Ust. Muhammad Faizal, merupakan seorang AJKT yang disegani dalam kepimpinan DPMS. Memulakan tugas pertamanya dalam bahtera DPMS sebagai Setiausaha Agung DPMS sesi 2006/2007, beliau kemudian diberi kepercayaan untuk memegang unit penting iaitu Unit Dakwah DPMS untuk sesi 2008/2009. Dan pada MAT ke 17 yang lepas, pimpinan DPMS telah bersepakat untuk menyerahkan kepadanya jawatan utama iaitu sebagai Pengerusi DPMS untuk sesi 2009/2010. Berkat kepimpinannya, prestasi DPMS dilihat menonjol pada beberapa segi. Penyertaan futsal anjuran PMRAM baru-baru ini, menjadi medan menaikkan nama DPMS, setelah mendapat kedudukan yang kelima teratas- juga sebagai satu-satunya DPM yang berada pada kedudukan itu ( empat teratas adalah daripada BKAN ).
Generasi DPMS yang bermula seawal 1992/1993 menyaksikan, tenaga penggerak persatuan ini akan sentiasa wujud untuk menghidupkan DPMS itu sendiri. Dengan adanya sosok individu yang berkebolehan seperti beliau, diharapkan survival DPMS akan datang akan membuahkan manfaat yang berguna untuk komuniti DPMS dalam berbagai perkara. Kepulangan cuti beliau ini bukan sahaja untuk menyempurnakan urusan peribadi, tetapi juga untuk melaksanakan beberapa taklifan dan rencana yang telah tersedia buat beliau di Malaysia nanti. Kehadiran beliau ke Mesir yang dijangka dalam sekitar bulan November depan mudah-mudahan mampu untuk menyuntik kekuatan kepada DPMS untuk terus berprestasi lebih baik. Bagi AJKT yang sedang memegang kepimpinan di akhir sesi 2009/2010 ini, diseru untuk sama-sama dapat mencipta prestasi yang terbaik sebelum tirai sesi ini dilabuhkan pada sedikit masa lagi. Pastikan tugasan entum disempurnakan dengan baik, kerana kepimpinan itu adalah amanah dan amanah akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.
0 komentar:
Catat Ulasan