Miliki ARMA

Miliki ARMA

Isu Salah Laku Pegawai : PMRAM Kesal

KAHERAH, 4 Ogos - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memandang serius terhadap pendedahan dokumen rahsia di laman sosial Facebook serta email seorang Pegawai Atase di Education Malaysia.

Pendedahan ini telah membuktikan satu persatu perancangan dan gerak kerja pihak tertentu yang bersifat mainan politik kepartian ketika bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Mesir.

PMRAM
dengan tegas memandang isu ini sebagai isu salah laku dari sudut etika kerja penjawat awam dan kakitangan kerajaan yang mesti diambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga nama baik negara.

Secara
asas, pendedahan tersebut menunjukkan bahawa salah laku pegawai dalam menggunakan jawatan pegawai iaitu kakitangan kerajaan yang disandang sebagai kuasa perhubungan politik kepartian.

Kedua
, pertuduhan yang telah dibuat tanpa bukti yang kukuh adalah bertujuan menjatuhkan imej sesetengah pihak samada melibatkan mahasiswa mahasiswi atau kakitangan kerajaan yang lain.

Ketiga
, membuat tuduhan dan menamakan pegawai-pegawai tertentu termasuk kakitangan kedutaan dan pegawai-pegawai negeri atas laporan mereka tidak mesra UMNO dan perlu dihantar pulang, sekaligus menjatuhkan kredibiliti dan persepsi negatif terhadap mereka.

Keempat, mempertikai perlantikan jawatan TYT Duta yang dilantik oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong, telah dilaporkan bahawa penelitian terhadap pelantikan Duta mesti dibuat bagi memperjuangkan dasar-dasar kerajaan dan UMNO. Ini jelas bertentangan dasar perlantikan Duta oleh DYMM YDP Agong.

Justeru, PMRAM merasa kesal terhadap isu salah laku pegawai ini kerana selaku kakitangan kerajaan yang dihantar dan diamanahkan sepatutnya menjalankan misi kerajaan iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Namun, ia jelas bersalahan dengan misi kerajaan dengan membawa agenda politik kepartian dan memalukan imej sebagai kakitangan kerajaan dalam menjaga kebajikan mahasiswa/wi di Mesir.

0 komentar: