skip to main |
skip to sidebar

bersama kita perbaiki yang tempang dan perbetulkan yang salah,
betulkan niat kerana Allah swt dan semoga medium yang disediakan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli DPMS untuk kebaikan serta keutuhan persatuan kita insyaAllah.
Baca Seterusnya...

Isnin, 13 April 2009.
Alhamdulillah setelah menyumbangkan bantuan zakat kepada ahli Dpms kali ini Jamiah Syar'iah sekali lagi telah menyumbangkan ilmu yang amat berguna kepada kami dengan menyediakan kelas Tafaqquh seperti madah hadis, tafsir, sirah, Al~Qura'an dan tajwid,
kelas yang bermula selepas Asar dan memakan masa sekitar 1 jam setengah.
hari ini merupakan hari yang pertama bermulanya kelas tafaqquh yang mendapat sambutan baik dari kalangan ahli DPMS. Sebagaimana dimaklumi bahawa kelas tafaqquh bersama ust roslan yang dikendalikan oleh unit pengetahuan dan pendidikan telah berjaya memberi ruang ilmu yang cukup bermanfaat kepada ahli, dan kali ini ruang ilmu itu dibuka lebih luas lagi dengan kelas jam'iah yang baru bermula hari ini. Seperti dijadualkan sebanyak dua hari dalam seminggu iaitu pada hari isnin dan khamis dikhususkan untuk kelas ini.
kelas yang berlansung pada hari ini iaitu madah hadis yang dikendalikan oleh Dr.Taufiq ahmad Salman yang juga merupakan dr. Al~Azhar sendiri. Melihat kepada fatrah semasa iaitu musim imtihan telah dekat jadi beliau mengambil inisiatif untuk membantu ahli DPMS dalam segala masaalah yang bersangkutan dengan madah pada semester kali ini. Ramai yang mengambil peluang tasmi' al~qur'an dengan dr diakhir kelas dan banyak lagi hafalan yang perlu dibaiki, semoga ianya menjadi muhasabah ahli untuk berdepan dengan imtihan yang sebenar.
untuk makluman ahli kelas ini akan diteruskan seperti biasa sehinggalah diberitahu waktu tawaqquf untuk persediaan imtihan. dan insyaAllah kelas akan kembali seperti biasa selepas imtihan.
Baca Seterusnya...

Pada 16 april yang lalu unit sambutan dan rehlah telah bekerjasama dengan unit pengetahuan dan pendidikan telah berjaya menganjurkan satu jaulah maqom sekitar kaherah bersempena bulan thaqofah dan tarbiah "BIAH".
Seramai 11 orang ahli dpms telah mendaftarkan diri dan telah bersiap sedia seawal jam 6.45 pagi di mau'af shibin el ~kom, dengan bayaran sebanyak L.E 40.00 untuk sewa tremco dan makan sudah cukup memberi kepuasan kepada ahli sepanjang jaulah ini berlansung.
Menaiki tremco dari shibin terus ke muzollat seterusnya jaulah diteruskan dengan menaiki tremco yang disewa (dari muzollat) untuk jaulah kali ini amat selesa dan masih baru, terus ke masjid al~azhar dan musyrif yang bertanggung- jawab memberi penerangan sepanjang jaulah kali ini telah memberi penjelasan yang berguna.
antara tempat yang menarik yang menjadi tentatif sepanjang jaulah kali ini ialah : Maqom Saidina Husain, Maqom Syeikh Hassan Adawi, Masjid & Maqom Saidina Nafisah, Masjid & MaqomSaidina Zainab, Maqom Syeikh Sya'rani, Maqom Imam Ramli ,
Masjid Sultan Hanafi (disini kami sempat melawat tempat yang dikatakan terdapat Air Zam-Zam), Maqom Ibn Hisyam, masjid 4 Mazhab, Maqom Imam Syafi'e, Maqom Ibn - AthoillahAl~iskandari, maqom Abi jamrah, Maqom Wali shorir,
tepat jam 7.00 malam kami telah selamat kembali ke shibin El~Kom membawa semangat dan harapan yang telah dijana sepanjang jaulah..semoga Allah S.W.T merahmati kesemua wali dan syeikh yang sempat kami ziarahi dan tak lupa kepada seluruh muslimin dan muslimat .
untuk melihat gambar sepanjang jaulah boleh pergi ke klik galeri
Baca Seterusnya...