Miliki ARMA

Miliki ARMA

EHSAS 08 ; Penuh Kepuasan


Ekspedisi Rehlah Saedah semenanjung Sinai 08 yang dianjurkan oleh Unit Sambutan dan Rehlah DPMS pada 11 hingga 13 Februari yang lalu penuh kegembiraan dan keriangan terpancar dari seluruh peserta rehlah tersebut yang disertai oleh peserta dari luar dan dalam Shibin el kom.Ekspedisi yang bertolak dari Shibin el kom pada tepat jam 1 pagi waktu tempatan berkumpul di Dewan Syeikh Ahmad Al Arusi,menuju ke semenanjung Sinai dimana hampir 49 orang peserta termasuk komuniti pelaksana telah menyertainya.Ekspedisi berehat sebentar disempadan Suez tepat jam 4 pagi untuk menunaikan solat subuh serta sarapan.Ekspedisi mula memasuki sempadan melalui terowong Ahmad Hamdy merentasi terusan Suez yang digali pada tahun 1859-M oleh seorang jurutera Perancis semasa pemerintahan Said Basha.


Lokasi pertama yang dilawati adalah Uyun Musa yang terletak hampir 10km dari terusan Suez.Uyun Musa adalah merupakan tempat persingahan Nabi Musa A.S untuk bersuci setelah dikejar oleh tentera Firaun yang terletak ditengah-tengah perjalanan antara Suez dan Thur Sinai.Setelah itu ekspedisi menuju ke Kubu Israel yang terletak berhampiran dengan Uyun Musa.


Kubu Israel adalah kesan kubu yang dibina oleh tentera Israel semasa peperangan antara Israel-Mesir ketika pemerintahan Presiden Anwar Sadat.kubu tersebut dapat dihancurkan oleh tentera Mesir setelah diarahkan untuk memusnahkanya hanya menggunakan tembakan air.Arahan tersebut telah diarahkan oleh Syeikhul Azhar ketika itu Syeikh Abd Halim Mahmud menerusi mimpinya.

Ekspedisi diteruskan menuju ke timur semenanjung Sinai iaitu Taba.Sebelum tiba di Taba,ekspedisi berhenti sebentar di tengah-tengah lembah dimana terdapat satu cop mohor ketika pemerintahan khalifah Islamiah. Cop mohor tersebut dibina diatas dinding sebuah batu kapur yang terletak ditengah-tengah jalan.Ia dibina bertujuan sebagai petanda arah dari untuk umat Islam dibenua Afrika ketika itu untuk menunaikan haji ke Makkah.

Untuk tiba di Taba,ekspedisi terpaksa merentasi Banjaran Teh dimana kaum Bani Israel telah disesatkan oleh Allah S.W.T kerana keengganan mereka mematuhi arahan Nabi Musa A.S untuk berperang untuk mendapatkan tanah di Palestin.Ekspedisi merentasi banjaran selama hampir sejam.
Rombongan ekspedisi tiba di Taba tepat jam 1.30 tengahari dan peserta disajikan dengan bergambar beramai-ramai di depan Hotel Hilton yang bersempadan dengan Mesir-Israel.
Setelah itu peserta ekspedisi disajikan dengan hidangan makan tengahari oleh komuniti pelaksana setelah solat Jama' berjamaah disebuah masjid disitu.Setelah itu,peserta melawat kubu Salahuddin Al Ayubi yang berhampiran dengan sempadan Israel.Kubu tersebut dibina semasa pemerintahan Jeneral Salahuddin Al Ayubi bagi melawan tentera Salib. Kubu tersebut merupakan tempat strategik untuk peperangan yang mana boleh menguasai empat negara iaitu Arab Saudi,Jordan,Israel dan Mesir.




Ekspedisi diteruskan menuju ke tengara Semenanjung Sinai iaitu Dahab.Ekspedisi tiba di Dahab tepat jam 7 malam dan peserta mula memasuki hotel yang ditempah oleh pihak komuniti pelaksana.
Dahab merupakan tempat pelancongan yang masyhur dikalangan pelancong barat kerana ia murupakan tempat persingahan yang berada di tepi pantai Laut Merah.Ia menjadi tumpuan kerana aktiviti Scuba Diving yang menjanjikan permandangan dasar laut yang menarik.Ekspedisi bermalam semalaman di Dahab sambil mengambil kesempatan membeli cenderamata kenangan serta meninjau permandangan pantai Laut Merah.
Disebelah paginya,peserta dibawa ke Blue Holes,iaitu tempat snorkling yang paling menarik disitu.Peserta menghabiskan hampir dua jam untuk menikmati permandangan dasar laut yang begitu menarik.




Ekspedisi diteruskan lagi menuju ke St Chatrienne,iaitu tempat terdapatnya sejarah besar Nabi Musa A.S.
Didalam pertengahan perjalan,ekspedisi berhenti seketika di sebuah tempat permandangan indah.Peserta begitu seronok mengambil gambar permandangan yang jarang sekali ditemui.

Ekspedisi tiba di St Chatrinne tepat jam 2 petang dan dibawa melawat maqam Nabi Saleh A.S,maqam Nabi Harun A.S, kesan lembu Samiri,Airmata 12 kaum Nabi Musa A.S,serta Wadi Arbaein.





Peserta berehat seketika disebuah Fox Camp sambil menikmati makan malam serta bersiap sedia sebelum meneruskan ekspedisi pendakian ke Jabal Musa.


Ekspedisi pendakian mula bergerak mendaki tepat jam 1 pagi yang diselubungi kesejukan hampir mencecah paras negatif.Peserta mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai di puncak dimana tempat Nabi Musa A.S bermunajat kepada Allah S.W.T selamat 40 hari.Peserta tiba dipuncak tepat jam 4 pagi sambil menunggu waktu subuh.

Setelah menunaikan solat Subuh berjamaah,peserta bersama-sama mengambil gambar kenangan sambil berhimpit-himpit bersama pelancong asing yang turut sama bergambar.Tahap kesejukan di puncak dikhabarkan hampir melebihi paras negatif disamping tiupan angin sejuk dipuncak bukit.



Ekspedisi mula menuruni Jabal Musa jam 7 pagi serta berehat sebentar di perkampungan Nabi Shuib A.S yang terletak ditengah-tengan banjaran Jabal Musa.Disamping itu juga,peserta berkesempatan mengambil gambar kenangan yang begitu indah sekali.




Peserta tiba di kaki bukit jam 9 pagi dan rata-rata peserta keletihan kerana banyak kehabisan tenaga ketika pendakian.Sebelum tiba ditempat perhentian,peserta diberi peluang untuk masuk sebuah gereja tertua didunia iaitu Gereja St Chatrinne.

Ekspedisi diteruskan dengan lokasi lawatan yang terakhir iaitu Hamam Firaun yang terletak di barat Semenanjung Sinai.Hamam Firaun adalah sebuah kolam air panas yang terdapat didalam sebuah gua yang dikatakan tempat pengawetan Firaun setelah ditenggelam bersama tenteranya sebelum disemadikan.Kolam air panas ini dikatakan sesuai untuk rawatan masalah kulit dan menjadi tumpuan pelancong Asia dan barat.

Didalam perjalanan,diadakan satu majlis penutup ringkas serta diumumkan peserta terpantas mendaki,peserta luar terbaik dan peserta terbaik.Bagi peserta terpantas dan terbaik adalah Mohd Najid Mohamed manakala bagi peserta luar terbaik adalah Muhammad Shahid Pauzan dari Kaherah.

Ekspedisi tiba di Shibin jam 8 malam sambil diiringi oleh pihak keselamatan Mesir yang bertugas untuk mengiringi pelancong yang berada di Mesir.

Wartawan Media Menoufia menemuramah keseluruhan perserta,dan rata-rata merasakan kepuasan bersama ekspedisi tersebut dan wujud bibit-bibit ukhuwwah diantara peserta dalam dan luar Shibin el kom.

0 komentar: