Miliki ARMA

Miliki ARMA

MAT KE 18 DPMS – Mencari Nafas Baru


SHIBIN EL-KOM, 19 Ramadhan – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 18 telah berlangsung semalam di Bait Maghfirah, Shibin El-Kom, yang dibuka pendaftaran seawal jam 8.00 pagi. Dengan kehadiran ahli yang mencukupi, majlis MAT kali ini dapat dilaksanakan dan berakhir sekitar jam 2.30 petang.

Turut hadir pada MAT kali ini, wakil BP PMRAM yang menjadi pemerhati bagi perjalanan MAT yang berlangsung. Ustaz Ahmad Taufiq Mohd Dahlan (SUA PMRAM) bersama dengan BP angkat DPMS, Ustaz Abdul Aziz Ali, bertolak lebih awal ke Shibin El-Kom dan tiba pada malam sebelum MAT diadakan. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sebenarnya menggambarkan imej PMRAM yang positif dalam usaha menjayakan program PMRAM cawangan di serata Mesir.

Perjalanan MAT ke 18 ini mempunyai dua sesi utama iaitu perasmian dan MAT itu sendiri. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah MAT, Saudara Ust. Nik Mohd Arif Zakaria. Seterusnya diikuti ucapan oleh Pemangku Pengerusi DPMS, Ust. Mohd Redhuan Haji Arshad, sebelum dirasmikan oleh BP angkat DPMS iaitu Ust. Abdul Aziz Ali.

Dengan tema MAT kali ini ' Azhari Pewaris Kepimpinan Islam ' , para hadirin diseru untuk menghayati sudut pandang ini, yang dilihat penting untuk difahami secara baik oleh setiap mahasiswa yang bergelar azhari. Dalam kalam perasmiannya, Ustaz Abdul Aziz Ali menghuraikan pesanan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi (SYAQ) perihal persediaan seorang muslim dalam menyusun keutamaan hidupnya. Selaku mewakili pimpinan PMRAM pusat, beliau melihat tema kali ini bersesuaian untuk berperanan mengingatkan para mahasiswa agar pesanan SYAQ itu dapat disempurnakan dengan baik.

Seterusnya, majlis beralih kepada sesi MAT ke 18. Majlis dikendalikan oleh Pemangku Pengerusi yang juga merupakan Timbalan Pengerusi DPMS, Ustaz Mohd Redhuan Haji Arshad. Perjalanan MAT kali ini secara umumnya dapat menyempurnakan setiap proses yang perlu dilaksanakan. Respon daripada ahli yang hadir dilihat positif dalam menjayakan MAT yang diadakan meskipun dengan jumlah yang tidak ramai.

Sidang MAT yang hadir menyedari bahawa, terdapat kekhilafan dan kekurangan yang berlaku di sepanjang MAT berlangsung. Dengan respon yang diutarakan oleh wakil BP yang hadir, sedikit sebanyak telah membantu MAT kali ini lebih sempurna. Permasalahan yang berlaku telah diberikan jawapan dan jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Tentatif terakhir iaitu pembubaran dan pengisytiharan AJKT telah dapat dilaksanakan dengan baik. Kesemua yang dicalonkan telah diumumkan menang tanpa bertanding oleh ketua SPR PMRAM cawangan Shibin El-Kom, Ustaz Jamnul Azlan Mulkan. Pemilihan mereka sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT), adalah suatu pertanggungjawaban atau amanah yang bukan mudah untuk dipikul. Pun begitu dengan sokongan PMRAM pusat sebagai atasan, rakan—rakan DPM/BKAN yang lain serta yang terutamanya ahli DPMS, diharapkan dapat membantu para AJKT untuk mampu untuk berprestasi lebih baik dalam segenap perkara, amin.

Akhir kalam, ucapan terima kasih dan penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat menjayakan MAT kali ke 18 DPMS SESI 2009/2010 ini. Salam perjuangan..

0 komentar: