Miliki ARMA

Miliki ARMA

Pulangnya Tiga Perwira Kita




Tiga Perwira Shibin telah kemabli ke tanahair dengan memikul harapan yang telah mereka gapai di bumi anbia ini. Walau kita disini bersedih namun sebenarnya tanahair kita lebih gembira dengan kepulangan mereka..Semoga kepulangan mereka membawa satu rahmat dan keberkatan kepada umat setempat.

Ustaz Farizan,Ustaz Faisal dan Ustaz Hud pulang dari bakti memikul perjuangan


Setelah sekian lama mencurah keringat menimba ilmu di perlembahan nil ini tiba juga saat yang ditunggu untuk terbang pulang membawa sejuta kenangan bersama sahabat2 di shibin el~kom, ilmu yang di timba selama ini sama ada dalam kuliah atau di luar kuliah semua itu pasti akan dimanfaatkan dengan sebaiknya berbekalkan ilmu dalam kuliah serta ilmu berpersatuan memang menjadi aset yang amat2 diperlukan bagi mendepani ummah di masa sekarang.


kepulangan Ust Farizan abd hadi selaku mantan pengerusi dpms 07/08 sebelum di ikuti kepulangan Ust Faisal Dziauddin (mantan penasihat 07/08) bersama Ust Hud Abdul Rahman ( mantan unit pengetahuan & pendidikan )seminggu kemudian menambahkan semangat & menjadi motivasi kepada ahli shibin untuk terus berusaha dalam menjadikan mereka sebagai role model dari sudut belajar dan berpersatuan. Ust hud Abd Rahman yang mendapat natijah Jayyid memang patut dijadikan teladan kepada ahli shibin yang sedia maklum bahawa imtihan sudah tidak lama lagi jika kita betul2 hitung masa yang ada cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi jika ditolak masa makan,minum..tidur..etc



kepulangan mereka juga tidak dapat tidak pasti meninggalkan sejuta kenangan yang pasti tidak akan dilupakan kepada ahli shibin el~kom lebih2 lagi kepada ahli bait mereka..
kepulangan Ust Faisal yang pertama kalinya setelah menjijakkan kakinya ke bumi anbiya ini setelah enam tahun pasti menjadi akan menambahkan kegembiraan kepada keluarga beliau sempena aidiladha yang baru sahaja berlalu. Enam tahun memendam rindu berpisah dengan keluarga dan hanya bertanya khabar melalui e-voiz pasti terubat bila tibanya di KLIA,

"patah tumbuh -hilang berganti" itulah yang kami harapkan disini walaupun bilangan ahli shibin semakin berkurang tambah2 lagi tidak ada seorang pun pelajar baru yang datang ke sini , memetik ucapan pengerusi "jangan jadikan minoriti itu satu kelemahan bahkan jadikannya sebagai satu kekuatan ,lihatlah dari susut yang positif seperti dengan sedikit ahli ini kita akan lebih kuat ukhuwah antara ahli, semangat untuk menjayakan program lebih besar dan peratusan kehadiran ke program juga tinggi jika dinisbahkan kepada muhafazah2 yang mempunyai ahli yang ramai.."

Akhirnya kami selaku ahli shibin el~kom mengucapkan alfu syukran atas segala jasa bakti yang dicurahkan untuk dpms serta dikesempatan ini kami ucapkan selamat berjuang dalam medan yang sebenar setelah memperkasakan segala kelengkapan disini..dan harapan kami janganlah perpisahan ini menjadi batu penghalang untuk kita saling berhubung antara satu sama lain, bertepatan sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis :

قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ( متفق عليه )

Maksudnya : 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu : pada hari akhirat nanti iaitu :
Golongan pertama ialah pemimpin yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil, Golongan kedua ialah pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T, Golongan ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, Golongan keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman ,Golongan kelima ialah seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah, Golongan keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, Golongan ketujuh ialah seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya..."

Baca Seterusnya...

Majlis Sambutan Aidil Adha 1429 H (MAJID)


Sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum WBT
Pihak Unit Kebajikan & Kemanusian (UKK) dengan kerjasama Unit Dakwah & Pembangunan Insan (UDPI) DPMS ingin menganjurkan "Majlis Sambutan Aidil Adha 1429 H" (MAJID) yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 11 Zulhijjah 1429 H bersamaan 9 Disember 2008
Tempat : Darul Irsyad
Jam : 5.00 malam

Bagi majlis sembelihan korban adalah seperti berikut;

Tempat : Rumah Ustaz Zanzuari Hussain
Jam : 8.00 pagi
Tarikh : hari yang sama

**Sila bawa pisau untuk proses melapah dan memotong daging

Seluruh Ahli DPMS serta warga luar Shibin el kom dijemput hadir


Baca Seterusnya...

Gema Takbir Aidil Adha 1429H

sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum W.B.T
Pihak Unit Dakwah & Pembangunan Insan (UDPI) dengan kerjasama Unit Kebajikan & Kemanusian (UKK) DPMS ingin menjemput kepada seluruh ahli DPMS untuk bersama-sama ke majlis "GEMA TAKBIR AIDIL ADHA 1429H" yang akan berlangsung pada ;


Tarikh : 9 Zulhijjah 1429 H bersamaan 7 Disember 2008
Tempat : Dewan Syeikh Ahmad Al Arusy , Darul Irsyad
Jam : 7.00 malam

Antara agenda menarik;
- Takbir Raya (versi Malaysia)
- Tazkirah Aidil Adha
- Perutusan Hari Raya oleh Presiden PMRAM
- Ucapan Raya dan pengumuman rumah terbuka
- Jamuan

Seluruh ahli DPMS serta warga luar Shibin dijemput hadir..!!


Baca Seterusnya...

Majlis Motivasi , pelancaran Study Group serta pelantikan ketua setiap fakulti

Pada tarikh 10 november 08 bersamaan 12 zulqaedah 1429h iaitu pada hari isnin bertempat di Dewan Syeikh Ahmad Al~ rusi (Darul Irsayad) Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El~Kom telah berjaya menganjurkan program motivasi serta pelancaran study group & pelantikan ketua fakulti di bawah anjuran Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMS (UPEP).





mengikut agenda yang telah dirancang pihak penganjur telah bersetuju untuk menjemput BP PMRAM untuk hadir, namun kita merancang Allah juga merancang & Allah jualah sebaik2 perancang..pihak BP tidak dapat hadir di saat akhir..
walau bagaimana pun program tetap diteruskan dengan jayanya walaupun tampa kehadiran penceramah yang diundang.
Majlis tersebut yang dipengerusikan oleh Ust Hairul Hafiz Amri berjaya di teruskan dengan diisi oleh Ust Aminuddin Alias selaku Pengerusi DPMS

program yang dirancang bermula sekitar jam 6.00 mlm terpaksa ditunda sehingga ke 7.45 mlm, ini kerana ahli dpms masih belum memenuhi dewan,
pengerusi DPMS dalam ucapannya menyatakan kesedihan beliau kerana pada tahun ini shibin tidak mendapat "adik baru" ini kerana tiada seorang pun pelajar yang di tauzi'kan ke sini..
walaupun demikian beliau tetap bersemangat mencurahkan kata2 perangsang kepada semua ahli
"kita study jangan kerana desakan semangat semata2 kerana semangat kita suatu masa akan pudar,tapi biarlah kita study ni kerana hendak mencapai matlamat Mardhatillah, barulah kita berjaya di dunia & akhirat.."dipetik dari ucapan pengerusi DPMS.







SESI PELANTIKAN KETUA FAKULTI BAGI SETIAP TAHUN















AGENDA WAJIB



Baca Seterusnya...

.:AJKT DPMS 08/09:.


sila klik untuk paparan yang lebih jelas



Baca Seterusnya...

FITRAH '08

sila klik untuk paparan yang lebih jelas



Baca Seterusnya...

PMRAM Anjur Konvokesyen


PMRAM akan menganjurkan Festival Konvokesyen Dan Anugerah Mahasiswa & Mahasiswi Cemerlang pada 22 Oktober ini bertempat di Al-Azhar Confrence Centre (ACC), demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli.

Beliau yang juga pengarah bagi konvokesyen ini turut memberitahu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, iklan telahpun dikeluarkan dan diedar kepada seluruh tempat sebagai makluman program. Beliau berkata, pendaftaran boleh dibuat melalui Unit Pendidikan BKAN dan DPM masing-masing dan maklumat lanjut boleh hubungi beliau atau Jawatankuasa Pengurusan Pendaftaran program, Ustaz Muhammad Firdaus Aznan (011-5911581) atau bagi akhawat Ustazah Hurriyyah Abdul Mokti (011-9364282). sumber



Baca Seterusnya...

:GEMA AIDILFITRI:





Baca Seterusnya...

Agihan Zakat Barakat



:sila klik untuk tampilan yang lebih jelas: Baca Seterusnya...

.:Ahli Jawatan Kuasa Tadbir DPMS SESI 08/09:.

:sila klik untuk tampilan yang lebih jelas:


Patah tumbuh hilang berganti,sulur galur rantai perjuangan tak pernah selesai..di medan apa pun pasti disana terbinanya sebuah organisasi yang tertubuh bagi merealisasikan matlamat serta kebajikan bersama..memang telah tuhan kurniakan kepada manusia naluri untuk hidup didalam masyarakat,tambahan lagi hidup sebagai mahasiswa di luar negara amatlah perlu kepada sebuah keluarga,keluarga besar bernama persatuan yang akan memainkan peranan yang amat besar bagi menjamin kelangsungan survival islam serta menjaga kemaslahatan bersama dikalangan ahli DPMS..

"16 tahun sudah berlalu sejak penubuhan DPMS pasti terlalu banyak yg telah dirempuh sepanjang masa itu,jika diandaikan umur itu kepada manusia,pasti DPMS ini bergelar remaja..pada peringkat ini seorang remaja itu berada dalam fatrah mencari identiti,keinginan untuk mencuba serta mengenali dunia dengan lebih mendalam,saat inilah semua keinginan ingin dipenuhi..peringkat yang amat perlu kepada bimbingan serta tunjuk ajar.."antara ucapan yang dipetik dari ucapan sulung dari pengerusi baru ustaz Aminudin B. Alias yang mesra dipanggil ustaz Amin, beliau dilantik bagi mengisi tempat pengerusi yang terdahulu yang disandang oleh Ustaz Ahmad Farizan Abdul Hadi..

Bagi Ajkt yang lalu diucapkan Jazakallah khairan Jaza' diatas usaha serta sumbangan antum semua,hanya ALLAH sahaja yang selayaknya membalas titik peluh kalian..teruskan memberi sokongan serta bimbingan kepada kami yang serba kekurangan ini semoga ianya menjadi pemangkin kepada kami dalam penyelusuri hari-hari mendatang.

kepada Ajkt yang baru dilantik pasakkan semangat jangan berputus asa, banyakkan berdoa kepada ALLAH dibulan baik ini agar dipermudahkan segala urusan, dikuatkan iman serta istiqomah..bergelar mahasiswa sepenuh masa serta mendapat satu lagi amanah yang tidak kurang pentingnya dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang islam..Sememangnya antum bukan orang yang meminta-minta jawatan kerana meminta itu menjadi satu penyesalan kelak saat mengadap ALLAH, akan tetapi jadilah antum orang yang bersedia memikul jawatan, bagaikan seorang panglima yang turun ke medan perang namun tiada kelengkapan yang dibawa bersamanya..pasti dia menempah bencana,jika awal-awal lagi dia sudah melengkapi dirinya dengan semua keperluan,segala ilmu tersedia di dadanya..pasti dia akan selamat dari mara bencana..kitalah panglima itu! masyarakat itu medan perperangan kita..bersedialah dari sekarang.. (U.P.P)


Baca Seterusnya...

Calon Ahli JawatanKuasa Tadbir sesi 2008/2009

:sila click untuk tampilan yang jelas:

calon ajkt dpms sesi 08/09 Baca Seterusnya...

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT 16)


Assalamualaikum W.B.T
Pihak Kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin ingin menjemput kepada seluruh ahli DPMS yang berada di perlembahan Nil ini untuk menghadiri ke Mesyuarat Agung Tahunan kali KE 16.Sila klik diiklan untuk maklumat selanjutnya.


Baca Seterusnya...

Salam Ramadhan


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak daripada seluruh
Kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El kom sesi 2007/2008.
Semoga Ramadhan kali ini lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Ramadhan Kareem..!!




Baca Seterusnya...

PROSMA '08



Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA 2 '08) akan diadakan pada 16 sehingga 19 Ogos 2008. Projek anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM ini bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin dana kewangan bagi meringankan bebanan umat Islam di Palestin.

Gerai PROSMA akan dibuka selama 3 hari di Dataran Hayyu 'Asyir serentak dengan program EGP '08 PMHK 51. Sehubungan dengan itu, PMRAM menyeru kepada semua ahli agar dapat memberi sokongan yang padu kepada PROSMA. Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing.

Tarikh kutipan dan pengumpulan bahan sumbangan di seluruh muhafazah adalah sebagaimana berikut:

10/8/08: BKAN sekitar Kaherah dan DPM Shoubra.
11/8/08: DPM Iskandariah, Damanhur, Tanta dan Shibin.
12/8/08: DPM Zagaziq, Mansurah dan Dumyat.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak PROSMA:

Muhammad Abdul rahim Bin Kamarul Zaman (Pengarah) 010-0591793
Muhammad Shahid Bin Zakaria (Timbalan Pengarah 1) 016-2308595
Nur Aida Binti Mohd Najid (Timbalan Pengarah 2) 016-1692851



Baca Seterusnya...

Skuad Menoufia F.C Tampil Dengan Barisan Pemain Profesional

Skuad Bola Sepak Menoufia siap sedia untuk beraksi dalam merebut Piala Malaysia yang dianjurkan oleh Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM). Menyingkap kembali semasa Piala Presiden yang lalu, Skuad Menoufia telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan berbanding tahun-tahun lepas. Walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya namun Skuad Menoufia telah memberikan tentangan yang hebat dan menggerunkan kepada pihak lawan.

Pada Piala Malaysia kali ini, Skuad Menoufia membariskan pemain-pemain yang profesional yang dikendalikan oleh ustaz Aminuddin Alias. Beliau selaku pengurus pasukan yang berpengalaman. Semasa menguruskan Skuad Menoufia pada Piala Presiden yang lalu, beliau telah membawa nama Skuad Menoufia ke arah suatu tempat yang menggerunkan pihak lawan. Pada kali ini, beliau tidak keseorangan kerana dibantu oleh ustaz Azmi selaku ketua pasukan Skuad Menoufia.

Skuad Menoufia gigih melakukan latihan pada setiap hari kecuali hari minggu. Semangat dan ketekunan telah ditunjukkan oleh setiap pemain. Kini barisan Skuad Menoufia telah mewakilkan pemain-pemain yang berbakat dan berpengalaman. Semestinya mensasarkan juara dalam merebut Piala Malaysia pada kali ini, namun bagi pihak Skuad Menoufia lebih mementingkan semangat ukhuwwah yang terjalin. Mudah-mudahan dengan semangat dan kegigihan yang telah ditunjukkan akan menempah kejayaan.

Majulah Sukan untuk DPMS!
Baca Seterusnya...

Takziah Buat Ustaz Kama

2 hari yang lalu, rumah ustaz Khamarudin telah dimasuki pencuri. Kejadian disedari apabila beliau pulang ke rumahnya pada sebelah pagi yang ketika itu beliau dari rumah ustaz Abdullah Al Khairi. Sebanyak LE1000 dan sebuah telefon bimbit telah hilang. Segala bentuk usaha telah dilakukan oleh pihak pimpinan bagi meredakan kesedihan dan musibah yang ditimpa olehnya. Kutipan derma dilakukan dari rumah ke rumah. Seterusnya kutipan derma sedang berjalan disetiap Muhafazah dan BAKAN.

Beliau yang merupakan exco Unit Sambutan dan Rehlah seterusnya memangku Unit Penerangan dan Penerbitan memanjangkan nafasnya dengan meredhai segala kehendak takdir. Beliau masih bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat hidup sebagai umat Islam. Beliau cukup terharu dengan dorongan dan pertolongan oleh sahabat-sahabat.

*sebarang bentuk bantuan bolehlah dihulurkan kepadanya melalui Unit Kebajikan Setiap Muhafazah dan BAKAN masing-masing.
Baca Seterusnya...

Jaulah Badan Pengurus PMRAM

SHIBIN ELKOM, 8 Julai - Badan Pengurus PMRAM telah mengadakan sesi lawatan kerja dan ramah mesra buat julung kalinya pada tahun ini bagi sesi 2008 di Shibin Elkom. Jaulah Badan Pengurus PMRAM pada tahun ini agak kelewatan memandangkan peralihan kuasa bagi sesi 2008 diadakan lewat pada tarikh-tarikh kebiasaan. Walaubagaimanapun program jaulah tersebut berjalan dengan lancar dan penuh ceria.

Kehadiran Badan Pengurus disambut mersa. Sebelum majlis bermula, Badan Pengurus ditempatkan di rumah ustaz Aminuddin Alias bagi meredakan kepenatan Badan Pengurus yang datang dari jauh. Dewan Syeikh Al-Arusi mula dihadiri oleh para ahli sedikit demi sedikit. Segala persiapan bagi meraikan Badan Pengurus berjalan dengan baik.

Tepat jam 2 petang, Badan Pengurus PMRAM mula masuk ke dalam dewan dan disambut mesra oleh warga mahasiswa Shibin Elkom. Keriangan pada raut wajah setiap Badan Pengurus juga warga Shibin Elkom memaparkan sebuah ikatan persaudaraan yang begitu erat. Masing-masing bersalaman dan berpelukkan seolah-olah melepaskan rindu diantara pimpinan dan ahli.

Walaupun warga mahasiswa Shibin Elkom kini hanya tinggal lingkungan 30 orang sahaja, namun kehadiran ahli dalam majlis tersebut sangat memuaskan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan tuan rumah oleh Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin Elkom, ustaz Ahmad Farizan Abdul Hadi. Majlis seterusnya dikendalikan oleh ustaz Rasul Amat, Naib Presiden II merangkap Lajnah Muhafazah. Sesi taaruf dimulakan diantara Badan Pengurus, AJKT dan ahli bagi mengukuhkan tali ukhuwwah persaudaraan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan cadangan. Respon ahli dalam sesi ini sangat baik. Banyak persoalan dan cadangan telah dikemukakan oleh ahli mahupun AJKT Shibin Elkom.

Majlis selesai setelah hampir sejam setengah berlansung dan diakhiri oleh ucapan Presiden PMRAM, ustaz Khairul Anuar Ismail. Majlis diserikan lagi dengan jamuan hidangan istimewa nasi minyak berlaukkan gulai kari ayam dan sayur. Hidangan tersebut disediakan oleh ustaz Lokman Zakaria.

Baca Seterusnya...

UPP Dipangku

Sejak 2hb Julai yang lalu, Unit Penerangan dan Penerbitan Shibin Elkom telah dipangku oleh Ustaz Khamarudin b. Ismail. Beliau merupakan AJKT yang merangkap Unit Sambutan dan Rehlah. Kini sebarang bentuk pengubahan blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin Elkom (DPMS) akan dikendalikan oleh beliau. Ini petikan ucapan ringkas dari beliau:

"Assalamualaikum wbt...

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan hidup dengan nikmat Islam. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penasihat, Pengerusi dan AJKT-AJKT yang menaruh kepercayaan terhadap saya untuk memangku jawatan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) yang sebelum ini dijawat oleh Ustaz Sufiyan bin Syouib. Saya memohon ribuan kemaafan sekiranya banyak kekurangan dan kecelaruan semasa proses pengendalian saya selaku pemangku UPP. Mudah-mudahan setiap kerja yang saya lakukan ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT dan sentiasa diberkati jua diredhai olehnya. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang menyokong saya dari belakang. Akhir kalam, apa yang baik tu hanyalah datang daripada Allah SWT dan semestinya yang buruk itu datangnya daripada kedaifan diri saya sendiri. Waallahu ta'ala alam..."

p/s: Layarilah blog saya di alamat: http://www.mr-chocolatecake.blogspot.com

Baca Seterusnya...

Bumi Shibin Sunyi Sepi

Tanggal 9hb 6 2008 merupakan hari terakhir peperiksaan bagi mahasiswa Al-Azhar cawangan Shibin Elkom. Semenjak hari tersebut, bumi Shibin dihidangkan dengan beberapa program yang menenangkan jiwa-jiwa para mahasiswa setelah bertungkus lumus berperang di medan imtihan. Antara program yang telah dijamu sebagai mengisi kelaparan zahir mahupun batin buat warga mahasiswa Shibin Elkom ialah program Kolokium Ilmuan, Inter Usrah dan Rehlah ke Matruh Siwa. Sepanjang program tersebut, riak wajah para mahasiswa Shibin Elkom menyaksikan keriangan yang tidak terhingga. Hubungan setiap mahasiswa di sini bagaikan adik dan abang. Sentiasa mesra dan tidak sedikit pun menampakkan ketegangan malah hubungan mereka diibaratkan seperti aur dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan.

Setelah sebulan selepas imtihan, bumi Shibin Elkom mulai sepi. Ada yang pulang ke rumah anak negeri masing-masing dan ada yang menziarahi sahabat handai di muhafazah lain. Selain daripada itu, bumi Shibin Elkom turut mulai sepi apabila seorang demi seorang pulang ke tanah air buat sementara waktu. Seramai sekurang-kurang 10 daripada 50 orang mahasiswa Shibin Elkom yang pulang ke tanah air. Antaranya Ustaz Husni, Ustaz Hafiz, Ustaz Faizal, Ustaz Yusof, Ust Sufiyan dan ramai lagi. Selain pulang ke tanah air, ada juga mahasiswa yang pergi ke United Kingdom sekadar untuk merehatkan minda di sana, mahasiswa yang dimaksud itu ialah Ustaz Salehuddin.

Kini bumi Shibin semakin sunyi dan sepi. Sekurang-kurang yang masih tinggal di sini dalam lingkungan sekitar 30 orang sahaja. Meskipun begitu, raut wajah para mahasiswa di sini masih lagi dalam keadaan ceria memandangkan dengan sebilangan ahli yang sedikit ini mereka saling menghubungi diantara satu sama lain. Tabiat ziarah menziarahi ke setiap rumah adalah suatu tabiat tradisi yang mustahil akan terhapus bagi warga mahasiswa Shibin Elkom. Walaupun mempunyai ahli yang sedikit, tetapi mereka masih mampu mengukuhkan ikatan ukhuwwah. Itulah dunia Shibin Elkom yang sentiasa dipenuhi dengan rahmat ukhuwwah... Alhamdulillah...

Baca Seterusnya...

Gamitan Matruh & siwa 08

Pada 23,24 dan 25 Jun 2008 yang lalu,DPMS sekali lagi mengukir sejarah apabila Unit Sambutan dan Rehlah DPMS telah menganjurkan Rehlah Kembara Matruh dan Siwa 08 yang dijayakan dengan gemilangnya.

Rombongan yang berkumpul diperkarangan Dewan Syeikh Al Arusi telah bertolak pada seawal pagi jam 7 pagi yang melibatkan hampir 43 orang peserta beserta 6 orang komuniti pelaksana.Pada kembara kali ini agak berbeza apabila diserikan lagi dengan pasangan berkahwin iaitu Ustaz Zanzuari Husain bersama isteri beliau dan juga putera sulung beliau iaitu adik Mesyari Afifi.

Dalam perjalan menuju ke Matruh,satu insiden yang tidak diingini telah berlaku apabila seorang peserta telah tertinggal di Shibin apabila disedari oleh seorang rakan peserta.Namun insiden tersebut dapat diatasi apabila bernasib baik bas yang dinaiki tidak terlalu jauh meninggalkan bumi Shibin.Peserta yang malang tersebut telah bertindak dengan pantas apabila dinasihati oleh Pengarah Rehlah supaya mengambil kenderaan lain yang menuju satu arah yang sama untuk bersama rombongan yang menunggu ditepi jalan.Setelah peserta tersebut tiba dan beliau memohon maaf atas kesilapan menerima maklumat,rombongan mula bergerak menuju jalan padang pasir menuju ke destinasi pertama iaitu Muzium perang tiga segi di Al Amain berhampiran kawasan elit Porto Marina.

Rombongan tiba di Muzium Al Amain tepat jam 12 tengahari dan memasuki muzium untuk dilawati.Muzium tersebut dibina bagi memperingati peperangan yang melibatkan tiga kuasa besar dunia iaitu Jerman,Itali dan British berebut kuasa untuk mendapatkan utara padang pasir Mesir.Peserta mengambil masa hampir sejam untuk melawat dan mengambil gambar kenangan didalam serta disekitar muzium.

Selepas itu,rombongan bertolak ke Kubur Peringatan Jerman yang tidak jauh dari muzium tersebut.Kubur Jerman ini dibina setelah perang tamat dan menempatkan hampir 20 ribu yang terkorban dan disemadikan disitu. Kubur tersebut dibina satu tempat bagi memudahkan waris-waris yang terkorban menziarah.

Rombongan seterusnya menuju ke Matruh yang merentasi jalan padang pasir sejauh hampir 250 KM dan mengambil masa selama 2 jam lebih dan tiba di Matruh jam 5 petang.Rombongan terus menuju ke destinasi pertama di Matruh iaitu Hamam Cleopatra.Hamam Cleopatra adalah tempat dimana Ratu Cleopatra sering bersiram suatu masa dahulu.Hamam tersebut terletak kira-kira 7 km dari bandar Matruh.

Ratu Cleopatra adalah pewaris terakhir dinasti Firaun yang telah berkahwin dengan seorang utusan kerajaan Rome iaitu Julius Ceaser.Namun perkahwinan baginda tidak lama setelah Julius Ceaser diarahkan pulang ke Rome.Setelah itu Ratu Cleopatra berkahwin pula dengan utusan Rome juga iaitu Marc Anthony. Ratu Cleopatra mempunyai seorang putera hasil perkahwinan tersebut namun putera tersebut dibawa lari ke Rome atas arahan kerajaan Rome ketika itu.Maka Ratu Cleopatra berusaha menjejaki putera baginda di Rome namun tidak diketemui sehinggalah sekarang.Atas kedukaan melampau,baginda pulang ke Mesir dan membunuh diri dengan patukan ular tedung dan disemadikan didalam piramid dan jasad baginda tidak dapat diketemui hinggalah sekarang.

Seterusnya peserta terus menuju ke Teluk Agiba sejauh 10km dari bandar Matruh dan tiba di sana jam 7 petang.Teluk Agiba adalah sebuah teluk yang sangat cantik dan merupakan kawasan pemandangan tepi pantai yang begitu indah sekali.Dinamakan Agibah adalah keajaiban pantainya yang menyerupai tujuh jenis warna apabila dilihat pada waktu tenggelamnya matahari.Peserta tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan yang berlatar belakangkan keindahan pantai teluk Agiba diwaktu tengelam matahari.

Ketika matahari melabuhkan tirainya,rombongan terus menuju ke Suq Libya yang bertempat di bandar Matruh.Dinamakan Suq Libya ataupun dalam bahasa Melayunya Pasar Libya adalah barangan yang dijual di pasar tersebut adalah keluaran dari Libya.Suq Libya yang terkenal dengan tempat membeli-belah yang ala-ala pusat membeli-belah Rantau Panjang di Kelantan atau pun di Padang Besar di Perlis.Barangan yang dijual adalah seperti pakaian,perhiasan,herba dan buah-buahan.Peserta rombongan tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah seperti jersi,seluar dan baju yang seakan-akan pakaian original berjenama Adidas dan Nike.

Peserta mula mendaftar masuk hotel tepat jam 9 malam dan makan malam.
Pada keesokan pagi sekitar jam 7 pagi,peserta kembara bertolak dari bandar Matruh menuju ke Siwa sejauh 350 km yang merentasi dataran luas padang pasir utara Mesir.Perjalan mengambil masa hampir 4 jam lebih untuk tiba di bandar Siwa.Siwa adalah sebuah wadi atau oasis yang kaya dengan hasil bumi seperti ladang zaitun,Thin,kurma serta hasil air galian asli terbesar di Mesir.Di Siwa juga terdapat kesan sejarah peninggalan Ratu Cleopatra.

Peserta tiba di Siwa tepat jam 11 pagi dan destinasi pertama adalah melawat kota lama siwa.Kota tersebut merupakan kota yang terawal di Siwa dan dikatakan penempatan terawal disitu.Kembara kali ini ditemani oleh seorang orang tempatan di Siwa iaitu Syeikh Idris.Beliau merupakan seorang graduan Al Azhar cawangan Damanhur dan merupakan Imam besar di Siwa.Beliau yang boleh berkomunikasi dengan mahasiswa melayu menjadikan beliau disenangi oleh peserta kembara.Beliau yang sepanjang pengajiannya di Damanhur seringkali berkawan dengan mahasiswa melayu disana.

setelah itu peserta mula melusuri ladang kurma menuju ke Kubu Alexander The Great.Kubu tersebut telah dibina sejak 300 ribu tahun dahulu dan merupakan juga tempat beribadat bagi pengikut Alexender.Kubu tersebut dibina dipuncak bukit yang merupakan tempat berhala mewakili Tuhan Matahari yang terletak dibilik tengah.Berhala tersebut musnah akibat perang dunia kedua yang telah dijadikan kubu peperangan oleh tentera Jerman.

Setelah itu,peserta bergerak ke selatan Siwa dimana terdapat sebuah tempat sejarah iaitu kuil Amon.Kuil ini dibina bagi tempat beribadat pada zaman Firaun dan dikatakan ia dibina oleh ahli sihir Firaun ketika itu.

Setelah itu, peserta bergerak menuju ke Kolam Cleopatra yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut.Peserta tidak melepaskan peluang bermandi manda di kolam tersebut bagi menghilangkan kepanasan suhu di Siwa yang mencecah 40 darjah Celcius.Dinamakan Kolam Cleopatra adalah sempena kedatangan Ratu Cleopatra yang sering bersiram disitu.Di kolam tersebut juga dikatakan bahawa setiap orang yang mandi disitu akan memperolehi jodoh.

Dan dikatakan juga bagi pengantin yang mandi disitu akan mendapat cahaya mata.Namun mitos ini hanyalah dilakukan oleh penduduk Siwa suatu masa dahulu dan merupakan adat turun temurun.Kolam tersebut merupakan salah satu kolam yang masyhur dalam banyak kolam-kolam yang lain.Kolam tersebut sedalam 5 meter dan airnya hijau kebiruan.Ada pendapat mengatakan di Siwa sahaja mempunyai hampir 10 jenis kolam dan berbeza-beza kedalamanya.

Namun hanya beberapa sahaja yang ditemui dan kolam paling dalam ditemui adalah sedalam 11 meter yang terletak jauh di pedalaman Oasis Siwa.Peserta dijamu makan tengahari disitu sambil menikmati kesejukan kolam tersebut. Disitu juga peserta terkejut melihat Syeikh Idris memakan makanan yang dihidangkan seperti kebiasaan orang melayu.Apabila ditanya,beliau menerangkan bahawa beliau biasa memakan makanan yang dimasak oleh orang melayu sepanjang pengajiannya di Damanhur.

Setelah puas bermandi manda, peserta terus menuju ke Jazirah Fatmas yang mana terdapatnya tasik garam yang terletak ditengah-tengah padang pasir.Tasik garam tersebut unik dan ajaib kerana kebiasaan garam wujud disekitar pantai,tetapi tasik ini wujud ditengah-tengah padang pasir yang gersang dan jauh dari pantai.

Sejurus selepas itu,peserta mula memborong barangan yang dijual bandar Siwa.Antara barangan yang dijual adalah Balah Bi Luz (kurma bersalut badam) balah bi Choclata (kurma bersalut coklat),minyak zaitun,buah Thin dan banyak lagi.Kebanyakan barangan adalah buatan asli hasil bumi oasis siwa serta harga yang berpatutan dan bermutu tinggi.

Seterusnya peserta menuju ke destinasi terakhir iaitu Jabal Mauta yang terletak di jalan pulang ke Matruh.Jabal Mauta merupakan tempat persembunyian penduduk zaman dahulu ketika berlaku peperangan dan juga tempat pengkebumian jenazah.Ditempat tersebut juga terdapat Kubu Mumia Sa'amoun dan Oxyoris dimana kesan tulang dan rangka-rangka penduduk terhulu masih lagi boleh dilihat.

Rombongan terus bergerak pulang ke bandar Matruh tepat jam 5.30 petang.Di perjalan pulang satu insiden telah berlaku apabila bas yang dinaiki rosak di tengah-tengah padang pasir gersang 150km dari bandar Matruh akibat getah dibahagian injin terputus.Rombongan bernasib baik ketika bas rosak berdekatan dengan pos polis.

Rombongan terkandas ketika matahari mula terbenam.Rombongan dikawal ketat oleh polis yang mengiringi bas dari Siwa.Turut hadir ketika itu ketua besar polis bahagian Siwa yang mengawal.Kehadiran polis adalah bagi mengawal setiap pelancong yang melalui jalan padang pasir agar tidak dirompak oleh lanun padang pasir. Bagi mengisi kebosanan menunggu bas siap dibaiki,peserta mengisi dengan bermain bola dijalan yang lengang dari kenderaan yang lalu.Peserta berasa lega apabila alat gantian yang dibawa dari Siwa sejauh 200km tiba jam 10 malam.Rombongan terkandas hampir 3jam dipadang pasir dan peserta terus bergerak menuju ke Matruh.

Rombongan tiba dibandar Matruh dengan muka yang keletihan bercampur lapar terus dihidangkan makan malam jam 12.30 malam.Pada malam tersebut tidak tergambar perasaan letih pada wajah peserta apabila peserta mula bersiar-siar dibandar Matruh yang indah.Ada juga peserta yang mengisi masa pada malam itu dengan bermain bowling,snooker dan bersiar-siar dengan menyewa perkhidmatan basikal.Dan ada juga peserta yang pergi memborong pakaian di Suq Libya yang terkenal dengan pakaian berjenama.

Pada keesokan paginya,peserta terus menuju ke pantai Ghuram yang terletak berdekatan dengan hotel.Peserta tidak melepaskan peluang bermandi manda di pantai sambil menyewa perkhidmatan bot kayuh.Selain itu peserta juga bermain bola sepak pantai bagi menyeronokan lagi acara mandi laut yang merupakan acara terakhir sebelum pulang ke Shibin.

Peserta mula mendaftar keluar dari hotel tepat jam 1 tengahari dan bertolak pulang ke Shibin.Peserta tiba di Shibin jam 9 malam dan berkesempatan untuk menonton perlawanan bola sepak separuh akhir EURO 08 antara Jerman menentang Turkey.

Apabila diajukan pendapat kepada peserta tentang rehlah kali ini kebanyakan menjawab dengan berpuas hati dengan penganjuran kali ini yang penuh dengan pengalaman baru yang tidak terdapat pada penganjuran persatuan yang lain.Bagi peserta luar Shibin yang mengikuti rehlah kali ini berpuas hati dan ingin mengikutinya lagi pada penganjuran akan datang.

*Saksikan koleksi santai di ruangan GALERI.

Baca Seterusnya...

Piala Inter Usrah


sila klik di iklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (UKKS) dengan kerjasama Unit Dakwah DPMS ingin mengadakan pertandingan Piala Inter Usrah yang akan diadakan pada ;


Tarikh; 21 jun 2008 bersamaan 17 JamadilAkhir 1429 H
Tempat; Istad Abbasi
Masa: 7.30 pagi

Piala Inter Usrah ini diadakan bagi bertujuan merapatkan Ukhuwwah diantara ahli Usrah-Usrah yang lain dan membuka semula liqa' usrah yang tertangguh semasa Imtihan yang lalu.

Seluruh ahli usrah DPMS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Baca Seterusnya...

Kolokium Ilmuan (Q) siri 2

sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Unit Dakwah DPMS ingin mengadakan Kolokium Ilmuan (Q) siri ke 2 yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 13 Jamadil Akhir 1429H bersamaan 17 Jun 2008
Tempat : Darul Irsyad
Masa : 9.30 pagi (Pendaftaran LE8)
Agenda : Diskusi Kitab karangan Prof.Dr Yusof Al Qaradhawi
Pembentangan kertas kerja - Konsep Ikhtilat dalam Isla


Dengan segala hormatnya seluruh ahli DPMS dijemput untuk menghadiri dan diWAJIBkan kepada mahaiswa baru.



Baca Seterusnya...

Kembara Matruh & Siwa 08


sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum W.B.T
Sempena percutian musim panas yang baru bermula ini,Unit Sambutan & REhlah (USR) DPMS ingin mengadakan 'Kembara Matruh & Siwa 08' yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 23,24 dan 25 Jun 2008
Harga :LE 240
Tempat menarik ; Muzium Al Amain
Kubur peringatan jerman dan Itali
Marsa matruh
pantai agiba
cleopatra de' toilete
wadi Siwa
jabal mauta
kubu iskandar zulkarnain
tugu firaun
kolam cleopatra
jazirah fatmas
suq libya
dan banyak lagi...


Program ini bertujuan untuk mengisi masa cuti dan mengembalikan semangat setelah imtihan fasa dua yang lalu.

Pembayaran secara ansuran diterima

untuk penyertaan dan maklumat lanjut sila hubungi;
Ustaz kama (pengarah) +2011 4726313
Ustaz sufiyan shoib (SU) +2010 2237293

Baca Seterusnya...

Rehlah Matruh & Siwa 08 (pra-Promo)

sila klik diiklan untuk paparan yang lebih jelas


Type rest of the post here
Baca Seterusnya...

Bahang Imtihan Kian Terasa


Seperti yang dijanjikan oleh pihak pentadbiran Universiti Al Azhar cawangan Shibin el Kom, bahawa Imtihan fasa kedua bakal menjelma dan menghantui oleh seluruh mahasiswa yag bernaung dibawahnya.Imtihan Fasa dua yang sering kali disebut sebuah fasa imtihan yang paling mengerikan disebabkan pelbagai subjek yang dikatakan susah.

Menurut sumber,imtihan akan membuka tirainya pada 6 Mei 2008 dengan Imtihan Syafawi Al Quran dan juga subjek-subjek mengikut tahun pengajian.Imtihan syafawi ini merupakan yang paling digeruni oleh seluruh warga Azhari samada bagi cawangan Shibin mahupun seluruh Mesir kerana terpaksa mengulangkaji Al Quran bermula dari juzu' 1 hinggalah juzu' keatas mengikut tahun pengajian.
Imtihan Taqaluf (re-paper) pula menjelma pada 10 Mei 2008 dimana untuk menentukan skema subjek di tahun sebelumnya dapat dihabiskan.
Bahang Imtihan terus dihangatkan lagi dengan bermulanya medan Imtihan mengikut fakulti tahun pengajian yang bermula pada 17 Mei 2008 yang bakal menyaksikan kengerian dan ketakutan mahasiswa Azhari berjuang menentukan nasib mereka sepanjang tempoh pengajian.Imtihan ini akan berlanjutan sehingga 9 Jun 2008 mengikut jadual imtihan bagi fakulti Usuluddin. Manakala bagi fakulti Bahasa Arab pula akan bermula pada 10 Mei 2008 sehingga pertengahan Jun.
Pihak Ahli Jawatankuasa Tadbir DPMS mengucapkan selamat berimtihan dan didoakan semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
Baca Seterusnya...

Kelas Hafazan


Unit Dakwah DPMS ingin mengadakan kelas Hafazan Al Quran bersempena imtihan fasa 2 yang akan berlangsung tidak lama lagi.Kelas yang akan berlangsung selama dua jam bermula selepas solat maghrib setiap malam sehingga Imtihan Syafawi bermula.Oleh itu pihak DPMS ingin menjemput kepada seluruh ahli DPMS beramai-ramai ke kelas tersebut pada

Tarikh : Setiap malam(kecuali Jummat)
Masa : Selepas solat Maghrib sehingga Isya'
Tempat : Darul Irsyad
Antara agenda yang akan dilaksanakan sepanjang kelas tersebut adalah:
-Menghafaz bersama-sama
-Tasmi' pra-Syafawi
-Pembetulan tajwid
Baca Seterusnya...

BIAH 08 ; Thaqafah Di Pasak


Bulan Thaqafah & Tarbiah 08 (BIAH 08) baru sahaja melabuhkan tirainya pada 2 April yang lalu.Pelbagai program yang telah dilaksanakan dibawah pengurusan Unit pengetahuan & Pendidikan DPMS dengan usahasama Unit-Unit lain. Program yang memuatkan pelbagai thaqafah serta pembelajaran yang menarik telah disertai oleh keselurahan ahli DPMS bagi sesi 07/08.

BIAH 08 yang menyingkap tirainya pada malam 9 Mac 2008 yang dirasmikan penuh gilang-gemilang oleh wakil Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Rasul bin Amat selaku BP angkat bagi muhafazah Shibin el kom.Program yang terawal membuka sayapnya adalah kursus sembelihan yang dianjurkan oleh Unit Dakwah DPMS.Program yang didiskusikan oleh pendiskusi berpengalaman ,Ustaz Zanzuari Husain yang memerangkap penasihat II DPMS telah membentangkan penggunaan kaedah yang betul dalam proses penyembelihan haiwan.Disamping itu juga peserta juga dapat mempraktikkan secara langsung sembelihan disamping diajarkan oleh pendiskusi.Sebanyak empat ekor ayam dan dua ekor anak merpati telah ditumbangkan dalam majlis tersebut.

Kursus Adobe PhotoShop pula menyusul pada 10 Mac 2008 dibawah pengurusan Unit Penerangan & Penerbitan DPMS yang berlangsung di Dewan Syeikh Al Arusi, Darul Irsyad. Program yang berbentuk penggunaan sistem grafik telah didiskusikan oleh pendiskusi jemputan dari Kaherah iaitu Ustaz Mohd Azmeer bin Maiden. Didalam program tersebut,peserta diajarkan penggunaan sistem grafik Adobe PhotoShope dengan kaedah yang betul.Sebanyak tiga buah komputer yang dilengkapi oleh alat komputer yang berkapasiti tinggi telah digunakan dalam program tersebut dan peserta juga berpeluang mempraktikkan secara langsung penggunaan Adobe didalam kumpulan-kumpulan yang dibentuk.

Program diteruskan lagi dengan Kursus Khat yang diseliakan oleh Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan DPMS yang berlangsung pada 11 Mac 2008 yang lalu.Program yang didiskusikan oleh seorang pakar jemputan khas telah mendiskusikan dan membentangkan pelbagai jenis seni kaligrafi Khat Islam yang mahsyur di era empayar khalifah Islamiah.Disamping itu juga peserta diajar menggunakan pen khas untuk membuat kaligrafi serta dakwat yang sesuai dalam pembentukan seni halus khat.

Selain itu program Diskusi Kitab Dhbit Lisan telah diadakan pada 12 Mac 2008 yang didiskusikan oleh pendiskusi jemputan,Ustaz Syafiq.Beliau adalah mahasiswa tahun akhir kuliah Bahasa Arab disamping merupakan pelajar yang mempunyai Sanad dalam bidang fasihah Al Quran yang disanadkan oleh Syeikh terkemuka,iaitu Syeikh Abd Azim bin Sya'ban.Dalam program tersebut peserta diajar membaca surah Al Fatihah dengan cara sebutan yang betul disamping mendiskusi kitab.Pada keesokan malamnya diadakan diskusi tentang pemtembungan antara falsafah barat dan falsafah Islam yang di bentangkan oleh Ustaz Mujahid yang dijemput khas dari Kaherah.Beliau mendiskusikan menggunakan buku "Monograf Prasasti Perak" keluaran Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Perak.

Pada 20 Mac 2008 diadakan sambutan Maulidurrasul yang berlangsung di Dewan Syeikh Al Arusi,Darul Irsyad.Dalam program tersebut diadakan bacaan madih-madih pujian keatas junjungan besar Nabi Muhammad Salallah Alaihi Wassalam.Disamping itu juga diadakan pembentangan kertas kerja oleh tetamu jemputan dari kuliah perubatan Universiti Ain Syam,Kaherah.Antara tajuk menarik adalah penggunaan kaedah IVF ataupun dikenali bayi tabung uji dari sudut perubatan dan kesesuaian syara'.

Program diteruskan lagi dengan Unit Sambutan dan Rehlah(USR) DPMS yang telah mengadakan “jaulah Maqam sekitar Mansurah dan Dumyat” yang berlangsung dengan jayanya pada 26 Mac 2008 yang diseliakan oleh Ketua Unitnya Ustaz Khamaruddin Ismail. Rombongan yang disertai seramai 42 orang telah menempah sebanyak tiga buah van dari Mansurah untuk melawat maqam sekitar Mansurah.USR terpaksa menempah van dari Mansurah berikutan peraturan Kementerian Pengangkutan Mesir yang menetapkan hanya satu destinasi sahaja dibenarkan untuk sebuah perjalanan. Rombongan yang telah diadakan ,telah menziarahi maqam-maqam aulia’ seperti Maqam Syeikh Mutawaly Sya’rawy, Sahabat Abdullah bin Sallam,Syeikh Jaddul Haqq dan lain lagi.Selain itu,rombongan juga dibawa melawat kesan tinggalan Firaun yang terletak ditengah-tengah ladang gandum yang kering kontang akibat dilaknat oleh Allah SWT.Setelah itu rombongan terus menuju ke Utara Mesir iaitu Dumyat. Rombongan telah di bawa melawat sekitar Ra’sul Bahr yang terletak di Dumyat yang merupakan hulu sungai Nil yang merentasi sepanjang Benua Afrika.


Program dirancakan lagi dengan Hari Keluarga atau pun Family Day DPMS telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan (UKKS) pada 29 Mac 2008. Program yang diarahkan sepenuhnya oleh Saudara Hairul Hafiz Amri yang memerangkap AJKT bagi UKKS telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Program yang bertemakan “Keluarga Bahagia” dipilih berdasarkan ikatan persaudaraan yang wujud di DPMS adalah berbentuk seperti sistem kekeluargaan yang tidak wujud di muhafazah lain.Program ini yang bermula seawal jam 7.30 pagi bagi sesi outdoor yang dirasmikan oleh Pengerusi DPMS, Ustaz Ahmad Farizan Abd Hadi. Sambutan kali ini amat menggalakan daripada ahli DPMS yang mana kebanyakan pulang dari Kaherah ke Shibin semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyertainya.Antara sukaneka yang dipertandingkan adalah,tiup tepung,ulat bulu,sepak penalti, isi air dalam bol dan pelbagai lagi.Sebanyak empat kumpulan telah dibahagikan yang bertemakan makanan ringan iaitu Molto,Shibshi,Doritos dan Cheetos.Antara yang mencuit hati adalah acara tiup tepung dimana pelbagai gelagat dapat dilihat di muka seperti hantu tepung terkena sampuk.




Pada sebelah malamnya diadakan acara Indoor yang mempertandingkan segmen muzikal dan sketsa.Dalam acara muzikal kebanyakan kumpulan mempertandingkan dikir barat sebagai taruhan.Pelbagai gelagat dapat dilihat dimana sahabat yang berasal dari Utara , Selatan,timur dan barat Malaysia bergabung tenaga untuk menjayakan dikir barat edisi rojak. Setelah dinilai,kumpulan Molto telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan mengalahkan kumpulan yang lain.

BIAH 08 melabuhkan tirainya dengan dilaksanakan program penutupan. Majlis yang dijayakan dengan gilang gemilangnya bersama kenduri Aqiqah adik Mesyari Afifi yang merupakan cahaya pertama penasihat DPMS Ustaz Zanzuari Husain.Program yang dirasmikan oleh Presiden PMRAM yang baru Ustaz Khirul Anwar Ismail telah menasihatkan bahawa BIAH ini sebenarnya tidak akan tamat pada penutupan malam tersebut,bahkan akan berterusan selagi amanah tuntutan ilmu masih tertunggak dan perlu dipraktikkan setiap masa.Presiden juga menyampaikan ceramah motivasi sempena imtihan fasa dua yang akan menjelma menasihatkan agar berusaha bersungguh –sungguh bagi natijah yang cemerlang.Majlis tersebut dihadiri bersama dengan Mantan Ayahanda bagi Shibin yang baru dinaikan pangkat sebagai Lajnah Muhafazah iaitu Ustaz Rasul bin Amat.

Baca Seterusnya...