Miliki ARMA

Miliki ARMA

Tahniah Pada Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad

PMRAM Ucap Tahniah Pada Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Presiden PMRAM 1961-1962

KAHERAH, 1 Dis -
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir hari ini mengucapkan sekalung tahniah pada Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Mantan Menteri Besar Terengganu kerana mengungguli Genre Buku Biografi/Autobiografi melalui Muzakkirah: Sebuah Autobiografi Suku Abad Menerajui Kerajaan Terengganu.



Beliau yang menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Mastera anjuran Dewan Bahasa Pustaka (DBP) semalam.


Di dalam buku beliau, Muzakkirah: Sebuah Autobiografi Suku Abad Menerajui Kerajaan Terengganu juga ada menceritakan pengalaman beliau ketika aktif dalam memimpin PMRAM suatu ketika dahulu. Beliau merupakan Presiden PMRAM pada tahun 1961-1962 juga pernah terlibat dalam gerakan kebangkitan mahasiswa Islam di Mesir pada tahun tersebut. Sebelum itu beliau menjadi anggota Badan Pengurus PMRAM sekitar tahun 1959-1960.


Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyempurnakan dan menyampaikan anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-19 untuk karya terbitan 2008/2009 (HSPM 19) kepada lima pemenang yang mewakili tokoh politik, sasterawan dan sarjana ternama tanah air yang masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

0 komentar: