Miliki ARMA

Miliki ARMA

KAMSIS BERSAMA BP


SHIBIN EL-KOM,14 APRIL - Bermula selepas solat Maghrib, majlis KAMSIS mingguan telah diadakan, bertempat di rumah Ust. Che Ku Mohd Faisal ( Mutazawwijin ). Majlis dihadiri sebahagian besar ahli DPMS, dan turut menerima kunjungan daripada BP angkat DPMS, Ust. Abdul Aziz Ali. KAMSIS kali ini memberi kelainan, dengan suasana DPMS menerima pasangan mutazawwijin yang baru, iaitu Ust. Che Ku dan isteri, dan tentunya kerana atmosfera baru selepas Revolusi 25 Januari rakyat Mesir.

Pengisian KAMSIS sebagaimana biasa, dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil beramai-ramai. Kemudiannya diikuti dengan ucapan dan amanat daripada Pengerusi DPMS, Ust. Mohd Redhuan Arshad, yang menekankan perihal keselamatan, pengkuliahan dan bertalaqqi, yang perlu diambil cakna oleh ahli.

Seterusnya, satu ruangan khas diberikan kepada BP angkat DPMS, Ust. Abdul Aziz Ali, untuk menyampaikan amanat dan maklumat mewakili kepimpinan PMRAM Pusat.

Antara isu penting yang dikongsikan oleh beliau ialah, para azhari perlu bijak memanfaatkan peristiwa Revolusi 25 Januari rakyat Mesir, yang sedang hangat diperkatakan. Peluang untuk pulang ke Malaysia harus menjadi kayu ukur untuk para azhari menilai kembali apakah lagi persediaan yang perlu dilakukan sebagai orang yang akan turun ke dalam masyarakat suatu hari nanti.


Majlis kemudiannya membuka ruang bagi ahli untuk mengajukan persoalan. Beberapa isu berkenaan kedatangan pelajar baru dan urusan pengkuliahan al-Azhar adalah antara persoalan yang diajukan dan telah diberikan jawapan yang memuaskan oleh Ust. Abdul Aziz Ali.

Majlis berakhir dengan penyampaian tazkirah oleh Ust. Aminuddin Alias, diikuti bacaan doa sebelum hadirin dihidangkan dengan jamuan istimewa dari rumah mutazawwijin. Terima kasih kepada semua yang terlibat, Jazakumullah khairal jaza’.

0 komentar: