Miliki ARMA

Miliki ARMA

'Borong Sakan' di Maarad Kitab Kaherah


Rombongan DPMS ke maarad kitab yang berlangsung pada 28 Februari 2008 lalu menyaksikan peserta "memborong sakan"kiatb-kitab difestival tersebut.Rombongan ini yang disertai oleh 26 orang peserta yang bersama-sama untuk mencari dan memborong kitab di Festival Buku Antarabangsa kali ke 40 tahun yang berlangsung selama hampir dua minggu di Pusat Pameran Antarabangsa Kaherah.

Rombongan tersebut bertolak dari bandaraya Shibin el kom,diringi semangat yang berkobar-kobar untuk membeli kitab yang susah didapati di pasaran kitab tempatan,telah bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi lagi diruang legar di Dewan Syeikh Al Arusi,Darul Irsyad.

Rombongan tiba di festival tersebut tepat jam 10 pagi disajikan dengan sarapan pagi oleh pihak penganjur iaitu Unit Sambutan dan Rehlah DPMS yang diketuai oleh Ustaz Khamaruddin Ismail dibantu bersama oleh ustaz Husni Jamil dan Ustaz Salahuddin Arsyad.Rombongan mula memasuki pusat pameran dikenakan caj sebanyak LE 1 seorang sebagai tiket masuk ke tapak pameran.

Peserta mula bertaburan menjelajah serta mengimbangi bajet harga disetiap pelusuk dewan pameran.Pusat Pameran yang berkeluasan hampir 5 kali ganda padang bola memang memuaskan hati setiap pengunjung. Pelbagai jenis kitab dipamer dan dijual dengan harga yang berpatutan dari dalam dan luar negara.

Dewan pameran yang sering kali menjadi buruan setiap mahasiswa Al Azhar adalah didewan 6 yang mana merupakan tempat borongan kitab yang paling digemari oleh pembeli.Dewan tersebut menjadi tumpuan adalah kerana setiap syarikat percetakan yang ada didewan tersebut menawarkan harga yang begitu memuaskan hati pembeli serta cetakan buku yang berkualiti tinggi.

Setelah hampir 5 jam mencari dan memborong kitab,peserta rombongan mula kembali ke van sewa untuk pulang.Pelbagai karenah dan aksi peserta yang membawa kitab ke tempat meletak kereta yang mana jauh dari tempat pameran.Antara karenah yang mencuit hati adalah melihat peserta yang bertungkus-lumus membawa kitab yang dibeli begitu banyak ke van.Terdapat juga insiden-insiden yang mana peserta hampir terseliuh tangan akibat membawa kitab yang begitu banyak serta berat muatan.

Peserta mula meninggalkan pusat pameran jam 4 petang dan bertolak pulang ke Shibin el kom.Didalam van juga terdapat karenah dan aksi yang mencuit hati dimana terdapat peserta tersepit didalam longgokan kitab yang dibeli serta aksi "tidur-tidur ayam" akibat keletihan mencari dan memborong kitab.

Wartawan kami menemuramah beberapa peserta baru yang pertama kali mengikuti ke festival tersebut merasakan ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Ditanya pula kepuasan mengikuti rombongan ini,mereka menganggap mendapat kepuasan yang maksimum membeli kitab serta kurang berpuas hati kerana tidak dapat memborong kitab dengan lebih banyak lagi akibat longgokkan kitab yang begitu banyak dan penuh maklumat ilmiah.-Media Menoufia



0 komentar: