Miliki ARMA

Miliki ARMA

kuliah jam'iah bermula.




Isnin, 13 April 2009.
Alhamdulillah setelah menyumbangkan bantuan zakat kepada ahli Dpms kali ini Jamiah Syar'iah sekali lagi telah menyumbangkan ilmu yang amat berguna kepada kami dengan menyediakan kelas Tafaqquh seperti madah hadis, tafsir, sirah, Al~Qura'an dan tajwid,
kelas yang bermula selepas Asar dan memakan masa sekitar 1 jam setengah.

hari ini merupakan hari yang pertama bermulanya kelas tafaqquh yang mendapat sambutan baik dari kalangan ahli DPMS. Sebagaimana dimaklumi bahawa kelas tafaqquh bersama ust roslan yang dikendalikan oleh unit pengetahuan dan pendidikan telah berjaya memberi ruang ilmu yang cukup bermanfaat kepada ahli, dan kali ini ruang ilmu itu dibuka lebih luas lagi dengan kelas jam'iah yang baru bermula hari ini. Seperti dijadualkan sebanyak dua hari dalam seminggu iaitu pada hari isnin dan khamis dikhususkan untuk kelas ini.

kelas yang berlansung pada hari ini iaitu madah hadis yang dikendalikan oleh Dr.Taufiq ahmad Salman yang juga merupakan dr. Al~Azhar sendiri. Melihat kepada fatrah semasa iaitu musim imtihan telah dekat jadi beliau mengambil inisiatif untuk membantu ahli DPMS dalam segala masaalah yang bersangkutan dengan madah pada semester kali ini. Ramai yang mengambil peluang tasmi' al~qur'an dengan dr diakhir kelas dan banyak lagi hafalan yang perlu dibaiki, semoga ianya menjadi muhasabah ahli untuk berdepan dengan imtihan yang sebenar.
untuk makluman ahli kelas ini akan diteruskan seperti biasa sehinggalah diberitahu waktu tawaqquf untuk persediaan imtihan. dan insyaAllah kelas akan kembali seperti biasa selepas imtihan.

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

semoga semua ahli sheben ambik peluag nih