Miliki ARMA

Miliki ARMA

Aidil Adha tetap meriah..!


Sambutan Aidil Adha tetap meriah di Dewan Perwakilan MAhasiswa Shibin El Kom pada tahun ini walaupun kedatangan Imtihan fasal pertama bagi sesi pengajian 2007 /2008 bakal menjelma. Sambutan Aidil Adha kali ini lebih meriah dengan kedatangan mahasiswa baru yang baru ditempatkan dibumi Shibin el kom.
Selain itu,sambutan Aidil Adha kali ini lebih berbeza dengan dibuat program oleh Unit Dakwah dengan melaksanakan majlis takbir Aidil Adha dari rumah ke rumah.Majlis tersebut mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari seluruh ahli.Ini kerana, majlis seumpama ini julung-julung kalinya diadakan di Shibin el kom yang mana majlis seumpama ini sering dijalankan di Dewan Syeikh Al Arusi. Majlis tersebut belangsung pada malam hari raya selepas masuk waktu maghrib bermula dari rumah ustaz Hafiz Yahya dan berakhir dirumah Ustaz Luqman Zakaria di bahagian mantiqah Abu Bakar.Pada pagi Aidil Adha,seluruh warga Shibin el kom berkumpul beramai-ramai di perkarangan Stadium Shibin El kom bagi mengerjakan ibdah solat sunat Aidil Adha bersama- sama warga arab. Khutbah Aidil Adha kali ini yang dikhutbahkan oleh wakil Universiti Al Azhar. Khutbah kali ini menyentuh tentang kesatuan umat Islam masa kini.
Setelah selesai solat sunat Aidil Adha selesai,seluruh ahli DPMS berkumpul beramai-ramai
sambil bermaaf-maafan sesama saudara disamping diserikan lagi dengan mengambil gambar kenang-kenangan.



Setelah itu,seluruh ahli beramai-ramai menuju ke bahagian atas rumah Ustaz Zanzuari untuk besama-sama bergotong royong menyembelih kambing yang akan dikorbankan.Pada tahun ini, pihak DPMS telah bersepakat untuk bersama-sama dengan ahli DPMS untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Pada majlis tersebut,pelbagai ragam serta karenah yang menghiburkan hati dengan kehadiran mahasiswa baru yang pertama kali melihat bagaimana kambing disembelih mengikut cara arab mesir menyembelih kambing yang disembelihkan oleh ustaz zanzuari Husain.



Pada sebelah malamnya,diadakan majlis sambutan Adil Adha yang diadakan didewan Syeikh Al Arusi,Darul Irsyad. Majlis tersebut diadakan dengan gemilangnya yang diserikan dengan pelbagai agenda antaranya renungan peristiwa korban,perutusan dari Presiden PMRAM,takbir raya veresi Malaysia dan pelbagai lagi.Majlis tersebut diserikan lagi dengan pengumuman rumah terbuka dari beberapa ahli bermula pada hari raya pertama sehinggalah hari raya keempat.


Wartawan Media Menoufia kami yang membuat liputan telah menemuramah beberapa mahasiswa baru serta tetamu dari luar Shibin mendapati bahawa sambutan Aidil Adha di DPMS amat berbeza sekali berbanding dengan tempat lain.Ini kerana kekuatan ukhuwwah sesama ahli DPMS masih lagi utuh dan kuat dapat dibina walaupun bilangan ahli DPMS adalah paling sedikit berbanding dengan dewan perwakilan mahasiswa yang lain.


0 komentar: