Miliki ARMA

Miliki ARMA

Majlis penutup BIAH '09

22 Rabiul akhir 1430H bersamaan 18 April 09 bertempat di DarulIrsyad telah berlansung majlis penutup BIAH '09. Majlis yang menjadi kemuncak bagi sebulan program dalam bulan thaqofah dan tarbiah kali ini mendapat kunjungan khas dari Badan Pengurus PMRAM yang diundang untuk hadir menyempurnakan majlis. BP tersebut ialah ust.Zuhaili Bin Saiman (Naib Presiden ||| , Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan) selaku perasmi penutup BIAH '09 dan selaku motivator khas sempena imtihan yang bakal tiba. Majlis diserikan dengan kehadiran Ust Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim (timb setiausaha agung) selaku bapa angkat bagi Shibin el -kom bersama dengan Ust Meor Mohammad hairul Anuar Bin Hairudin beliau tidak dapat hadir kali ini.

Majlis yang dikendalikan oleh Ust Kamal selaku pengerusi majlis pada malam tersebut berjalan dengan lancar dengan kehadiran yang ramai dikalangan ahli DPMS. Turut mengisi majlis ucapan dari pengarah BIAH '09 Ust Ridhuan haji Arsyad (ketua unit pengetahuan dan pendidikan) dan ucapan dari wakil pengerusi DPMS Ust Jamnul Azlan Bin Mulkan selaku unit perancang dan majlis diteruskan dengan menjemput Ust Zuhaili menyampaikan motivasi imtihan kepada ahli, beliau yang banyak berkongsi maklumat serta pengalaman dalam belajar mengaitkan konsep ilmu dalam segala bidang kehidupan, sebagai contoh kisah yang kita sedia maklum tentang bagaimana awal penciptaan manusia yang dirakamkan oleh Allah swt dalam surah Al-Baqorah yang pada awalnya malaikat mempersoalkan kejadian manusia sebagai khalifah di bumi lalu Allah berfirman "aku lebih tahu apa yang kamu(malaikat) tidak mengetahui" lalu bagaimana Allah SWT meng i3'naqkan (memuaskan hati) para malaikat bahawa manusia ini layak sebagai khalifah tatkala Allah SWt mengajarkan kepada Nabi Adam tentang nama-nama lalu dibuat pertandingan antara malaikat dan nabi Adam tentang nama-nama lalu malaikat berserah diri dengan menyebut "tiada ilmu bagi kami melainkan apa yang telah engkau kurniakan kepada kami.." lalu Nabi Adam terus menyebut kesemua nama-nama dan malaikat pun tunduk akur dengan arahan Allah SWT. Jelas disini bagaimana kelebihan ilmu dan pengetahuan kepada seorang azhari dalam mendepani ummah. Antara mutiara hikmah yang sempat dititip sepanjang majlis ialah jangan kerana ujian duri kecil dijalanan kita sanggup menggadaikan matlamat yang begitu berharga. beliau turut menegaskan bahawa kejayaan yang kita capai adalah disebabkan pengorbanan sahabat kita yang gagal dengan membuat satu analogi bagaimana hujung piranid itu dapat berada diatas jika bukan dengan bantuan dari pihak yang di bawah. justeru bila kita berada di pihak yang berjaya jangan lupa melihat kepada mereka yang tidak berjaya agar kita saling bantu-membantu dalam belajar.

Turut berucap ialah Ust Malik sebagai bapa angkat shibin, beliau menyatakan rasa terharu dan berkongsi sedikit tips dalam belajar serta kepentingan kita menyusun jadual waktu dan belajar ukur baju badan sendiri kerana setiap manusia berbeza antara satu sama lain dari sudut kepandaian dan waktu-waktu belajar yang tersendiri.
turut dikongsikan bagaimana asal usul Al-Azhar mendapat nama dan kelebihan serta kehebatan syeikh Azhar sendiri yang banyak diceritakan oleh Dr Ali Jum'ah dalam majlis ilmu beliau. beliau turut membawa persoalan tentang nikmat kegagalan berbanding kejayaan yang membuka minda ahli dengan menaqolkan kata-kata ulama iaitu perkara yang Allah tunaikan di dunia ini ada 3 jenis

1-Apabila hamba meminta kebaikan dan Allah swt memakbulkan doa dengan diberi sebagaiman yang diminta.
2-Seorang hamba meminta kebaikan dan Allah swt tidak menberi kebaikan yang diminta, namun diganti dengan kebaikan yang lain dan itu lebih baik bagi hambanya dalam situasi tersebut.
3-Seorang hamba memohon kebaikan di dunia lalu tuhan tangguhkan doanya dengan menolak bala yang akan memimpanya. sebagai contoh kita meminta kaya lalu Allah Swt menolak bala penyakit bisu dari menimpa kita,dan jika diberi pilihan kepada kita antara kaya dengan bisu pasti kita memilih menolak bala penyakit bisu.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sedikit kenang-kenangan dari pihak DPMS.



pengarah BIAH (Ust Ridhuan), Ust Jamnul Azlan (wakil pengerusi DPMS), dan Bapa angkat Ust Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim.
Ust Muhammad Zuhaili Bin Saiman.

Antara ahli yang memeriahkan majlis.


0 komentar: