Miliki ARMA

Miliki ARMA

MEREALISASIKAN ALBUM KENANGAN

19 Julai, Shibin El-Kom – Bagi sesebuah organisasi atau persatuan, memiliki album kenangan merupakan suatu yang memberikan kesan khas kepada rasa kewujudan mereka dalam suatu kelompok yang pernah mereka sertai. Rasa kewujudan seumpama ini ibarat uranium yang siapa sangka boleh menjana kuasa yang banyak walau dengan saiz yang kecil. Jika anda rasa contoh itu keterlaluan, maka contoh itu memang sengaja diletakkan supaya anda dapat rasakan ada sesuatu yang bernilai di sebalik sebuah album kenangan.

Pada sesi 2008/2009 DPMS yang lepas, idea mengadakan album kenangan telah dipersetujui hasil daripada cadangan ahli yang prihatin. Sehingga ke hari ini sesi 2009/2010, idea itu dirasakan telah cukup matang untuk diterjemahkan dalam bentuk realiti. Dalam rekod DPMS yang lepas, abang-abang lama telah berjaya menghasilkan himpunan biografi ahli bermula dari generasi pertama 1992/1993 hingga generasi kelima 1996/1997. Ini merupakan suatu kebanggaan dan menjadi contoh yang baik bagi pewaris yang menghuni bumi Shibin El-Kom.

Kalau anda ingin bertanya mengapa ia harus dikeluarkan, maka tanya dulu apa bezanya kalau tidak dihasilkan? Jawapannya secara asasnya ada dua. Meremehkan atau prihatin. Kalau anda prihatin, teruskan membaca. Begini, sekiranya ia tidak dikeluarkan, ia sememangnya tidak akan mengganggu keputusan imtihan anda, benar. Cuma kehadiran sebuah album kenangan, secara positifnya menjadi lambang kesatuan. Anda mungkin berpisah dengan teman-teman yang bertebaran ke empat penjuru dunia, tapi dalam sebuah album itu, anda menjadi akrab, seperti sebaik anda menatapnya anda bersua muka dengan mereka. Paling kurang akan terdetik di hati, mendoakan kebaikan bagi mereka. Kalau itu bukan ibadah, apa namanya.

Anda tentu punya banyak lagi senarai kegunaan sebuah album kenangan. Bagi teman-teman ahli DPMS, merindukan terhasilnya sebuah album kenangan seharusnya harus membenih sekarang ini. Ayuh realitikan! Kalau solat tidak sah kerana tiada wudhuk, maka tanpa komitmen anda, apa mungkin mimpi jadi realiti? Jadikan ia buah tangan anda sebelum pulang ke Malaysia ya!

Cetusan SUA DPMS ( Pemangku UPP)

0 komentar: