Miliki ARMA

Miliki ARMA

Menjelmanya Syaaban



Apabila menjelmanya bulan Syaban maka ia memberi petanda bahawa kita semakin hampir untuk bertemu dengan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba- NYA.Oleh itu sebagai persiapan untuk kita menghadapi bulan Ramadan ini ada antara kita tertanya-tanya tentang apakah amalan-amalan yang disunnahkan oleh Rasulullahs.a.w pada bulan Syaban ini.Sebenarnya, pada bulanSyaban Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan puasa hingga diriwayatkan bahawa baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.
Aisyah r.a berkata:"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihatRasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulanRamadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyakberpuasa melainkan pada bulanSyaban." Hadisriwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadisno: 1969.Justeru, hanya amalan puasa sahaja yang dilakukan olehRasulullah s.a.w khusus untuk bulan Syaban. Selain dari amalan ini tiada hadis sahih menunjukkan baginda mengkhususkan amalan-amalan tertentu sempena bulanSyaban. Malah, tidak wujud riwayat-riwayat daripada para sahabat menunjukkan mereka menyambut kedatanganSyaban dengan amalan-amalan tertentu.
Namun,amalan-amalan sunnah yang lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran,mengerjakan solat-solat sunat, membaca zikir-zikir dan doa-doa mathur boleh diteruskan sepanjang bulanSyaban sebagaimana bulan-bulan yang lain.Tentang hikmah Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan puasa pada bulan Syaban ini, al-Hafiz Ibn Hajar telah memberi komentar di dalam Fath al-Barijilid 11, mukasurat 369:"Hikmah yang lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada bulan Syaban adalah seperti yang disebutkan oleh hadis dengan darjat yang lebih sahih daripada hadis-hadis terdahulu.
Hadis ini diriwayatkan olehal-Nasaai dan Abu Daud serta disahihkan oleh IbnKhuzaimah daripada Usamah bin Zaid r.akatanya:"Aku bertanya Rasulullah s.a.w: YaRasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan-bulan lain sepert iengkau berpuasa dari sebahagian bulan Syaban. Bagindabersabda:Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulanRejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan-amalan kepada ALLAH, TUHAN semesta alam. Olehitu, aku suka supaya amalanku diangkatketika aku sedang berpuasa. - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya , hadis no: 2317.Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Syaban ini dengan menggandakan ibadah puasa.
KESIMPULAN
Jelas di sini bahawa Nabi s.a.w berpuasa pada sebahagian besar bulan Syaban.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya bagi kamu pada diriRasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)ALLAH dan(balasan baik) di hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (diwaktu susah dan senang)." Surah al-Ahzab: 21.Justeru, marilah kita hidupkan bulanSyaban inidengan memperbanyakkan ibadah puasa.Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaanALLAH serta mendapat balasan yang baik di hari akhirat kelak.

0 komentar: