Miliki ARMA

Miliki ARMA

Tabah hadapi ujian - buat Ust. Jamal Najmuddin

DPMS, 18 Oktober 2010 - Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang telah menimpa aktivis PMRAM iaitu Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman atau dikenali Ustaz Jamal ketika mana beliau menunggang motosikal untuk menjayakan program KEJORA PMRAM di Ismailliyah.

Kemalangan tersebut berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk datang semula ke Ismailiah bagi mengiringi peserta mahasiswi dari Kaherah ke program KEJORA '10. Ia dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang datang dari arah belakang lalu merempuh beliau sehingga menyebabkan beliau hilang kawalan dan terus terjatuh.

Alhamdulillah daripada khabar yang diterima, beliau sekarang dalam keadaan stabil. Beliau telah dimasukkan ke hospital berdekatan di daerah Ismailliyah dan dihantar sendiri oleh Presiden PMRAM Ustaz Shahrizan Mohd Hazime dan Timbalan Presiden Ustaz Zuhaili Bin Saiman serta sahabat beliau saudara Fakhrurrazi.

Kami barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir Shibin El-kom sesi 2010/2011 dan warga DPMS semuanya mendoakan agar Ustaz Jamal lekas sembuh dan sihat seperti biasa. Semoga beliau sentiasa sabar dan tabah untuk terus thabat dalam memberikan khidmat bakti kepada persatuan induk mahasiswa di Mesir , PMRAM yang kita cintai. Jazakallah khairal jaza'


0 komentar: