Miliki ARMA

Miliki ARMA

Menoufia F.C kempunan lagi..!


Skuad Menoufia F.C 08 tampil dengan barisan pemain baru, semangat baru,stategi baru, Pegurusan baru berbeza dengan Piala Malaysia 07 sebelum ini namun gelombang kemaraan Skuad Menoufia f.c di kejohanan Piala Presiden PMRAM 2008 tersekat selepas sekadar seri dengan Skuad negeri Melaka 0-0 sekaligus gagal untuk melayakan diri ke peringkat suku akhir

Skuad Menoufia f.c yang diundi bersama-sama pasukan Johor,Melaka,Kemboja,Perak dan Zaqazik di kumpulan C telah menunjukkan aksi yang begitu mantap.Menoufia f.c yg dibimbing oleh pengurus pasukan Ust. Aminuddin Alias telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sejak kenaikan beliau.
Perlawanan pertama pada 2/2/2008 yang menyaksikan skuad Menoufia bertemu dengan pasukan negeri Johor yang mana menyaksikan kekalahan 2-0.Pasukan Johor begitu rakus menyumbat gol hasil dari sedikit kesilapan pertahanan yang yang belum mendapat keserasian lalu menewaskan penjaga gol utama Nasrullah Che Halim.Pengurus pasukan Menoufia f.c mengulas bahawa faktor kekalahan tersebut adalah disebabkan gemuruh dan kesilapan teknikal percaturan.Namun permainan dapat dikawal sebaiknya oleh skuad Menoufia f.c.


Hari pertama juga belangsung perlawanan antara Menoufia f.c menentang pasukan jemputan PMRAM iaitu pasukan dari negara Kemboja (Cambodia).Perlawanan ini menyaksikan skuad Menoufia f.c sekadar seri 1-1. Gol penyamaan skuad Menoufia f.c dijaringkan oleh Ust Azmi Abdullah hasil hantaran lintang pemain tengah sensasi Ust. Wan Tarazi Wan Hamzah melewati kaki Azmi lalu dirembat kencang menewaskan penjaga gol Kemboja sekaligus melenyapkan impian untuk menang yang mana lebih awal menjaringkan gol di babak separuh masa pertama. Keadaan tidak berubah sehingga wisel penamat dengan keputusan penuh seri 1-1.


Perlawanan seterusnya pada 5/2/2008 menyaksikan pertemuan dengan pasukan negeri Perak dimana skuad bimbimgan Ustaz Zulhazwan Ismail selaku Kapten pasukan telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Gol tunggal yang dijaringkan oleh penyerang sensasi Ust Hairul Hafiz Amri yang meledakan gol ke gawang Perak apabila bola muntah tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Perak. Kegagalan Perak membalas jaringan berlanjutan sehingga tamat permainan.Kejayaan ini merupakan kemenangan pertama bagi skuad Menoufia f.c sekaligus menyapu 3 mata penuh.


Pada hari yang sama juga menyaksikan pertemuan antara skuad Menoufia f.c menentang pasukan Zagazik.Perlawanan ini menyaksikan kemenangan berganda skuad Menoufia f.c untuk memastikan 3 mata penuh menjadikan jumlah pengutan mata ketika itu 7 mata.Peluang muncul apabila Skuad Menoufia f.c dihadiahkan sepakan percuma oleh pengadil perlawanan setelah Ust Zulhazwan dikasari.Sepakan tersebut disempurnakan oleh beliau sendiri yang menghasilkan gol kemenangan apabila Ust Abdullah Khairi Mohd Sapien berjaya mengelirukan penjaga gol Zaqazik.




Perlawanan terahir peringkat kumpulan C pada 6/2/08 yang juga merupakan perlawanan penentuan untuk ke peringkat suku akhir menyaksikan pertembungan sengit dengan pasukan negeri Melaka.Skuad Menoufia f.c yang menguasai perlawanan tersebut gagal memecah kebuntuan untuk menghasilkan gol sekalipun peluang demi peluang dihasilkan.Keadaan ini berlanjutan sehingga tamat perlawanan dengan sekadar seri tanpa sebarang jaringan.Skuad anak didik Ust Aminuddin Alias terpaksa berpuas hati ditempat ketiga peringkat kumpulan setelah gagal memungut 3 mata penuh pada perlawanan tersebut.Skuad Menoufia f.c hanya berjaya mengumpul 8 mata berbanding Zaqazik dan negeri Melaka masing-masing 10 mata.




Apabila Wartawan kami menemuramah sebilangan permain Menoufia f.c rata-rata merasakan berpuas hati dengan tahap permainan serta wujud bibit-bibit ukhuwah walaupun gagal untuk meneruskan perjuangan.





Namun seluruh warga Media Menoufia serta kepimpinan AJKT DPMS mengucapkan tahniah dan syabas serta selamat maju jaya kepada skuad Menoufia f.c.Majulah sukan untuk PMRAM..!

0 komentar: