Miliki ARMA

Miliki ARMA

AIDIL ADHA 1431 H DI SHIBIN EL-KOM

SHIBIN EL-KOM, 17 NOVEMBER – Majlis Sambutan Aidil Adha 1431 H ( MAJID ’10) telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan Syeikh Mustafa Al-Arusi, Darul Irsyad. Kemeriahan sambutan kali ini terasa bahangnya dengan kehadiran wakil BP PMRAM yang turut hadir pada majlis tersebut.

Dengan tema “ Nikmat Disyukuri Ibrah Dihayati “, MAJID ’10 kali diadakan sempena meraikan hari kebesaran Islam dan dengan harapan dapat menyatukan komuniti ahli DPM Shibin El-Kom yang berada di Mesir.

Majlis bermula dengan slot ucapan daripada Pengarah program MAJID ’10, diikuti ucapan Pengerusi DPMS dan diakhiri dengan kalam perasmian daripada wakil BP PMRAM. Program yang bermula selepas solat Isyak itu, berakhir kira-kira jam 9 malam.

Dalam ucapan aluannya, Sdr. Mohd Hafidz Yahaya, selaku Pengarah MAJID ’10, sempat menyentuh tentang qadhiah pemusatan pelajar baru di Kaherah. Ketiadaan pelapis baru sememangnya memberi kesan kepada perjalanan aktiviti DPM. Pun begitu, katanya sedikitnya bilangan warga di muhafazah bukan sebab untuk terhenti, tetapi sedikitnya bilangan akan memberi lebih erti-yang tersendiri , insyaAllah.

Seterusnya pada malam ini juga, para hadirin juga sempat mendengar perutusan Aidil Adha Presiden PMRAM 2010, yang dibacakan sendiri oleh Naib Presiden 2, merangkap ketua Lajnah Muhafazah, Sdr. Muhammad Azlan Hj. Alias. Beliau yang tiba dari Tanta, turut ditemani oleh Timbalan Presiden PMRAM, Sdr. Mohd Zuhaili Saiman, BP Sdr. Alhidayat Khalil dan BP angkat DPMS, Sdr. Abdul Aziz Ali.

Majlis berakhir dengan alunan gema takbir secara beramai-ramai sebelum hadirin dihidangkan dengan jamuan yang disediakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

0 komentar: