Miliki ARMA

Miliki ARMA

BIAH 08 ; Thaqafah Di Pasak


Bulan Thaqafah & Tarbiah 08 (BIAH 08) baru sahaja melabuhkan tirainya pada 2 April yang lalu.Pelbagai program yang telah dilaksanakan dibawah pengurusan Unit pengetahuan & Pendidikan DPMS dengan usahasama Unit-Unit lain. Program yang memuatkan pelbagai thaqafah serta pembelajaran yang menarik telah disertai oleh keselurahan ahli DPMS bagi sesi 07/08.

BIAH 08 yang menyingkap tirainya pada malam 9 Mac 2008 yang dirasmikan penuh gilang-gemilang oleh wakil Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Rasul bin Amat selaku BP angkat bagi muhafazah Shibin el kom.Program yang terawal membuka sayapnya adalah kursus sembelihan yang dianjurkan oleh Unit Dakwah DPMS.Program yang didiskusikan oleh pendiskusi berpengalaman ,Ustaz Zanzuari Husain yang memerangkap penasihat II DPMS telah membentangkan penggunaan kaedah yang betul dalam proses penyembelihan haiwan.Disamping itu juga peserta juga dapat mempraktikkan secara langsung sembelihan disamping diajarkan oleh pendiskusi.Sebanyak empat ekor ayam dan dua ekor anak merpati telah ditumbangkan dalam majlis tersebut.

Kursus Adobe PhotoShop pula menyusul pada 10 Mac 2008 dibawah pengurusan Unit Penerangan & Penerbitan DPMS yang berlangsung di Dewan Syeikh Al Arusi, Darul Irsyad. Program yang berbentuk penggunaan sistem grafik telah didiskusikan oleh pendiskusi jemputan dari Kaherah iaitu Ustaz Mohd Azmeer bin Maiden. Didalam program tersebut,peserta diajarkan penggunaan sistem grafik Adobe PhotoShope dengan kaedah yang betul.Sebanyak tiga buah komputer yang dilengkapi oleh alat komputer yang berkapasiti tinggi telah digunakan dalam program tersebut dan peserta juga berpeluang mempraktikkan secara langsung penggunaan Adobe didalam kumpulan-kumpulan yang dibentuk.

Program diteruskan lagi dengan Kursus Khat yang diseliakan oleh Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan DPMS yang berlangsung pada 11 Mac 2008 yang lalu.Program yang didiskusikan oleh seorang pakar jemputan khas telah mendiskusikan dan membentangkan pelbagai jenis seni kaligrafi Khat Islam yang mahsyur di era empayar khalifah Islamiah.Disamping itu juga peserta diajar menggunakan pen khas untuk membuat kaligrafi serta dakwat yang sesuai dalam pembentukan seni halus khat.

Selain itu program Diskusi Kitab Dhbit Lisan telah diadakan pada 12 Mac 2008 yang didiskusikan oleh pendiskusi jemputan,Ustaz Syafiq.Beliau adalah mahasiswa tahun akhir kuliah Bahasa Arab disamping merupakan pelajar yang mempunyai Sanad dalam bidang fasihah Al Quran yang disanadkan oleh Syeikh terkemuka,iaitu Syeikh Abd Azim bin Sya'ban.Dalam program tersebut peserta diajar membaca surah Al Fatihah dengan cara sebutan yang betul disamping mendiskusi kitab.Pada keesokan malamnya diadakan diskusi tentang pemtembungan antara falsafah barat dan falsafah Islam yang di bentangkan oleh Ustaz Mujahid yang dijemput khas dari Kaherah.Beliau mendiskusikan menggunakan buku "Monograf Prasasti Perak" keluaran Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Perak.

Pada 20 Mac 2008 diadakan sambutan Maulidurrasul yang berlangsung di Dewan Syeikh Al Arusi,Darul Irsyad.Dalam program tersebut diadakan bacaan madih-madih pujian keatas junjungan besar Nabi Muhammad Salallah Alaihi Wassalam.Disamping itu juga diadakan pembentangan kertas kerja oleh tetamu jemputan dari kuliah perubatan Universiti Ain Syam,Kaherah.Antara tajuk menarik adalah penggunaan kaedah IVF ataupun dikenali bayi tabung uji dari sudut perubatan dan kesesuaian syara'.

Program diteruskan lagi dengan Unit Sambutan dan Rehlah(USR) DPMS yang telah mengadakan “jaulah Maqam sekitar Mansurah dan Dumyat” yang berlangsung dengan jayanya pada 26 Mac 2008 yang diseliakan oleh Ketua Unitnya Ustaz Khamaruddin Ismail. Rombongan yang disertai seramai 42 orang telah menempah sebanyak tiga buah van dari Mansurah untuk melawat maqam sekitar Mansurah.USR terpaksa menempah van dari Mansurah berikutan peraturan Kementerian Pengangkutan Mesir yang menetapkan hanya satu destinasi sahaja dibenarkan untuk sebuah perjalanan. Rombongan yang telah diadakan ,telah menziarahi maqam-maqam aulia’ seperti Maqam Syeikh Mutawaly Sya’rawy, Sahabat Abdullah bin Sallam,Syeikh Jaddul Haqq dan lain lagi.Selain itu,rombongan juga dibawa melawat kesan tinggalan Firaun yang terletak ditengah-tengah ladang gandum yang kering kontang akibat dilaknat oleh Allah SWT.Setelah itu rombongan terus menuju ke Utara Mesir iaitu Dumyat. Rombongan telah di bawa melawat sekitar Ra’sul Bahr yang terletak di Dumyat yang merupakan hulu sungai Nil yang merentasi sepanjang Benua Afrika.


Program dirancakan lagi dengan Hari Keluarga atau pun Family Day DPMS telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan (UKKS) pada 29 Mac 2008. Program yang diarahkan sepenuhnya oleh Saudara Hairul Hafiz Amri yang memerangkap AJKT bagi UKKS telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Program yang bertemakan “Keluarga Bahagia” dipilih berdasarkan ikatan persaudaraan yang wujud di DPMS adalah berbentuk seperti sistem kekeluargaan yang tidak wujud di muhafazah lain.Program ini yang bermula seawal jam 7.30 pagi bagi sesi outdoor yang dirasmikan oleh Pengerusi DPMS, Ustaz Ahmad Farizan Abd Hadi. Sambutan kali ini amat menggalakan daripada ahli DPMS yang mana kebanyakan pulang dari Kaherah ke Shibin semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyertainya.Antara sukaneka yang dipertandingkan adalah,tiup tepung,ulat bulu,sepak penalti, isi air dalam bol dan pelbagai lagi.Sebanyak empat kumpulan telah dibahagikan yang bertemakan makanan ringan iaitu Molto,Shibshi,Doritos dan Cheetos.Antara yang mencuit hati adalah acara tiup tepung dimana pelbagai gelagat dapat dilihat di muka seperti hantu tepung terkena sampuk.




Pada sebelah malamnya diadakan acara Indoor yang mempertandingkan segmen muzikal dan sketsa.Dalam acara muzikal kebanyakan kumpulan mempertandingkan dikir barat sebagai taruhan.Pelbagai gelagat dapat dilihat dimana sahabat yang berasal dari Utara , Selatan,timur dan barat Malaysia bergabung tenaga untuk menjayakan dikir barat edisi rojak. Setelah dinilai,kumpulan Molto telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan mengalahkan kumpulan yang lain.

BIAH 08 melabuhkan tirainya dengan dilaksanakan program penutupan. Majlis yang dijayakan dengan gilang gemilangnya bersama kenduri Aqiqah adik Mesyari Afifi yang merupakan cahaya pertama penasihat DPMS Ustaz Zanzuari Husain.Program yang dirasmikan oleh Presiden PMRAM yang baru Ustaz Khirul Anwar Ismail telah menasihatkan bahawa BIAH ini sebenarnya tidak akan tamat pada penutupan malam tersebut,bahkan akan berterusan selagi amanah tuntutan ilmu masih tertunggak dan perlu dipraktikkan setiap masa.Presiden juga menyampaikan ceramah motivasi sempena imtihan fasa dua yang akan menjelma menasihatkan agar berusaha bersungguh –sungguh bagi natijah yang cemerlang.Majlis tersebut dihadiri bersama dengan Mantan Ayahanda bagi Shibin yang baru dinaikan pangkat sebagai Lajnah Muhafazah iaitu Ustaz Rasul bin Amat.

0 komentar: