Miliki ARMA

Miliki ARMA

PEJUANG SHIBIN EL - KOM

19 Julai, Shibin El-Kom – Kira-kira kurang dua minggu dari tarikh berakhir sepenuhnya fatrah imtihan di Kuliah pengajian al-Azhar cawangan Shibin El-Kom, sebahagian ahli DPMS telah bersedia untuk menyempurnakan rancangan pulang ke Malaysia. Sebahagian lain ada yang merancang untuk merasai angin Yaman, menadah ilmu di serambi ilmu habaib di sana. Manakala bagi sebahagian lain yang berbaki, dapat merasakan kesusutan bilangan penghuninya . Untuk pengetahuan bersama, jumlah terkini mahasiswa melayu yang berada di bumi Shibin El-Kom adalah sekitar 46 orang. Mewakili separuh daripadanya adalah daripada tahun empat. Dalam tempoh cuti sekarang ini, ia menjadi suatu tempoh yang mempunyai dua wajah iaitu tempoh pengisian program dan juga merupakan tempoh menunggu natijah bagi imtihan yang baru berlalu. Terutamanya bagi tahun empat, penentuan natijah mereka akan memberi kesan yang penting dalam lanskap perjalanan DPMS yang telah bermula sejak tahun 1992/1993 lagi.

Bermula dari pemberhentian kedatangan mahasiswa muadalah ke mesir, dan kekangan yang pelbagai bagi pelajar STAM yang mahu datang ke bumi Nil ini, ia memberi kesan yang nyata pada bilangan pelajar Melayu yang menempati muhafazah-muhazafah di seluruh Mesir. Bagi DPMS, persoalan ini lebih dirasai berbanding cawangan pengajian lain. Para mahasiswa yang berada di Shibin El-Kom sekarang, seolah-olah menghadapi satu situasi ‘perlu memanfaatkan peluang yang ada’ kerana boleh jadi mereka menjadi mata rantai yang hujung di sebuah perjuangan.

Persoalan ini adalah suatu kenyataan yang perlu dihadapi dengan sebaik-baiknya. Ada baiknya jika kita dapat menyuburkan harapan semoga keadaan ini boleh dilihat dari sudut yang lebih optimis dan produktif. Bagi ahli DPMS antum perlu belajar dari kekurangan ini, dengan menciptakan sesuatu yang menjadikan perantauan ke bumi Mesir ini, memberi seribu erti yang dapat dimanfaatkan pula di tanah air. Bagi para teman di luar, huluran doa dan kerjasama kalian adalah sesuatu yang kami di sini percaya punya sentuhan ajaib – peneguh semangat kami di sini. Jazakumullah jami’an.

Kalam SUA DPMS ( Pemangku UPP)

0 komentar: