Miliki ARMA

Miliki ARMA

KELAHIRAN DAN KEPULANGAN

5hb Julai, Shibin El-Kom – Pada masa penghuni Shibin El-Kom menghadapi fatrah cuti dan menunggu natijah, pasangan mutazawwijin, Ust. Zulhazwan Ismail dan Isterinya telah dikurniakan cahaya mata pertama mereka di Shibin El-Kom. Berita gembira ini dikongsi bersama oleh seluruh warga pelajar yang berada di Shibin El-Kom. Dengan kelahiran ini, semoga dapat menyerikan lagi kehidupan rumahtangga pasangan tersebut, yang merupakan satu-satunya wakil mutazawijjin yang menetap di Shibin El-Kom buat masa ini. Tahniah diucapkan. Buat sahabat-sahabat yang lain, yang masih bujang dan belum berumahtangga, semoga kelahiran ini dapat sedikit mengingatkan kita untuk berbuat apa yang sepatutnya mulai sekarang ini, sebagai persediaan menuju alam berkeluarga yang tentunya mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Sementara di sebelah mantiqah Istad pula, pada sekitar jam 5.00 petang sebahagian ahli DPMS telah mula mengunjungi rumah Ust. Muhammad Burhanuddin yang akan berangkat ke mator ( lapangan terbang ) pada petang itu. Beliau akan pulang ke Malaysia atas urusan yang perlu diselesaikan. Beberapa rakan turut menemani beliau dalam perjalanan ke mator termasuk ahli baitnya Ust. Wan Mohd Zulkifli. Sememangnya fatrah selepas imtihan menjadi waktu yang paling subur, untuk kita melihat mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini terbang pulang ke tanah air atas pelbagai urusan. Lapangan terbang menjadi meriah dengan wajah-wajah nusantara yang tidak lekang dengan beg-beg yang penuh berisi. Semoga suatu hari nanti kita semua akan pulang, bukan sahaja dengan kejayaan dalam pengajian tetapi membawa bersama keizzahan Azhari yang sedia berkhidmat untuk ummah, amin…

0 komentar: