Miliki ARMA

Miliki ARMA

TAKZIAH BUAT SDR. MOHD FAIZOL ENDUT

SHIBIN EL-KOM, 9 DISEMBER— Mendengar khabar tentang adik Sofiyatul Ulya kembali ke rahmatullah merupakan berita yang menyedihkan buat warga mahasiswa di Mesir . Anak kepada pasangan suami isteri Saudara Mohd Faizol Endut, mantan Pengerusi DPMT 08/09 dan Siti Anisah Ahmad, mantan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2009 ini, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Tanta hari ini.

Pemergian adik Sofiyatul Ulya sememangnya merupakan satu kehilangan buat orang tuanya. Sejak kelahirannya lagi, pihak hospital telah mendapati anak kepada pasangan Ust. Mohd Faizol dan isteri, menghidap penyakit yang agak kronik dan memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Pada awal berita ini diketahui, pihak PMRAM telah menyiarkan berita tentang adik Sofiyatul Ulya dan telah mendapat simpati umum mahasiswa di Mesir. Sumbangan derma yang dikutip menunjukkan keprihatinan yang baik di kalangan para mahasiswa terhadap nasib yang menimpa keluarga ini.

Bagi komuniti mahasiswa di Shibin El-Kom, pihak DPM Shibin El-Kom ingin mengucapkan takziah atas takdir yang menimpa keluarga Sdr. Faizol ini. Sebagai rakan taakhi bagi DPM Tanta, DPMS berkongsi rasa simpati di atas khabar tersebut. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Sdr. Mohd Faizol dan isteri dalam menghadapi ketentuanNya ini. Al-Fatihah.

0 komentar: