Miliki ARMA

Miliki ARMA

Bumi Shibin Sunyi Sepi

Tanggal 9hb 6 2008 merupakan hari terakhir peperiksaan bagi mahasiswa Al-Azhar cawangan Shibin Elkom. Semenjak hari tersebut, bumi Shibin dihidangkan dengan beberapa program yang menenangkan jiwa-jiwa para mahasiswa setelah bertungkus lumus berperang di medan imtihan. Antara program yang telah dijamu sebagai mengisi kelaparan zahir mahupun batin buat warga mahasiswa Shibin Elkom ialah program Kolokium Ilmuan, Inter Usrah dan Rehlah ke Matruh Siwa. Sepanjang program tersebut, riak wajah para mahasiswa Shibin Elkom menyaksikan keriangan yang tidak terhingga. Hubungan setiap mahasiswa di sini bagaikan adik dan abang. Sentiasa mesra dan tidak sedikit pun menampakkan ketegangan malah hubungan mereka diibaratkan seperti aur dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan.

Setelah sebulan selepas imtihan, bumi Shibin Elkom mulai sepi. Ada yang pulang ke rumah anak negeri masing-masing dan ada yang menziarahi sahabat handai di muhafazah lain. Selain daripada itu, bumi Shibin Elkom turut mulai sepi apabila seorang demi seorang pulang ke tanah air buat sementara waktu. Seramai sekurang-kurang 10 daripada 50 orang mahasiswa Shibin Elkom yang pulang ke tanah air. Antaranya Ustaz Husni, Ustaz Hafiz, Ustaz Faizal, Ustaz Yusof, Ust Sufiyan dan ramai lagi. Selain pulang ke tanah air, ada juga mahasiswa yang pergi ke United Kingdom sekadar untuk merehatkan minda di sana, mahasiswa yang dimaksud itu ialah Ustaz Salehuddin.

Kini bumi Shibin semakin sunyi dan sepi. Sekurang-kurang yang masih tinggal di sini dalam lingkungan sekitar 30 orang sahaja. Meskipun begitu, raut wajah para mahasiswa di sini masih lagi dalam keadaan ceria memandangkan dengan sebilangan ahli yang sedikit ini mereka saling menghubungi diantara satu sama lain. Tabiat ziarah menziarahi ke setiap rumah adalah suatu tabiat tradisi yang mustahil akan terhapus bagi warga mahasiswa Shibin Elkom. Walaupun mempunyai ahli yang sedikit, tetapi mereka masih mampu mengukuhkan ikatan ukhuwwah. Itulah dunia Shibin Elkom yang sentiasa dipenuhi dengan rahmat ukhuwwah... Alhamdulillah...

0 komentar: