Miliki ARMA

Miliki ARMA

Musim Sejuk Tiba, Exam Fasa 1 Bermula..... !

Sebagaimana diketahui bahawa imtihan fasal 1 dan juga imtihan takhaluf sudah pun disiarkan. Ini adalah demam yang paling digeruni oleh seluruh mahasiswa mahupun pelajar sekolah diseluruh Mesir.Demam ini juga turut dirasai oleh mahasiswa Al Azhar diseluruh cawangan bermula dari selatan hinggalah ke utara Mesir.Demam yang diramalkan merebak adalah "Demam Imtihan Fasa 1"..!.

Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El Kom juga dapat merasakan bahang imtihan yang melanda dari mahasiswa tahun satu hinggalah ke tahun empat bagi setiap fakulti. Situasi ini juga, telah mula melanda apabila ramai pensyarah-pensyarah kuliah mula memberikan nota-nota penting dan juga skema sukatan yang telah diajar, tambahan pula kedatangan Hari Raya AidilAdha yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh wartawan kami, ramai dikalangan ahli DPMS telah berlumba-lumba membuat kelas tutorial dan juga study group diantara mereka. Tempat yang menjadi sasaran utama adalah di dewan utama DPMS iaitu Dewan Syeikh Ahmad Al-Arusi, Darul Irsyad. Pelbagai cara atau tips-tips menjawab telah dikupaskan didalam kumpulan study group tersebut yang mana rata-rata ahlinya pulang ke "lubuk" sempena Imtihan.

Untuk makluman semua, pihak universiti Al Azhar cawangan Shibin el kom juga telah mengeluarkan pekeliling bahawa imtihan akan bermula pada 29 Disember 2007 ini dengan dimulai Imtihan Takhaluf sehingga 30 Disember 2007. Selepas itu, Imtihan Fasa 1 akan bermula pada 5 Januari 2008 termasuk juga fakulti bahasa arab.

Di samping itu, pihak Universiti telah mengeluarkan amaran awal tentang Imtihan takhaluf bagi sesi pengajian kedua dan juga Imtihan fasal kedua.Imtihan takhaluf bagi fasa kedua akan bermula pada 10 Mei 2008 dan Imtihan fasa kedua bermula pada 17 Mei 2007. Manakala, Imtihan Tasfiah juga akan berlangsung pada 6 September 2008 akan datang.

Kami juga telah menemuramah Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMS, Ustaz Hud Abd Rahman berkaitan situasi tersebut. Beliau menegaskan kepada seluruh ahli DPMS supaya mendapatkan jadual imtihan untuk fakulti masing-masing diruang legar universiti serta menumpukan kepada ulangkaji pelajaran.

Pengerusi DPMS, Ustaz Ahmad Farizan Abdul Hadi mewakili seluruh saf kepimpinan sesi 2007/2008 mengucapkan selamat menempuhi Imtihan fasa 1 serta selamat berjaya..!

0 komentar: