Pada Piala Malaysia kali ini, Skuad Menoufia membariskan pemain-pemain yang profesional yang dikendalikan oleh ustaz Aminuddin Alias. Beliau selaku pengurus pasukan yang berpengalaman. Semasa menguruskan Skuad Menoufia pada Piala Presiden yang lalu, beliau telah membawa nama Skuad Menoufia ke arah suatu tempat yang menggerunkan pihak lawan. Pada kali ini, beliau tidak keseorangan kerana dibantu oleh ustaz Azmi selaku ketua pasukan Skuad Menoufia.
Skuad Menoufia gigih melakukan latihan pada setiap hari kecuali hari minggu. Semangat dan ketekunan telah ditunjukkan oleh setiap pemain. Kini barisan Skuad Menoufia telah mewakilkan pemain-pemain yang berbakat dan berpengalaman. Semestinya mensasarkan juara dalam merebut Piala Malaysia pada kali ini, namun bagi pihak Skuad Menoufia lebih mementingkan semangat ukhuwwah yang terjalin. Mudah-mudahan dengan semangat dan kegigihan yang telah ditunjukkan akan menempah kejayaan.
Majulah Sukan untuk DPMS!
1 komentar:
Assalamualaikum,
Melihat harapan tinggi Menoufia F.C tidak kesampaian dalam Piala Malaysia baru-baru ini, perlulah dibuat post mortem (rasanya sudah dibuat :-) ). Semangat sudah ada, latihan mungkin mencukupi, stamina macamana? Mengimbas Menoufia F.C @ Shibin F.C dulu2, ada satu ketika pernah mengharumkan nama DPMS. Cuba selidik apakah rahsianya, cuba terapkan kembali.
Wassalam.
-Ex Shibin F.C, 92-96
Catat Ulasan