Miliki ARMA

Miliki ARMA

Festival Buku Antarabangsa Kaherah 2008

sila klik digambar untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Unit Sambutan & Rehlah DPMS sesi 07/08 ingin menjemput kepada seluruh ahli DPMS ke Festival Buku Kaherah 2008 (Maarad Kitab 1428 H) yang akan berlangsung pada 23 Januari-4 Februari 2008. Pihak USR ingin mengumumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai rombongan ke festival tersebut pada :


Tarikh : 28 Januari 2008 bersamaan 20 Muharram 1429 H
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tambang : LE 20
Tempat berkumpul : Dewan Darul Irsyad

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi Ketua Unit Sambutan & Rehlah DPMS, Ustaz Khamaruddin ditalian 011 4726313 untuk tempahan tempat duduk. Kuota dibuka seramai 20 orang sahaja. Pertambahan kuota bergantung kepada lebihan permintaan. Disamping itu, Makanan tengahari juga disediakan.

Maklumat tentang Maarad Kitab Kaherah edisi 2008.

Tarikh : 23 Jan-4 Feb 2008
Tempat : Pusat Pameran Antarabangsa Kaherah, Mesir.
Waktu dibuka : 10pagi-7malam

Festival Buku Antarabangsa Kaherah merupakan satu aktiviti kebudayaan di Timur Tengah dengan lebih 3000 pusat pameran dan lebih tiga juta pengunjung antarabangsa setiap tahun, serta merupakan festival buku terbesar didunia selepas di Frankfurt, Jerman.

Pameran ini mula diperkenalkan pada tahun 1969 dengan bertujuan merapatkan jurang antara buku-buku dalam bahasa Arab dengan bahasa-bahasa asing yang mana lebih terkehadapan sebelum ini. Dengan permulaan yang sedikit penyertaan, ia menjadi lambang kebudayaan, tarikan para intelektual, penerbit, penulis dan pencinta buku serata dunia sehinggalah ketika ini.

Antara yang dipamerkan serta dijual adalah seperti jurnal kesusasteraan, sains dan koleksi buku-buku intelektual. Terdapat juga pameran seni, seminar, muzikal dan perbincangan antara tetamu jemputan terkemuka dunia.



0 komentar: