Miliki ARMA

Miliki ARMA

Jaulah Badan Pengurus PMRAM

SHIBIN ELKOM, 8 Julai - Badan Pengurus PMRAM telah mengadakan sesi lawatan kerja dan ramah mesra buat julung kalinya pada tahun ini bagi sesi 2008 di Shibin Elkom. Jaulah Badan Pengurus PMRAM pada tahun ini agak kelewatan memandangkan peralihan kuasa bagi sesi 2008 diadakan lewat pada tarikh-tarikh kebiasaan. Walaubagaimanapun program jaulah tersebut berjalan dengan lancar dan penuh ceria.

Kehadiran Badan Pengurus disambut mersa. Sebelum majlis bermula, Badan Pengurus ditempatkan di rumah ustaz Aminuddin Alias bagi meredakan kepenatan Badan Pengurus yang datang dari jauh. Dewan Syeikh Al-Arusi mula dihadiri oleh para ahli sedikit demi sedikit. Segala persiapan bagi meraikan Badan Pengurus berjalan dengan baik.

Tepat jam 2 petang, Badan Pengurus PMRAM mula masuk ke dalam dewan dan disambut mesra oleh warga mahasiswa Shibin Elkom. Keriangan pada raut wajah setiap Badan Pengurus juga warga Shibin Elkom memaparkan sebuah ikatan persaudaraan yang begitu erat. Masing-masing bersalaman dan berpelukkan seolah-olah melepaskan rindu diantara pimpinan dan ahli.

Walaupun warga mahasiswa Shibin Elkom kini hanya tinggal lingkungan 30 orang sahaja, namun kehadiran ahli dalam majlis tersebut sangat memuaskan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan tuan rumah oleh Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin Elkom, ustaz Ahmad Farizan Abdul Hadi. Majlis seterusnya dikendalikan oleh ustaz Rasul Amat, Naib Presiden II merangkap Lajnah Muhafazah. Sesi taaruf dimulakan diantara Badan Pengurus, AJKT dan ahli bagi mengukuhkan tali ukhuwwah persaudaraan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan cadangan. Respon ahli dalam sesi ini sangat baik. Banyak persoalan dan cadangan telah dikemukakan oleh ahli mahupun AJKT Shibin Elkom.

Majlis selesai setelah hampir sejam setengah berlansung dan diakhiri oleh ucapan Presiden PMRAM, ustaz Khairul Anuar Ismail. Majlis diserikan lagi dengan jamuan hidangan istimewa nasi minyak berlaukkan gulai kari ayam dan sayur. Hidangan tersebut disediakan oleh ustaz Lokman Zakaria.

0 komentar: