Miliki ARMA

Miliki ARMA

MUZAKARAH BERKELOMPOK & KAMSIS MINGGUAN BERMULA !

SHIBIN EL-KOM, 23 SEPTEMBER – Majlis Pelancaran Muzakarah Berkelompok dan KAMSIS Mingguan telah diadakan bermula selepas maghrib bertempat di Markaz Darul Irsyad hari ini. Majlis yang mengumpulkan ahli DPMS ini, menjadi titik mula yang penting rutin tarbiah mahasiswa Azhari bagi sesi DPMS 2010/2011.

Majlis dimulakan dengan laungan bacaan burdah, memuji dan berselawat ke atas Nabi S.A.W. UDPI sesi ini mengharapkan budaya membaca burdah dapat disebatikan dalam mengisi program-program DPMS sepanjang sesi.

Dalam menyampaikan kalam penerangan mengenai majlis pelancaran tersebut, Sdr. Nik Mohd Arif Zakaria, Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, yang juga sebagai pemangku Unit Pengetahuan dan Pendidikan menekankan tiga perkara utama untuk dihayati bersama. Beliau menyeru semua ahli untuk menghidupkan Muzakarah Berkelompok, mengisi masa dengan talaqqi, dan mecipta prestasi yang lebih baik dalam pengajian kuliah.


Seterusnya, Pengerusi DPMS, Sdr. Mohd Redhuan Haji Arshad, menyampaikan ucapan aluan beliau sempena pelancaran tersebut. Beliau menegaskan tema pembawaan PMRAM sesi 2010 “ Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah” perlu difahami dengan baik oleh segenap ahli supaya wibawa mahasiswa Azhari dapat dipertingkatkan sesuai dengan imej Azhari yang dikagumi umum.

Dalam sesi perasmian, Penasihat 1 DPMS, Sdr. Jamnul Azlan Mulkan turtu menyentuh beberapa perkara yang menjurus tentang hadaf mahasiswa datang ke Mesir. Terutama untuk mahasiswa tahun akhir, beliau menyarankan agar waktu yang berbaki ini dimanfaatkan sebaik-baiknya sebelum pulang menabur khidmat di tanah air nanti.

Dalam majlis ini juga disertakan sesi pelantikan Ketua Fakulti untuk setiap jurusan. Terdapat sebelas orang telah dilantik mewakili kuliah dan syu’bah masing-masing. Peranan Ketua Fakulti ini lebih kepada untuk membantu meningkatkan pencapaian mahasiswa melalui Study Group dan sebagainya.

Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr. Sebelum bersurai, hadirin yang datang dijamukan dengan juadah yang disediakan.

0 komentar: