil PMRAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah melakukan kunjungan ke kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam. Turut bersama ialah Saudara Labibn Abdul Jalil, Mantan Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2009 dan Saudara Amaluddin, mantan Setiausaha Agung PMRAM 2009.

Kunjungan tersebut hadir seawal jam 8.00 pagi di tempat kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Melaka. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi menyerahkan surat penjelasan mengenai tuduhan dikenakan ke atas PMRAM ketika lawatan rasmi Dato Seri Ali Rustam ke Mesir bagi merasmikan wisma baru Melaka baru-baru ini.

Namun perjumpaan tersebut terpaksa ditunda ekoran Dato Seri terpaksa menghadiri mesyuarat khas berikutan keja bagi pengurusan suruhanjaya pilihanraya ekoran kematian ADUN Merlimau, Dato Mohamad Hidhir pada hari Jumaat baru-baru ini. Dan juga Dato Seri dijadualkan akan ke Tenang selepas daripada mesyuarat tersebut.
Oleh hal yang demikian wakil PMRAM mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha bagi Ketua Menteri, Puan Suraha di pejabat rasmi Ketua Menteri. Dalam pertemuan itu selain menyatakan dan memperjelaskan tuduhan ke atas PMRAM, isu berkaitan anak-anak Melaka turut disuarakan bagi kebajikan anak-anak Melaka di Mesir. Perbincangan hampir selama 40 minit tersebut disambut baik oleh pihak Setiauasaha Ketua Menteri.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak Dato Seri kerana sudi menerima kunjuangan kami walaupun terpaksa bertukar jadual ekoran kerja-kerja penting yang berlaku. Kita harap perkara perbincangnan yang baik sebegini dapat dijalankan dari masa ke semasa,", ujar Saudara Muhamad Zuhaili Saiman
Baca Seterusnya...

Pelajar Meninggal Dunia

Pelajar Meninggal Dunia Akibat Keracunan Gas Pemanas Air

ISKANDARIAH, 17 Jan - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merakamkan ucapan takziah atas musibah yang menimpa mahasiswi Perubatan Iskandariah, Almarhumah Nurul Iman Bt Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi di Hospital Salamah setelah dikejarkan ke hospital tersebut. Pihak hospital juga telah mengesahkan bahawa almarhumah mengalami keracunan gas(Carbon Monoxide Poisoning) berpunca daripada kebocoran gas pemanas air.

"Kes kebocoran gas pemanas air di Mesir kerap berlaku dan ianya pernah meragut nyawa mahasiswi Singapura sebelum ini", ulas Naib Presiden III PMRAM Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Saudara Mohd Farkhan B Md Zain.

Beliau juga mengingatkan mahasiswa supaya menjaga dan memeriksa pengudaraan tandas atau bilik mandi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sehingga kini, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Saudari Norhafiza Bt Abd Wahab dan Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM Saudari Norhasyimah Bt Hassan telah bergegas ke Iskandariah bagi membantu pengurusan di sana setelah mendapat panggilan mengenainya.

Makluman selanjutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui Yahoo Messenger PMRAM, Facebook dan AJKT Kebajikan Cawangan masing-masing. Semoga almarhumah ditempatkan bersama para solihin.
Baca Seterusnya...

Kronologi Khas Isu BKAN Melaka

KRONOLOGI PROVOKASI PENUKARAN
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM)
KEPADA SUATU KOMUNITI BARU YANG DIBERI NAMA
IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM)



28.12.2010 Selasa

11.00 pagi
• Bertempat di kediaman rasmi Y.Bhg TYT Prof Madya Dr. Fakruddin Bin Abdul Mukti, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menyatakan di dalam ucapannya untuk menukar persatuan yang sedia ada ( BKKIMM ) kepada persatuan baru yang tiada kaitan dengan PMRAM yang dianggap sebagai persatuan yang mirip kepada parti pembangkang.

• Di dalam ucapan YAB Datuk Seri juga telah mengumumkan persatuan yang bakal menggantikan BKKIMM diberi nama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ).

• Di dalam ucapannya juga, beliau turut menyifatkan bahawa persatuan dan orang-orang lama di dalam BKKIMM sekarang adalah hipokrit.

• Para delegasi Kerajaan Negeri Melaka dan Pegawai EM, Encik Khairi Jalaluddin yang turut serta di dalam majlis ucapan beliau turut menyokong apa yang diperkatakan YAB Datuk Seri.

12.00 tengah hari
• Maklumat diterima daripada perbualan para delegasi Kerajaan Negeri bahawa selepas majlis di kediaman Y.Bhg TYT Datuk Duta, YAB Datuk Seri akan mengadakan lawatan ke Wisma Melaka (rumah lama) sejurus selepas majlis tersebut berakhir.

• AJKT BKKIMM yang tidak bersama dalam majlis tersebut telah dimaklumkan oleh YDP berkenaan perkara tersebut dan mereka bergegas ke Wisma Melaka untuk bersiap sedia menerima lawatan tersebut.

2.45 petang
• Para delegasi telah tiba di Wisma Melaka bagi menyambut ketibaan YAB Datuk Seri.

3.30 petang
• Ketibaan YAB Datuk Seri di Wisma Melaka dan perbincangan berkenaan status Wisma telah dijalankan secara tidak langsung.

8.00 malam
• Ketibaan YAB Datuk Seri di Wisma Melaka Baru untuk merasmikan bangunan tersebut.

• Program Majlis Perasmian Bangunan baru bermula. YAB Datuk Seri telah memberi ucapan perasmian dan telah menyampaikan hadiah kepada mahasiswa/wi yang telah berjaya dalam peperiksaan sesi lepas.

•Jamuan makan malam.

11.30 malam
• Majlis dialog anak-anak Melaka di Mesir bersama YAB Datuk Seri. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Abu Bakar Bin Abdul, Pengurus Besar TAPENM.

• Sebanyak enam soalan telah diajukan kepada YAB Datuk Seri.

• Diantara soalan yang telah diajukan adalah mengenai ucapan YAB Datuk Seri pada majlis di kediaman rasmi Y.Bhg TYT untuk menukarkan persatuan yang telah sedia ada kepada persatuan yang baru.

• YAB Datuk Seri telah menyatakan bahawa perkara itu benar dan beliau telah berbincang dengan para delegasi kerajaan negeri serta Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir untuk menubuhkan persatuan baru yang dinamakan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ).

• Beliau beranggapan bahawa persatuan yang telah sedia ada mempunyai kerjasama yang rapat dengan PMRAM, yang dianggap satu persatuan yang berhaluan kiri.

• Dalam ucapannya juga, beliau telah menyatakan bahawa BKKIMM telah diberi masa 10 tahun bermula pada tahun 2000 untuk memutuskan hubungan dengan PMRAM akan tetapi BKKIMM gagal melaksanakannya. Beliau juga mendakwa bahawa perlembagaan BKKIMM masih meletakkan PMRAM sebagai penaung.

• Seramai lapan ahli BKKIMM telah bangun memberi respon mengenai kenyataan YAB Datuk Seri itu. Semua yang memberi respon tidak bersetuju dengan penubuhan IMAM kerana mereka percaya bahawa persatuan yang telah sedia ada iaitu BKKIMM sudah memadai dan telah menaungi anak-anak Melaka di Mesir sejak tahun 1976 lagi.

• Di antara respon yang telah diberikan ialah BKKIMM tidak bekerjasama dengan PMRAM secara langsung akan tetapi hanya mengambil beberapa manfaat daripada persekutuan tersebut iaitu mengenai pendidikan, kebajikan dan hisbah. Ini adalah untuk kepentingan anak-anak Melaka sendiri dan perkara tersebut telah dipersetujui oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir dalam mesyuarat bersama AJKT BKKIMM.

• Majoriti ahli-ahli BKKIMM yang hadir dalam majlis dialog tersebut ( merangkumi mahasiswa pengajian islam dan perubatan ) turut memberi sokongan dengan berdiri beramai-ramai ketika diminta berbuat demikian. YDP BKKIMM, Us. Harman Bin Hassan telah menenangkan keadaan dan meminta semua ahli untuk duduk kerana beliau percaya bahawa YAB Datuk Seri datang ke Mesir dengan niat yang baik serta pintu perbincangan bersama YAB Datuk Seri masih lagi terbuka.

• Walaupun sokongan untuk mengekalkan BKKIMM sangat kuat dan menolak IMAM, YAB Datuk Seri menegaskan beberapa kali bahawa ini adalah keputusan muktamad Kerajaan Negeri Melaka di mana persatuan yang ada sekarang (BKKIMM) tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.

• Melihat respon anak-anak Melaka yang cuba mempertahankan BKKIMM dengan soalan-soalan dan pertanyaan yang bertalu-talu, YAB Datuk Seri segera menamatkan sesi dialog tersebut.

1.00 pagi
• Sesi dialog tamat dan semua ahli masih lagi tidak berganjak daripada dewan.

• Ramai ahli yang masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. AJKT cuba menenangkan ahli dan meminta supaya ahli mengadakan solat hajat dan berdoa supaya BKKIMM akan terus dipertahankan.

• Majlis bersurai.





29.12.2011 Rabu

5.00 petang
• Perjumpaan YAB Datuk Seri bersama anak-anak Melaka bertempat di Internasional Bowling Center (IBC), bertujuan untuk beramah mesra bersama anak-anak Melaka sambil mengadakan pertandingan bowling. Turut hadir pada pertemuan tersebut ahli-ahli Kelab Umno Mesir.

• Pada asalnya mengikut tentatif yang telah disusun oleh urusetia delegasi, perjumpaan YAB Datuk Seri khusus bersama anak-anak Melaka adalah pada hari rabu bertarikh 29.12.2010 jam 2.30 petang dan bukan pada malam 28.12.2010. Akan tetapi tentatif telah diubah di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

9.00 malam
• Sesi dialog YAB Datuk Seri bersama AJKT BKKIMM dijadualkan pada ketika itu telah dibatalkan dengan alasan YAB Datuk Seri kesuntukan masa.





30.12.2010 Khamis

3.00 petang
•Perjumpaan yang dirancang oleh para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama calon AJK bayangan IMAM, AJKT BKKIMM serta ahli-ahli BKKIMM dibatalkan oleh delegasi.

•Perjumpaan dimaklumkan akan ditunda pada waktu malam.

8.00 malam
•Perjumpaan sekali lagi dibatalkan oleh delegasi atas sebab-sebab yang tidak diketahui dan mereka telah mengadakan mesyuarat di rumah Puan Salwa Binti Jasman (kakitangan EM).

•Maklumat yang diterima, perjumpaan bersama para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama calon AJK bayangan IMAM, AJKT BKKIMM serta ahli-ahli BKKIMM akan diadakan pada pagi esoknya.





31.12.2010 Jumaat

9.00 pagi
• Para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa/wi perubatan tajaan TAPENM. Seramai lima siswa perubatan dan enam siswi yang hadir pada perjumpaan tersebut. Mereka telah diugut dengan pinjaman TAPENM jika tidak memberi kerjasama yang baik dengan IMAM.

2.00 petang
• Perjumpaan delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama mahasiswa/wi perubatan dijadualkan akan diadakan sekali lagi, tetapi telah diminta oleh salah seorang siswa perubatan agar perjumpaan tersebut melibat semua ahli-ahli BKKIMM. Pada awalnya delegasi tidak bersetuju dengan cadangan ini dan setelah diminta berkali-kali delegasi menerima permintaan tersebut.

• AJK bayangan IMAM yang dijangka akan diisytiharkan pada perjumpaan kali ini bertukar menjadi sesi dialog di antara ahli Melaka dengan delegasi.

• Di antara soalan yang telah diajukan ialah, adakah IMAM ini satu persatuan atau hanya sebagai satu komuniti pelaksana dan jika ia hanya sebagai satu komuniti pelaksana, maka ia tidak memerlukan pendaftaran ahli.

• Respon yang diberi oleh En. Abu Bakar Bin Abdul ialah, IMAM merupakan satu komuniti pelaksana bagi mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti. Ia bersifat universal dan akan diwujudkan di semua universiti tempatan di Malaysia.

• Di antara cadangan yang diajukan ialah, jika benar IMAM ini adalah satu persatuan pelajar, maka pemilihan AJKT IMAM mesti dibuat melalui pilihanraya. Akan tetapi cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh para delegasi tanpa sebarang alasan.





1.1.2011 Sabtu

6.00 petang
• Kepimpinan BKKIMM telah mengadakan Majlis Sidang Media dan Majlis Penerangan Isu di Wisma Seri Melaka (rumah baru) bagi merungkai segala persoalan ahli-ahli BKKIMM serta seluruh mahasiswa di Mesir berkaitan isu ini. Dewan Wisma Seri Melaka telah dipenuhi oleh ahli-ahli BKKIMM serta beberapa wakil kepimpinan dari DPM dan BKAN yang turut memberi sokongan padu kepada BKKIMM.

• Rata-rata ahli luar yang hadir memberi jaminan bagi menawarkan beberapa sumbangan kepada ahli BKKIMM seperti tempat program jika ahli BKKIMM disekat berbuat demikian di Wisma Seri Melaka.

• Majlis tersebut turut meriah apabila mendapat ucapan dan kalam taujihat daripada wakil mantan kepimpinan Pusat dan mantan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Mereka yang memberi ucapan turut menjelaskan berkenaan isu penarikan zakat yang pernah berlaku kepada anak-anak Selangor di Mesir. Jika perkara yang sama berlaku di Melaka, maka Melaka menjadi tempat kelima diugut sedemikian rupa selepas negeri Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

• Walau bagaimanapun majlis tersebut tidak dapat dihadiri oleh sebahagian siswi baru perubatan oleh kerana beberapa AJK bayangan IMAM (siswa) membawa siswi tersebut untuk makan malam di Baitulhasanah.





3.1.2011 Isnin

3.15 - 5.20 petang
• Berita dari Tanah Air : Delegasi kerajaan yang telah pulang ke Malaysia telah mengenakan serangan peribadi terhadap dua orang siswi serta seorang siswa Melaka di Mesir dengan mengatakan mereka telah terlibat dengan persatuan yang mempunyai agenda politik pembangkang tanpa sebarang bukti yang kukuh.

• Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah memanggil YDP BKKIMM untuk berbincang mengenai beberapa perkara berkenaan isu ini.

• Di dalam pertemuan tersebut, YDP telah meminta jaminan daripada Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bahawa tidak akan ada mahasiswa/wi yang ditarik pinjaman dan zakat dengan isu ini.

• Tiada sebarang respon daripada Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir berkenaan permintaan YDP BKKIMM ini sebaliknya Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah membuka perbincangan berkenaan hal lain.




4.1.2011 Selasa

7.00 pagi
• Roadshow Penerangan Isu BKKIMM ke muhafazah Zagaziq bagi menerangkan isu provokasi penukaran BKKIMM kepada IMAM.

3.00 petang
• Roadshow berlangsung di muhafazah Mansurah.

9.00 malam
• Roadshow berlangsung di muhafazah Tanta.




6.1.2011 Khamis

8.00 pagi
• Berita dari Tanah Air : Sekali lagi berlaku serangan peribadi terhadap seorang lagi siswi Melaka di Mesir oleh seorang pegawai kerajaan negeri yang merupakan delegasi ke Mesir. Siswi tersebut juga telah diberi amaran keras dan akan ditarik pinjaman dan zakat (TAPENM) jika masih bersama BKKIMM.

Promosi

bicara pedusi ads.png

ads di web.png
KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg
PMRAM
Baca Seterusnya...

Makluman Terbaru SPR PMRAM

Dimaklumkan bahawasanya, pihak Suruhanjaya Piliharaya (SPR) PMRAM telah menerima aduan berkenaan kekeliruan penafsiran undang- undang Tubuh PMRAM dan mengakui terdapat kekeliruan yang berlaku pada penafsiran Undang-undang Tubuh PMRAM pada Bab 4(B) Badan Pengurus, Fasal 26 (2) Keanggotaan, yang menyebut;

“Tempoh keahlian keanggotaan dalam Badan Pengurus ialah selama tiga tahun dan pengekalan satu pertiga anggota hendaklah dibuat setiap tahun. Pembentukan majls baru dilakukan bersama dua pertiga anggota baru yang dipilih dalam Muktamar.”

Berdasarkan penafsiran tersebut, bilangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam (AJKT HEWI) PMRAM mestilah mengikut bilangan pemilihan Badan Pengurus PMRAM.

Oleh yang demikian, pihak SPR PMRAM dengan rasminya memutuskan, pilihanraya Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI PMRAM sesi 2011 akan diadakan bagi memilih 10 kerusi sahaja daripada 12 calon yang berdaftar sebelum ini. Tarikh dan waktu rasmi pilihanraya HEWI PMRAM akan dimaklumkan melalui saluran rasmi SPR PMRAM.
Sebarang keputusan SPR PMRAM adalah muktamad. (klik pada gambar atau sini untuk paparan lebih jelas)

Yang Benar,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM
sesi 2010
Baca Seterusnya...

IKLAN IMTIHAN



kami daripada AJKT Dewan Perwakilan Mahasisiwa MAlaysia Shibin El-Kom (DPMS) mengucapkan selamat menjalani imtihan kepada seluruh mahasiswa yang belajar di perlembahan nil ini dan mendoakan agar kita semua diberi kemudahan oleh Allah S.W.T dan di berikan kejayaan insyaAllah.Bittaufik wan Najjah.

Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah Baca Seterusnya...

Isu BKAN Melaka :

Isu BKAN Melaka : Pertahankan Kesatuan Fokuskan Pelajaran

KAHERAH, 31 Dis - Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam ke bumi Mesir untuk merasmikan bangunan baru pelajar-pelajar Melaka Mesir menimbulkan persoalan kepada seluruh penuntut Malaysia di sini apabila Ketua Menteri menyuarakan hasratnya untuk mewujudkan persatuan baru yang menaungi anak-anak melaka Mesir iaitu Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir(IMAM).

Khabar yang kurang menyenangkan ini sememangnya sedikit sebanyak telah menggangu tumpuan dan konsentrasi pelajar-pelajar Melaka terhadap pelajaran lebih-lebih lagi sekarang ini merupakan waktu terdesak untuk pelajar-pelajar membuat persediaan sempena peperiksaan semesta pertama yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

PMRAM melalui Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, Saudara Abdul Aziz bin Ali, mengharapkan kepada seluruh warga Melaka Mesir supaya bersabar di atas segala masalah yang menimpa dan terus mempertahankan kesatuan ahli-ahli Melaka di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Jangan jadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang dapat melemahkan dan menjatuhkan semangat dan integriti kita selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam yang menuntut di Mesir ini.

Apa yang lebih penting sekarang kepada ahli-ahli Melaka, janganlah mudah menyerah kalah dengan permasalahan yang berlaku ini. Teruskan memberi fokus dan lakukan persiapan sebaik mungkin demi mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan nanti.
Baca Seterusnya...

PMRAM-kecewa apa yang menimpa (BKKIMM)

PMRAM Kecewa Dengan Isu Yang Menimpa BKAN Melaka

KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan hanya sekadar berlegar di kalangan mahasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.

Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.

"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.

Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.

Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.
Baca Seterusnya...